Aku dilahirkan pada 18 Jun dan pada 18 Jun ini juga merupakan kuliah pertama aku di UPSI dalam pasca siswazah ini. Aku tahu perjalanan aku masih jauh. 56 minggu aku kena berulang alik ke UPSI dari rumahku...jaraknya lebih kurang 180 km...MP pada semester pertama ini cuma 3 kursus sahaja...Asas Penyelidikan, Kualiti dan Kepimpinan. Petang Jumaat, Malam Sabtu dan Pagi Sabtu. GPK dan cikgu, PIBG dan PPD semua aku dah maklumkan dan yang paling penting aku mendapat sokongan isteriku dan keluargaku...
Aku korbankan masa hujung minggu yang sarat dengan majlis perkahwinan, kenduri dan waktu bersama keluarga. Aku menongkah perjalanan usia dan perbelanjaan selesa. Aku pejam mata pada penat dan letih. Aku hanya fokus pada indahnya mencari sesuatu yang baru.....ilmu. I
lmu makin dikejar semakin miskin kita rupanya. Aku mencari kebenaran. Aku teringat pesanan En Ihsan...Bila kita berkata atau menulis, kita akan gunakan ilmu. Ilmu pula mesti benar. Kebenaran ilmu perlu ada pembuktian dan sokongan. Pembuktian dan sokongan perlu ada kajian. Aku ingin mencari ilmu membuat kajian....Agar aku dapat membuktikan kebenaran dengan cara yang betul...
Kepada kawan kawan....untuk pengetahuan Masters Pengurusan Sekolah ada di semua IPTA, yang paling murah ialah di USM yang kedua UPSI. Di UM satu kredit nilainya RM 150. So, Tepuk dada tanya selera, aku sebenarnya orang ke 5 selepas Kunan, Hassan Embong, Che Hassan, dan Simah....Dimanapun kita berada, apapun kita buat, masa berlalu begitu juga..duit habis serupa je....Doakan aku dan kawan kawna lain ...agar kami berjaya sampai kematlamatnya.

4 comments:
sop....selamat belajar
KK, Tahniah kerana dapat sambung belajar. Pas ni mesti sibuk... tapi jangan pulak sampai terlupa nak update blog ni. Ini saja tempat kita semua melepas rindu kat kawan-kawan. Anyway best of luck for you always
Congratulations, you have made your first step!!!!
Good luck and you will be blessed. Keep moving because When there is a strong will , there will be a great path for you. All the very best of luck, Tok Penghulu.
Tahniah Sop. Semoga Allah membalas segala pengorbanan dengan semua kebaikan di dunia dan diakhirat.
Post a Comment