
Pada 12 mei yang lalu saya sempat minum bersama Sdr. Maaruf di Jeti Lumut sebelum pergi ke Pulau Pangkor untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisma PPPLD BPG. Ketika berada di pulau, saya dapat berjumpa sekejap dengan Chan kerana pada ketika itu saya terikat dengan jadual kursus. Selepas tamat kursus Sdr. Maaruf membawa kami bertiga berkunjung ke rumahnya walaupun pada masa itu hampir masuk waktu sembahyang jumaat. Tetapi atas nama persahabatan beliau sanggup meluangkan masa untuk meraikan kami di rumah beliau.
Pada 22-25 April yang lalu saya berkursus di Cameron Highlands. Di sana saya berkesempatan berjumpa dengan Mr.Vairam. Beliau telah membawa saya menikmati suasana malam di Kawasan Tanah Rata dan belanja saya makan tidak jauh dari tempat penginapan saya di Hotel Star Regency.
Pada 30 April Sdr. Yusof datang bertemu saya di Rompin Beach Resort. Pada ketika itu saya diminta memberi kursus kemahiran Photoshop kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa Melayu. Beliau membawa anaknya yang comel untuk berenang di kolam RBR. Kemudian Yusof membawa saya ke rumah Rohani. Sempatlah berbual sambil minum bersama suami Rohani, tapi tak lama di rumahnya kerana ketika itu waktu maghrib. Walaupun sekejap tetapi memberi seribu erti dalam persahabatan ini. Saya mengharapkan dapat berkunjung lebih banyak rumah kawan-kawan seangkatan di samping rakan-rakan yang datang ke Terengganu juga jangan lupa menghubungi kami (Tengku, Hassan, Raseli dan Alias mantan). Jumpa lagi.....
2 comments:
salah tu...kami tak kenal makruf..yang aku kenal makrof take 5..
tahniah kerana terus menyambung silaturahim..jun ni aku ke kuala trengganu..mesyuarat pengurusan..kita perkena ikan tepung kat pantai ku
Sudi Mampir ke Terengganu. Nanti kita boleh pekena ICT kat Pantai Teluk Ketapang. Harap kita ada peluang untuk sembang-sembang. Oleh kerana rakan-rakan lain jauh, malam tadi saya dan Hassan makan NGU (nasi goreng udang) tak jauh dari rumah hassan. Balik rumah terus tidur kekenyangan.
ICT: Ikan Celup Tepung
Post a Comment