Wednesday, September 28, 2011

Maaf..lama tak menulis


Assalamualikum semua

Maaflah lamadah koi tak menulis dalam blog, bukan tak ada masa..cuma malas jer. Harap semua sehat dan dah hampir sebulan bula raya berlalu.
Koi baru jer nyambung belajor kek UPSI...kali ni semester 3...pendaftaran subjek kali agak kecuh sebab tak diurus oleh orang yang berpengalaman...koi ngambek..isu dalam perakaunan, kaedah pengukuran dalam kurikulum dan pengajaran berasaskan web.

Semua subjek memang best dan banyak lagi subjek yang seronok nak dipelajari macam, kemahiran berfikir, kaedah menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan dll, cuma aku dibenarkan subjek yang telah ditetapkan saja...rasa macam nak ambik macam macam dan kerja nya belajar je...malas nak kerja lain...

Kalau tak masuk upsi pun aku akan berulang alik ke IAB sebab aku memang suka duduk dalam bilik kuliah, dgr org cerita , chit chat dgn kekawan dalam bilik kuliah dan enviroment begitu amat serasi dengan jiwa aku...aku tak nak score A abat B tetapi aku nak cebisan cebisan ilmu tuhan tu...kalau ada masa dan ruang aku transfer balik kat kekawan yang sudi nak dengar.

Kuliah kali ni, mula dari malam...kemudian pagi sabtu..rehat kemudian sampai jam 6 petang sabtu..aku masuk dan port aku biasalah kat surau UPSI. Kompleks UPSI di proton city dah hampir siap dgn pintu gerbangnya yang melengkung dan masjidnya berkubah biru amat seronok kalau kau orang ada semua dan belajar bersama sama disitu kan...

Semoga kau orang sehat dan gembira di zon selesa tuh..tahniah yang dah jadik GB dan pada GPK tu..tak per...bukan pangkat atau gred yang menjadi buruan kita...keredhaan Allah yang kita cari dan sentiasa komited pada apa saja tugas yang diberi...supaya kita terus mengharumkan nama IAB, dan UPSI yang telah banyak membantu kita

Salam dari aku
YUSOF BIN MOHAMAD
GURU BESAR
SK FELDA BUKIT DAMAR
28500 LANCHANG
MENTAKAB, PAHANG

Siap bagi alamat penuh tuh...manalah tau nak jemput kenduri....

Tuesday, August 23, 2011

Friday, August 19, 2011

Jalinan Kasih Seribu Kenangan


Isteriku yang telah berkorban utkku, pengganti aruah mak yang telah meninggal dunia
anakku huda dan yayah menjadi saksi dimajlis itu.
terima kasih keluargaku..

Friday, August 12, 2011

Thursday, August 11, 2011

Vinie


Pernah sampai ke Rompin dan aku pernah sampai di ranau...itulah persahabatan

Sunday, August 7, 2011

EPDC Aceh Pasca Tsunami



13 - 16 Julai yang lalu, aku membawa rakan2 MGB melawat Banda Aceh, yang dahsyat dilanda Tsunami 7 tahun yang lalu. Wpun, sudah 7 tahun, masih terasa impaknya betapa berkuasanya Allah SWT. Daripada kesan2 yang kami lihat serta perkongsian orang-orang yang menjadi saksi, betapa Tsunami yang melanda Banda Aceh maha dahsyat, sehingga ada yang merasakan apakah itu hari kiamat. Menurut cerita orang aceh, selepas Tsunami, Aceh begitu banyak berubah termasuk perubahan sikap dan ketakwaan hambaNya. Ikhtibar kepada kita, apakah kita menunggu petaka melanda?

Thursday, August 4, 2011

Satu penghargaan

Konvensyen Majlis Guru Besar Kebangsaan telah diadakan di Kuantan, Pahang. Pelbagai acara dan pembentangan di berikan. Antaranya oleh Dr Shukri Zain, pensyarah kita dahulu. Dr Shukri kini mengjar di UMS dan dipenghujung pembentangannya keluar gambar aku dan dia semasa kami berjumpa di UPSI satu ketika dahulu. Aku ketika ini baru mengambil borang kemasukan masters.

Terima kasih Dr. Ini adalah satu penghargaan kepada diri saya...orang kecil di kalangan para Guru Besar Walaupun tak disenaraikan untuk hadir tetapi kehadiran gambar ini pun pada saya, saya rasa amat dihargai.

Wednesday, August 3, 2011

Jalinan Kasih Seribu Kenangan


aku dihadapan rumah martivi, di kaki gunung di ranau...satu ketika dahulu


Martivi semasa berkunjung di SK Janglau semasa hari guru 2008 dahulu.
Sekarang sudah menjadi Guru Besar


Kawan kita paling muda, Guru Besar, Bendahari kita yang cantik, sekarang sedang membuat masters di UUM bersama Simah. Gambar semasa di UPSI 2008


Siti Dayang GB DG 34 KUP 41 di ranau, masih mesra dan baru kembali dari umrah bersama keluarganya sebelum puasa itu hari...dan yang lelaki tu aku tak kenal siapa...tetapi dia adalah antara lampu kemeriahan dalam kelas kita...Kak Pah, GPK1 di SK Tanjung Lalang Temerloh...boleh pergi sekolah berjalan kaki dan Kak Hasmah..aku selalu hello dengan dia dari masa kesemasa...


Macam macam perkembangan yang berlaku dikalangan kawan kawan kita, ramai yang dah jadi guru besar dan ada juga yang masih terus menjadi GPK. Ada yang masih saling berhubung dan ada juga yang senyap seribu bahasa. Namun Jalinan Kasih Seribu Kenangan antara kita tidak akan hilang begitu sahaja.

Semalam aku call martivi dan dayang. Kedua duanya telah menjadi Guru Besar di Ranau. Mereka sehat dan masih mesra macam biasa...dan menyampaikan salamnya kepada kawan kawan semua melalui blog ini...aku juga ada telefon mawi dan simah...semuanya ok, shelley juga selalu mengirim sms kepada aku...dari semasa ke semasa....aku rindu kepada semua kawan kawan . Dan sering tertanya...bilakah kita akan berkumpul semula?pada aku....marilah kita terus berkawan, jangan membawa diri kerana sesungguhnya menyambung silaturahim itu amat dituntut oleh agama.

Adakah harapanku nampaknya tinggal harapan....?

salam rindu.

Sunday, June 26, 2011

Masuk sem 3: PNGK 3.72

Berita dari IPS, sem 3 akan mula pada 12.9.2011 dan aku akan mendaftar lagi 3 subjek dan mulakan project paper aku dgn penyelia En Mohd Khalib Musa.

Sem 2 aku mendapat pointer 3.82 dengan semua subjek mendapat A. Analisis data bersama Prof Hariri aku dapat A-, Seminar bersama Prof Omar aku dapat A penuh dan Pentadbiran bersama Dr Jamal aku mendapat A-. PNGK aku setakad ini 3.72

Tidaklah susah mana masters ni...cuma susahnya mengurus masa dan berulang alik ke UPSI. Membuat asingment dan mencari bahan sikit sikit.

Mudah mudahan ada kawan lain menyambung semula pengajian dan mudah mudahan aku habis sampai sem 4 dan mendapat segulung ijazah untuk agama, bangsa dan negara amnya dan pedoman anak anak aku khasnya.

Jom....kawan kawan...

Friday, June 10, 2011

MSSM



Entah macam mana sudah sekian lama sejak 1998, kali terakhir bersama budak2 badminton WP Kuala Lumpur bertanding MSSM di Sarawak, tiba-tiba aku terlibat kembali. Tapi kali ini agak berbeza, pada usia 50, aku dilantik menjadi pengurus pasukan Hoki MSSK Kedah (lelaki U12) dan tahun 2011 Johor Bahru menjadi tuan rumah. Sebenarnya tugas ini diberikan kepadaku setelah pasukan daerah KMY yang aku jadi pengurus menjadi Johan pada pertandingan peringkat negeri yang kebanyakannya diwakili oleh murid-murid sekolah aku. Tugas berat ini seharusnya dipikul guru-guru muda yang lebih dinamik dan melihat bidang sukan sebagai bidang pendidikan yang sangat penting dalam membina keperibadian kanak-kanak di sekolah. Bagi guru-guru sukan membolehkan kita menjadi sentiasa sihat, ceria dan gembira. Pengalaman bersama-sama pasukan negeri, wpun agak tertekan juga setiap kali pertandingan, tapi memberikan banyak kelebihan dan pengalaman menarik untuk membina kerjaya, murid dan sekolah. 1M1S, 1 murid 1 sukan seharusnya turut diserta dengan 1G1S, 1 guru satu sukan.

Monday, May 9, 2011

Jemput Mai Makan Kenduri

Salam hormat semua sahabat seperjuangan jauh dan dekat. Walimatulurus, kami (Che Hassan dan Haji Alias) nak jemput tuan-tuan dan puan-puan para sahabat ke Kenduri Meraikan Perkahwinan anaknda kami. Pada hari Sabtu, 28 Mei 2011, kenduri anak lelaki aku (che Hassan) di Laman Kasih Bestari, SK Tunku Ismail Sungai Petani. (Buat kenduri di sekolah). Pada hari Ahad 29 Mei 2011, pulak kenduri di rumah Hj. Alias. Di No. 1777, Kg. Bintang, Jalan Kuantan, 26500 Maran, Pahang. Semua dijemput hadir. Jangan salah faham, kami bukan berbesan. Kalau hangpa semua mai, aku tak tau nak kata apa, seronoknya bukan kepalang. Ok semoga semuanya sihat, teruskan perjuangan masing-masing.

Monday, April 25, 2011

Amazing Thailand



Hebatnya Thailand mempromosikan pelancongannya. Just kongsi dengan rakan-rakan satu tempat melancong menarik di Thailand, floting market di Hatyai dan pantai Samila di Songkhla. Jarak perjalanan hanya 200km dari tempat aku Sungai Petani Kedah. Anda boleh bawa cikgu2 makan angin ke sana melalui Bukit Kayu Hitam dengan kos yang sangat minima (2hari 1malam RM200 je dari Sungai Petani, all in)

Friday, April 22, 2011

Homestay di Bangi

Manalah tau kau orang ada masalah nak menginap. Ada kerja di Putra Jaya ke, ada hal di Darul Syifa' ke...ada majlis konvo di UKM ke..aku ada satu homestay di bangi. Murah dan Mudah. tempatnya strategik sekali. Bukan aku punya,...abg aku punya.

So untuk maklumat lanjut kau orang bacalah blog ni homestay bangi

Selamat menginap di homestay yang selesa...ada TV astro, ada mesen basuh, ada bilik ada ruang tamu...dan call atau sms kepada tokeynya En Ibrahim...abang aku tu...kalau nak kurang sikit, kau seru nama aku....En Ibrahim...ini kawan adik en ibrahim...insya Allah..dapat kurang.

Salam

Saturday, April 2, 2011

Yati tidak seperti dulu lagi...


Yati Aziz, Yati Rasul kedua duanya kelas kita dan kedua duanya baik, rupawan dan memang boleh di buat kawan...honest. Banyak dan panjang kisah mereka berdua ni...Ini ialah gambar aku dengan yati rasul ketika aku balik dari sesi road show NKRA di kuantan dan belok ke Sekolah Yati untuk makan tengahari.

Yati sekarang tidak lagi seperti Yati yang kau orang kenal dulu...sekarang dia menghabiaskan masanya mendengar tafsir alquran dengan ustazah di Tamannya.

Bila kita nak dengar yati nyanyi? Sorry bro...Yati ngaji boleh....tahniah yati...aku rasa ramai kawan kawan kita pun macam kau...kembali kepada Nya sebab kita semua dah masuk usia emas. Masa tinmggal sedikit saja lagi...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY