Nafsiah dan Suami serta pengantin baru...
Selamat Pengantin Batu untuk anak sulong Hajah Nafsiah
teka masjid mana? betul dapat hadiah..
Selepas raya aku sekeluarga menghadiri kenduri walimatus urus Hajah Nafsiah di Yong Peng, Johor. Tidak sukar mencari rumahnya, tak jauh dari pekan Yong Peng. Kami mengucapkan tahniah kepada naf sekeluarga kerana telah mendapat menantu. Terus terang cakap, lauk yang disediakan amat sedap dan aku tambah dua kali...ada ghazal secara live dan ramai yang hadir...kebetulan aku on the way hantar anak aku ke Johor Bahru, sebab along praktikal disana.
Malangnya, rakan kita, meng cun and the gang dah balik dan aku tak dapat jumpa mereka...seronok jumpa kawan lama, selalu lah baca blog ni dan respon dalam komen jika ada cerita baru, atau email kat aku gambar utk disiarkan dalam blog, sharing and caring....sibuk? Guru Besar? GPK?...semua tu aku tau sibuknya setara mana....kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih...apapun aku tetap aku, aku teruskan saja apa yang aku boleh sehingga jari ini tak daya nak menaip...
Salam
4 comments:
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khusus buat teman2 seperjuangan yang sudi hadir meraikan perkahwinan anak sulung saya di Yong Peng Johor. Kehadiran kalian membuat saya rasa sayu. Keikhlasan kalian membuktikan persahabatan dan silaturrahim tidak akan putus dan pudar ditelan waktu. Terima kasih buat Tok Penghulu Usof, Kak Hasmah yg datang dari Kuala Pilah, Choong, Meng Chun ( awek2 cun dari Muar), tidak ketinggalan Rasli Terengganu yang singgah ke rumahku beberapa hari kemudian..yang tidak dpt hadir, saya faham mungkin ada aral melintang yg tidak dpt dielakkan. terima kasih sop atas pujian itu. Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan jamuan yg disajikan. Hidangan dimasak oleh "team keluarga HJ Hussin" diketuai oleh anak saudara yg memang handal memasak..seluruh ahli keluarga bergotong royong..nak panggil utk memasak di rumah sahabat2 juga tiada masalah..insyaAllah, jika diundang ke majlis rakan2 nanti, selagi kudrat saya masih ada dan selagi nyawa masih dikandung badan saya akan hadir jika diizinkan Allah, demi kelangsungan silaturrahim kita..
Asalamualaikum tahniah dah selamat menerima menanatu..seronoknya ramai kawan-kawan datang maaflah cuma berdaya mengigati detik itu dari jauh...Semoga dapat bertemu satu masa nanti amin. (Halipah)
biasalah tu naf, kak lipah, biasa jer tu
biasalah tu naf, kak lipah, biasa jer tu
Post a Comment