Pada 7 - 10 Mei 2012 yang lalu saya dan Abang Hassan dari Terengganu berpeluang menghadiri Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2012 yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara di Jitra setelah mendapat surat jemputan melalui e-mail daripada En. Abdullah (Pengurus Seminar yang berhati mulia).
Kehadiran kami ke sana setelah mendapat maklumat daripada Sdr. Aziz Penghulu di saat-saat akhir program hendak dijalankan. Terdapat sedikit masalah teknikal apabila surat yang dihantar melalui mesen fax tidak diterima. Usaha-usaha lain dilakukan sehinggalah dapat pergi juga dan dapatlah bertemu dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama berjuang sehingga mendapat segulung ijazah.
Ketika di sana, kami diraikan oleh Sdr. Khalil, Pak Ya dan rakan-rakan yang lain dari Jitra di kedai Jo Cendol Pulut. Jadi, tak sia-sia kami ke sana kerana di samping mendapat ilmu tetapi juga dapat bertemu semula dengan rakan-raka seperjuangan setelah lama tidak bertemu.
Terima kasih kepada En. Abdullah (Pengurus Kursus), En. Helmi, Tn. Hj. Johari, En. Roslan, semua pensyarah IAB(U), semua rakan-rakan yang meraikan kami serta rakan-rakan yang turut menyertai majlis makan di kedai Jo Cendol Pulut.
3 comments:
bila ada pok ya....selesai banyak masalah
si rosli dan pok ku..bentang kertas kje apa ye hehe
Pergi sebagai peserta, bukan pembentang.
Post a Comment