saya mewakili semua jk fasa7 mengucapkan selamat ahri guru kepada semua warga pendidik diseluruh negara dan ahli kumpulan ppgb kumpulan a khasnya. hayatilah kata kata ini..
adat gunung timbunan awan
adat bukit timbunan kabus
adat teluk timbunan kapal
adat lurah timbunan air
adat pemimpin timbunan umpat
adat guru timbunan ilmu
dalam ajarnya ada harapan
dalam marahnya ada sayang
diamnya penuh bijaksana
tegurnya penuh dengan doa
bersyukurlah
ANDA SEORANG GURU
Sempena hari guru ini, tiga rakan dari sabah telah sudi menyambut hari guru mereka kali ini bersama warga sekolah SK Pontian dirompin, kami di SK pontian dan warga rompin dan pahang mengalu-alukan kedatangan mereka dan terima kasih banyak banyak diatas kesudian menjadi hakim jemputan dan bersama kami dihari yang indah itu.
mereka ialah Pn Siti Dayang dari PPD Ranau, Pn Winie dari SK St Benedict dan Pn Martivi dari SK Kimondo Rabau, Sabah.
Mereka menginap di rompin beach resort dan lemawat ke SK Muadzam Jaya, SK Kedaik, SK Janglau, SK Sg Puteri, SMK Suungai Puteri, SMK Seri Rompin, SKKampung Kolam, Sawah Padi Selendang, Pantai Hiburan Rompin, SK Bolok, Sintuari gajah di Bukit Rengit, dan pelabagi tempat yang menarik di sekitar Pahang
Mereka juga menziarahi rumah saya, rumah rohani, rumah yati rasul, rumah hj alias, rumah, halipah, rumah jamal dan adik ct dayang di kuantan.
Terima kasih kepada cg eda, cg rohani, cg sharin , cg halipah, cg ibrahim, cg jamal dan semua ahli keluarga yang memberikan layanan istimewa kepada mereka... lihatlah beberapa gambar di atas betapa gembiranya mereka...dan jika tuan ingin melihat album mereka klik disini
http://picasaweb.google.com/waibiM/LawatanIntegrasiDelegasiSabahKePahang
http://picasaweb.google.com/waibiM/LawatanIntegrasiSabahanKePahang2
semoga tuan tuan sudi datang kerompin nanti.
No comments:
Post a Comment