Wednesday, May 12, 2010

Berita sedih....Alfatihah

Petang semalam aku menerima sms dari Puan Halipah dan Puan Rohani kawan kita...

...anak Puan Hasmah..yang mengikuti latihan tentera , meninggal dunia dalam latihan, Puan Hasmah ke Alor Star untuk mengambil jenazahnya untuk di kebumikan di Kampong....

Al fatihah..

4 comments:

nafa said...

Innalillahiwainnailaihirrojiun...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Moga kak Hasmah tabah menghadapi ujian. Ujian kita berbagai-bagai. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

kunan said...

Saya dapat tahu daripada mesej yang dihantar oleh Halipah malam tadi tentang pemergian Allahyarham anakanda Kak Asmah yang kita kasihi. Semoga Kak Asmah bersabar dengan dugaan yang menimpa itu. Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya..InsyaAllah. Diiringi doa agar roh Allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

seri said...

saya terkejut dgn berita ini...sabar ye kak asmah, tak sangka pergi dlm usia muda.AlFatehah..

myhas said...

Assalamualaikum.
Buat kawan-kawan semua,

Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih dengan simpati yang kalian berikan. Juga terima kasih dengan doa yang dikirimkan untuk arwah Ahmad Nur Dinnie (18 tahun 10 bulan 3 hari - 14 Julai 1991). Arwah adalah anak yang sangat baik. Kehadirannya dalam hidup saya sangat banyak memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada saya sekeluarga. Amat ceria walaupun dimana arwah berada. Sangat berselera dengan masakan ikan patin tempoyak yang dimasak oleh Makcik Halipahnya. Tidak pernah mendatangkan masalah kepada kami sekeluarga. Amat disayangi oleh semua yang mengenali arwah.
Arwah meninggal kerana lemas semasa menjalani latihan pengapungan di salah sebuah tasik di Kedah. Jenazahnya ditemui pada jam 8.10 malam pada 11 Mei 2010. Arwah telah dikebumikan pada jam 2.00-3.00 petang di Tanah Perkuburan Kampong Kepis Hulu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Mei 2010.
Dengan doa kalian Insya Allah kami sekeluarga masih kuat semangat dan ketabahan kami masih ditahap yang tak perlu dibimbangkan. Kami amat redha dengan pemergian arwah.
CUMA.......
Kami amat2 merindui arwah tetapi rindu kami tidak dapat mengatasi rindu arwah kepada Penciptanya.
Kami amat menyayangi arwah tetapi sayang kami tidak dapat mengatasi sayang Penciptanya kepada arwah.
Sebenarnya.......
Kami sudah lama tidak bertemu dengan arwah sejak cuti raya cina dulu. Last call pada 6 Mei 2010 yang lalu. Arwah berjanji nak balik bila cuti panjang pada bulan Jun nanti. Dan kami dah merancangkan percutian keluarga untuk arwah.
Kini................
Kami redha dengan pemergian arwah. Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah, roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam syurga. Amin.
Arwah pernah berkata kepada kawan2nya beberapa hari sebelum meninggal bahawa dia telah tercium harumnya syurga ..... Subhanallah....... Allahuakbar!. Seandainya Allah telah menentukan tempat yang terbaik untuk arwah, siapalah kami di sisi Allah, kami amat2 menerima takdir Allah dengan redha kerana kami tidak tahu apa pulak nasib kami nanti. Banyak hikmah disebalik pemergian arwah. Segalanya hanya Allah yang lebih mengetahui..
Terima kasih, Assalamualaikum.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY