Monday, June 29, 2009

Gementar nak temu duga

Lusa (1 Julai) saya akan temu duga. Dulu, muda-muda banyak juga pengalaman hadir temu duga ni. Dulu rasanya relex jer, penuh yakin masuk temu duga. Tapi kali, ni entah kenapa lain benar rasanya, wpun ramai yang berkata, hanya formaliti, tapi saya tak senang duduk, gementar semacam jer. Nak buat persediaan, baca buku atau apa-apa yang boleh dibaca, saya jadi lebih gabra dan lebih gementar. Dulu ketika di upsi, nak exam jer, saya ajak hj lias dan lias mantan, turun ke kl, pekena pengat pisang atau ronda2 cuci mata. Wpun depa ni nak baca buku, tapi dengan ajakan saya depa pun tak tahan godaan. Ceritanya, memang tak pernah baca buku jika nak periksa. Jadi, agak kalot sikitlah bila nak temu duga lusa ni, sebab exam lain, temu duga lain. Harap2 ok kot. Hangpa semua lagu mana?

Saturday, June 27, 2009

UPSI di KG AUR...

akhirnya aku dapat surat rasmi dari FPE UPSI yang akan menjalankan program siswanya di sekolah aku SK Kg Aur...pada 17-19 Julai 2009

Semua kawan kawan yang jauh dan dekat..silalah datang dan berhimpun disana. Group A atau B Group penuh masa juga....sesiapa saja yang sama dengan batch kita....datanglah...makan dan tempat tinggal kita adjust mana-mana..

yati Rasul datang malam tudia akan menyanyi ....lama tak dengar yati nyanyi..emmm dr norlia atau dr khuan belum confirm lagi nak datang...tetapi, kemungkinan mereka datang.

Kg Aur adalah kampung bersejarah merupakan tempat persinggahan pedagang yang lalu kerana dimasa dulu kg aur merupakan persimpangan sungai di pahang. dari Kg aur sesaornag itu boleh keluar ke rompin, ke nenasi, ke pekan atau ke bera seterusnya ketemerloh

SK Kg Aur di tubuh kan pada 1937...sekolah lama, dikawasan 7 ekar atas bukit dan di tepi sungai aur...[ dulu ] sekarang di atas bukit. Sekolah kecil dan jauh diperdalaman..dari UPSI rombongan akan mengikut jalan batang kali-genting-karak-gambang [ highway LPT ] terus ke Jalan Segamat......sampai di Muadzam Shah belok kiri ke bukit Ibam...sampai di Bukit Ibam perlu mendaki 13 bukit dan menempuh 70 selekoh....selekoh ke 69 ialah SK Kg Aur.

Jauh...memang jauh...tapi dah nak datang jugak...silakan. Kawan kawan yang tak dapat datang, aku faham, tetapi yang dapat datang...u are welcome....reunion kita

Friday, June 26, 2009

Hj Azmi

Alhamdulillah...kawan kita Hj Azmi Langkawi dah pun selesai bertemuduga...dia ada sms pada aku. Tahniah Haji...tunggulah lantikan pulak...dari 38 ke 41...rasanya terus ke P2 tu...Jangan lupa ambil PTK 41 nanti, pra syarat ke 44.

Salam

Sunday, June 21, 2009

Tahniah Kepada Rakan2


Pak Lah Penang mengucapkan tahniah kepada mana-man rakan-rakan yang telah dipanggil untuk temuduga DG41. Saya dan beberapa rakan masih belum tersenarai. kepada mereka yang akan ditemuduga selamat di temuduga dan semoga berjaya.

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Lahir



SELAMAT HARI LAHIR khususnya kepada Sdr Yusof yang menyambut Ulangtahun Kelahiran pada 18 Jun 2009. Tak lupa kepada Sdr Alias Samah (16 Jun), Anjalay (23 jun), Chung Yee Lan (16 Jun), Lau Siew Tuan (24 Jun), Sdr. Maaruf Take5 (22 Jun).

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Berkarya


Kini saya dah jadi terkenal. ramai orang dah nak ambil gambar kat gambar saya. Tak macam dulu asyik ambil gambar orang je.

Sebenarnya itu adalah 'trick' dalam photoshop je... Kalau boleh lihat juga dalam 'view finder' kamera gadis cantik.....sama tak gambar yang dia hendak ambil tu....

Jangan marah hah..!!! Lama tak gurau.

Tuesday, June 16, 2009

aku dapat temuduga

hari ini aku dapat panggilan temuduga...

3 Julai 2009
7.30 pagi

Bilik temuduga 1
BPNP Beserah
Kuantan Pahang

Semoga berjaya dan semoga kawan kawan lain juga semak panggilan masing- masing

semak di sini

Sunday, June 14, 2009

panggilan temuduga dah bermula

tadi, pak lah tipon aku, azmi langkawi akan attent temuduga 26 jun ini, sebelum tu ada berita kumpulan b iaitu mahani dan kiah juga telah mula mendapat panggilan...semua kawan kawan harap check setiap hari tarikh temuduga dan mulalah membaca pipp, kbsr, kbsm, ppsmi dll isu pendidikan terkini, menteri pun dah tukar dah...nanti kantoi atau malu dan jangan lupa persiapan bahan yang perlu dibawa ke temuduga...elok rasanya kita kongsi...pengalaman dan apa persediaan masa temuduga nanti...supaya semuanya berjaya...ramai lagi tak key in e permohonan 41 kerana sebab tertentu...ingat...kita ada buat perjanjian dgn kerajaan...cubalah tanya, ada tak apa apa implikasi jika kita tak mohon lepas habis belajar...

tanyalah pada yang tau dan memahami situasi kita, jangan malu dan takut call spp dan bsm kpm jika perlu...mereka tak marah..asalkan kawan kawan mahir berkomunikasi...[ kan dah belajar, komunikasi berkesan...]

SLEAMAT BERJAYA...

Tuesday, June 9, 2009

khidmat masyarakat UPSI di kg aur

lama tak jumpa dan mendengar berita

kadang kala terbayang gelagat lucu kawan kawan semasa kuliah, kadang kala terdengar ketawa kita beramai ramai bila da sesuatu yang melucukan dalam kelas...ingat tak lagiaku teringat ketika dr khuan bercerita...pasal kreativiti...

saya kan cikgu pandai masak...no problem..tetapi bila pasal menghidang, saya betul betul tak kisah, tak kreatif...saya angkat dengan periok periok sekali letak atas meja...mak saya kata...heii...mana boleh hidnag makan macam tu....aiya....saya betul tak kreatif ma...pasal hidang masakan ni....

tiba tiba ada satu suara...its ok for me dr.....

terus dr khuan menjerit...apa cikgu....?...

its ok for me...tak pandai hidang pun tak apa....

alamakk....kita lambat jumpalah cikgu..

hahahahahahahaha seluruh kelas ketawa...itulah dr khuan, pandai berhibur sambil mengajar dan kita dan kelas terus ceria dengan pelbagai lucu dan peristiwa. pernah juga satu ketika...dalam kelas ketika semua kawan tengah tension belajar dan mengingat fakta, [maklumlah pentium three kata hj nazimuddin ] tiba tiba, muncul seorang kawan dengan pertanyaan yang melucukan dan kita ketawa beramai ramai...semua itu sudah berlalu dan berlalu dibawa masa dan kita kini berada di perlembahan masing masing..ada dikaki gunung kinabalu, ada di danau, ada di pulau dan ada juga dikota raya...

untuk pengetahuan....tidak lama lagi, Falkulti Perniagaan dan Ekonomi dibawah pimpinan dekan kesayangan kita akan mengadakan khidmat masyarakat di kg aur ..tempat aku..tak silap pada pertengahan bulan Julai. Aku sedang menanti surat dari mereka...Hari Jumaat masuk dan kembali pada hari Ahad. 3 hari dua malam...30 mahasiswa UPSI dan pensyarah serta dekan dr norlia akan ke sini, bermalam dan memberikan khidmat masyarakat di sini....para mahasiswa akan diagihkan kepada ayah angkat masing masing.... duduk merasai kehidupan orang kampung, membersihkan kuburan, boating di sungai aur, buat persembahan dan motivasi dengan murid murid sekolahku...mula pada hari jumaat, solat jumaat, kemudian taklimat ringkas...agihan mahasiswa kepada ayah angkat masing masing..oleh YB DUN Ibam, petangnya gotong royong membersihkan masjid...makan malam di kantin sekolah...selepas solat magrib dan isya...persembahan kebudayaan dari murid skka kepada kakak angkat dan abang angkat masing masing...esok lepas sarapan..mereka ada gotong royong membersihkan tanah perkuburuan dan motivasi murid tahun 6, makan tengahari dan berehat bersama keluarga angkat...petang mereka akan naik bot di sungai aur...mencari pengalaman dan sukaneka bersama orang kampung....malamnya ada persembahan sewang dari masy orang asli...dan rehat...esok semua peserta berkemas dan mendengar ucapan dari YB Ahli Parlimen atau PPD Rompin menutup acara khidmat masyarakat mereka...

aku menjemput semua kawan kawan datang ke sekolah aku...jom sama sama kita raikan pensyarah fpe upsi yang datang ke sekolah aku...join dan enjoy bersama mereka, sembang dan kita macam reunion kat sini...aku akan sediakan ayam hutan, daging landak, kalau ada rezeki, rusa dan udang galah...untuk habuan kita bersama....

kalau memerlukan hotel..sila hubungi aku dengan segera..untuk aku bookingkan di muadzam shah...kalau tak kita ramai ramai lepak kat sekolah...salam

seronok jugak...buat keramaian sekali sekala..kan, mana yang dekat macam ani, yati, leman, ayah pin, ajiz songkok, nuar, tang, shahrin, sopi, awal, yati dll datanglah...kita raikan sama sama, mana yang jauh...tak perlah aku faham kenapa...

Monday, June 1, 2009

penalti jika tidak hadir temuduga

penalti akan di kenakan kepada calon yang tidak hadir temuduga mulai 1 Jun ini. Pastikan anda semua hadir dan alert dgn tarikh temuda anda semua [ termasuk aku ] Kita kena selalu semak status kita. Masa semak gunakan internet explorer bukan mozilla.

SELAMAT BERTEMUDUGA SEMUA

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY