Friday, August 29, 2008

keputusan fasa 5 dan 6 yang menyayat hati

salam sejahtera semua
semoga semua sehat dan gembira...
pertama
aku minta maaf kerana lama tak entri atau post berita baru, maklum sajalah sibuk dan kat rumah tak ada line internet...selama ni aku menumpang dekat wireless ppd dan sekolah jer.
ada kawan kawan merungut, usop dah tak menulis dah ke? terima kasih kepada yang selalu melawat blog ini..
kedua
selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mubarak dan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini, iktikadkan dalam hati beribadah kerana Allah semata mata dan ingatkan seolahnya inilah bulan ramadhan yang terakhir yang kita diberikan kesempatan oleh Allah...maka kita akan lebih perihatin kepada amal ibadah kita..selamat berpuasa
ketiga
keputusan peperiksaan untuk fasa 5 dan 6 akhirnya dikeluarkan oleh UPSI pada 14 ogos dan sampai kat tangan aku pada hari semalam 28 ogos, semalam...aku mendapat keputusan yang sepadanlah dengan usaha aku, yang paling aku risau ialah subjek BM bacaaan dan penulisan yang akan merundum kan pngk aku mendasar kebawah. Subjek yang aku minat pulak, yang menjadikan aku seorang pembaca nota [ aku susah untuk membaca buku ] menyanggah sangkaan aku. Contoh aku minat subjek negotition skill...aku pun bacalah sikit sikit...kau orang tau aku dapat berapa? A? A-? jangan harap...aku seperti biasa pengumpul B+ yang terbanyak..
Aku katakan keputusan ini adalah keputusan yang menyayat hati kerana, aku bertanya tentang result ini pada Pejabat FPE sebanyak 7 kali, sampai aku declair ...aku give up. Naik malu muka aku bertanya result itu kepada penyelaras, KJ dan Pen Pendaftar. Ada satu ketika aku kena "trick" sahabat kita kata, result dah keluar, tok penghulu jer boleh ambik...pagi pagi aku pergi ke Pejabat FPE untuk bertanya...rupanya tak ada, cuma cerita bohong saja...disebabkan dia orang nak sangat result tu, aku kena tipu...macam macam alasan dan jawapan setiap kali aku tanya.. sistem komputerlah, perlu semakan semulalah, ada pensyarah yang belum key in markahlah, utamakan pelajar freshlah, cikgu jangan risaulah...result cikgu ok...lah. Siksanya aku memanjat pejabat FPE untuk menyenangkan hati kawankawan masih terasa lagi...kadang kadang dalam kereta, ketika memandu, terfikir dalam fikiran aku...aku ni, keputusan tak seberapa tapi sibuk bukan main..so, sebab itulah aku katakan result kali ini amat menyayat hati.
Maaflah kawan kawan , kelewatan result ini adalah diluar keupayaan aku..anyway, tahniah kepada kawan kawan yang banyak mengumpul A dan simpanlah A tu dalam kumpulan ingatan ingatan indah dan mana mana kawan kawan yang banyak mengumpul B macam aku ni, pun aku ucapkan tahniah...itu adalah keputusan yang sepadan dengan usaha kita yang agak kurang.

semoga kita jumpa lagi dan menanti pula result fasa 7 dan 8 dalam bulan 11 atau 12 nanti. Biasalah result anak tiri, tak kan keluar cepat macam anak kandung suluh budiman.

salam
penghulu pencen

7 comments:

yusofsipan said...

sof, pernah suatu hari ketika aku sedang memandu di dalam kawasan kampus induk UPSI, terdetik di hati aku bahawa akhirnya dapat juga aku masuk U walaupun pada waktu usia yg sudah agak lewat dan diterima pulak menjadi 'anak kandung suluh budiman'.... Tetapi aku nak tergelak bila terbaca dalam entri kau apabila kau sebut 'Biasalah result anak tiri, tak kan keluar cepat macam anak kandung suluh budiman', hehehe... Aku terasa macam anak terbiar/terbuang ler pulak sof...

Seperkara lagi, aku sangat setuju dgn kau sof, apa2 keputusan peperiksaan yg kita perolehi adalah berpadan dgn usaha yg telah kita lakukan. Bersyukurlah dengan apa2 yg diperolehi....

Anonymous said...

CARA PEROLEHAN RESULT YG MENCEMASKAN

Apabila aku terima mesej dari gang rompin ani dan usop mengenai kptsn fs 5&6 dah keluar...aku tertunggu2 pula dan segera hbgi sk sg isap...baru tadi aku dihubungi cc dari sek mengatakan ada surat dari upsi.
Tiba saja aku di pejabat sekolah, aku pun terkamlah surat itu...dgn tak semena2 aku di pegang dan di kepung oleh kerani2 yg sememangnya mesra dgn aku , gpk1,hem dan ko semua ada...mereka desak aku buka slip result depan2 mereka...krn aku selalu tinggalkan sek, muka aku merah, aku cemas, malunya aku takut result aku kantoi...maka aku tak dapat lari....dgn terketar-ketar aku mengoyakkan keratan....berderau darahku...mujur terpapar deretan A ..cuma....cuma nego skills aku sama spt penghulu, senasib...B+...terbayang aku dr khuan selalu sebut2 kita sinonim dgn A....maka dalam keriuhan di pejabat itu aku di datangi GB yg kebetulan ada di biliknya....biasalah dia ucap tahniah dan beri semangat....
apa yg menghairankan aku entah mcmana aku mampu meraih A pada Bacaan dan Penulisan yg sememangnya aku gerun ketika menjawab....Pantun...Model Bacaan...Mungkinkah itu membantu..atau mungkinkah kerana sentuhan/olahan bahasa sang sapurba lemang lebar daun yang memerlukan kesantunan dan kehalusan budi anak-anak kandung suluh budiman...mungkin cara kita menjawab... wallahualam...aku memanjat rasa syukur...Tahniah juga kepada semua rakan2 yg sama2 siksa ketika mentelaah..Belajar memang pahit tetapi hasilnya manis!
ADIOUS...D'AMOR....
KAU SELALU DI HATIKU...

Anonymous said...

sop,
siapa sebenarnya cenderawasih kumpulan B tu? Aku tak tau pun ada cenderawasih juga di situ....
maka aku pun jadi keliru..
tapi tak mengapalah

yusofsipan said...

sof, soalan cenderawasih tu biar aku menjawabnya;

arakian, ada pun cenderawasih kumpulan B itu tidaklah digunakan lagi setelah yang empunya diri mengisytharkan dirinya yg sebenar. Sebermula, cenderawasih itu (memang ler burung di awan) asal kejadiannya drp si Rajawali. Setelah beberapa lama terbang tinggi di awan dan asyik memerhati makhluk2 di bumi, terasa insaf ler pulak akan dirinya lalu bertaubat dan mematikan diri Rajawali itu akan dirinya sendiri. Maka lahirlah pulak cenderawsih dari sarang yg sama, maka kedua2 jenis burung itu adalah daripada orang sama dan tinggal serumah dgn usof rompin di KAB dulu adanya.... hehehe

Tapi aku rasa cenderawasih kumpulan B yang muncul dulu kan?

Anonymous said...

tiada bulan seindah Ramadhan

Anonymous said...

sop
apalah yg kau nak sedihkan ttg kptsn exam tu. aku tgk kau wp result tak sebaik member yg lain tp kau boleh menghuraikan dan menggunakan ilmu yg telah dipelajari. itu lebih bermakna dari dpt A tp lepas tu dah lupa apa yg telah dipelajari apatah lagi nak menggunakannya dlm kerjaya kita. itulah kelebihan ko sop. lg pun tok guru nego. skill ko org sgt terkenal dgn memilih bangsa. ko bodek mcm mana pun dia tetap mcm tu. mns di luar tp bisa di dlm.
kptsn kita lebih kurang je. mungkin ko punya lg baik dari aku sbb ko lebih rajin dari aku. semua member tahu aku mmg mls nak studi. asyik main game n internet je. ok sop.
pada cenderawasih A, aku cenderawasih n rajawali n tok gajah dari kump B. usop pun dah jelaskan.

Anonymous said...

yelah cenderawasih B,
cenderawasih A dah pun kenal kau
salam kemerdekaan....
dan selamat mengerjakan ibadah puasa.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY