
(Berita Harian, Khamis – 28 November 2002)
Berjalan selama 30 minit tanpa henti tiga kali seminggu menjauhkan anda daripada serangan pelbagai penyakit. Mengikut kajian perubatan, berjalan pantas sejauh 200 hingga 300 meter membantu anda mengurangkan dan mengekalkan berat badan optimum, meningkatkan kolesterol baik atau HDL, membantu menghapuskan tabiat merokok dan merendahkan tekanan darah serta mencegah penyakit jantung. Senaman terbahagi kepada dua jenis, iaitu dinamik atau aerobik dan senaman statik, isodetrik atau akinetik. Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum bersenam ialah jangan bersenam jika anda tidak sihat seperti demam atau selesema, sakit dada atau sukar bernafas ketika bersenam, jangan bersenam selepas makan makanan berat atau selepas mandi air panas dan elakkan minuman mengandungi kafeina dan alkohol.
1 comment:
Satu niat yang baik Sop, dan aku harap engkau buat. Pasal kesihatan ni aku banyak baca dan praktikkan. yang praktikkan ni, banyak orang tak boleh buat. Biasalah, hebit manusia. Tapi yang aku tahu, ada 4 faktor kesihatan optimum. 1. Makanan yang seimbang. Zaman sekarang ni, payah nak dpt. Jadi boleh ambik food suplement, cari yang berkualiti. Antara keperluan penting ialah, anti oksidan, iaitu mengawal bahan cemar yang masuk ke dalam badan kita. 2. Senaman yang CUKUP. Kalau nak mentain, sekurang2nya 40 minit tanpa henti, barulah membakar kelori/lemak dlm badan kita. 3. Rehat yang cukup. Tidur dan rekreasi. 4. Sentiasa berfikiran positif. Untuk mengelak kita stres dan kita boleh jadi sentiasa happy. Kita orang Islam ni, aku rasa tambah lagi satu, amal ibadat, akan sempurnalah kesihatan kita. Jadi, jagan cakap, terus mula.
Post a Comment