Wednesday, March 23, 2011

2005-2011


Masa berlalu begitu pantas, cepat dan tidak terasa. Umurku masuk angka 50 tahun ini dan beberapa perkara perlu aku perkemas dan susun semula agar kehidupanku menjadi lebih bermakna. Kita mula berkenalan pada tahun 2005. Hampir 250 orang dalam NPQH kohot 9. Sebahgiannya ke IAB Utara dan yang lainnya di IAB Induk. Kita dibahagikan kepada 3 kumpulan Kump 34, 32, 29. Hubungan besar terjalin dan hubungan mesra terikat dengan gaya tersendiri. 2006 . Kemudian kita di eratkan dengan pelbagai program yang pro dan kont hingga kita terasa erat dan mesra. walau pun ada beberapa nama gugur dari medan perjuangan.

2007 kita bergelut dengan pelbagai dugaan semasa menggamit bintang yang bernama segulung ijazah. Ada yang kematian ibu, bapa malah ada juga yang membayar dengan harga yang sangat mahal dan tragis antaranya harga yang bernama perceraian dan perpisahan. 2008 ikatan silaturahim semahin intim dan malah yang dalam diam diam...'jatuh hati'...secara tidak sengaja. Ada yang memendamkannya ada yang meluahkan. Sampai begitu hebat perkenalan ini. Siapa ek? ...emmmm entahlah. Buah hati kekasih orang...2009 kita bersama memohon DG41 dan 2010 kita mula dilantik malah ada dalam proses pengesahan.

2011. Beberapa nama dah mula disahkan dalam jawatan. Menariknya juga beberapa nama telah bergelar Masters. Beberapa nama kini berada di bidang lain yang lebih mencabar, PPD, JPN dan KPM...tahniah tahniah tahniah. Rezeki orang siapa yang tahukan.

Visi dan misi kita berbeza, kedudukan kita berbeza, masalah dan situasi kita juga sentiasa berbeza. Cuma yang sama dan tetap akan sama samapi bila bila ialah. KITA PERNAH BERKENALAN DAN BERSAMA ....dan kita semua pernah menjadi kawan. Itu adalah fakta sejarah dalam episod kehidupan kita.

Dan tahun ini 2011 juga adalah tahun terakhir aku menulis untuk blog ini. Blog ini adalah hadiah dariku untukmu...Terimalah hadiah dariku kepada semua kawan kawan ...satu subangsih dariku demi persahabatan kita. Blog ini akan menjadi wadah atau pondok maya yang menggamit memori dikala kesunyian bertandang di kamar sepi. Aku capek dan aku doakan agar blog ini terus dapat kita baca selama mampu.

Salam dariku.

YUSOF BIN MOHAMAD @ Waibi M @ Kembara Kelana
Temerloh, Pahang.
Posted by Picasa

11 comments:

ani said...

aku kalau tak buka blog ni setiap hari rasa rindu...jangan salah anggap lak. Rindu pada khabar berita dari rakan-rakan. Tapi balik2 orang yang sama je. Aku faham juga perasaan kau. Anyway..terima kasih yang tak terhingga atas apa yang kau dah buat. Pahala tu

kembara kelana said...

ani ..ko pulak tulis...hantar email kat aku...aku invite sebagai contributors dan ko boleh menulis dgn sign macam ko sign email...kao post gambar dll....aku cuma penat. Blog masih ada...itu saja

Seri Suryati said...

hidup saya juga sudah tidak seperti dulu lagi....

myhas said...

Sof,
walau ape pun terima kasih bebanyak di atas segala2nya. Cuma rindu pada kawan2 yang bertandang hati ini, hanya Allah yang tahu. Didoakan semoga semuanya dalam sejahtera dan bahagia. terima kasih sof........

ani said...

Ti...kenapa???? Hope you dah dapat kebahagian baru. Kalau tulah ...all the best. Kalau bad to worse...sabar jelah. You adalah insan yang tahan ujian...Allah sayang kat you sebenarnya.

nafa said...

Hari ni baru saya dapat gaji baru bersama tunggakan..alhamdulillah. Walaupun ramai kawan-kawan yang dah dah terima, tetapi ada juga yang belum merasa hasil titik peluh kita tu..jangan tutup sop blog ni sop. nanti aku kirim emel jika aku ada bahan. Biarlah sedikit yang respon, tak apa lah..biar genting jangan putus..

Kak Hasmah, masukkan la gambar2 pengantin ari tu..lain kali saya na bertandang lagi ke rumah kak hasmah, nak berehat sambil makan gulai masak lemak cili padi ayam hutan..

seri said...

alangkah rindunya kepada semua rakan2 UPSI

kembara kelana said...

perjumpaan di iab genting bersama pensyarah tidur semalam disitu dan set up beberapa acara berbentuk akademik...iab mesti beri...dr razali sekarang timbalan...tahun ni bulan 8 pencen
apa pendapat semua? aku akan set up kan kalau ada 30 orang setuju..tarikh masa akan ditentukan kemudian

myhas said...

Sof,
Aku setuju........... Insya Allah aku akan hadir........ Jangan tak jadi tau sof...

Naf.......
Akak mengalu-alukan kedatangan Naf dan kawan-kawan yang lain bersama ahli keluarga. Tempat jgn risau.... pondok wakaf banyak. Bilik pun ada. Ayam utan......... kena plan awal2. Semuanya Insya Allah........ beres.

kembara kelana said...

baru dua orang...

kalau ayam utan ..aku pun nak datang jugak...

myhas said...

Sof............. tak ade masalah. Kami sebagai tuan rumah amat mengalu-alukannya. Kecik tapak tangan stadium bukit jalil dibentangkan. ayam utan............ insha Allah... kena plan awal2 sebab ayam utan tak ada reban.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY