Saturday, June 21, 2008

awasi anak anda.....!

Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF... VIRUS
PENYAKIT AIDS

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya...

Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen. Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.

Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih :

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. Ini adalah nyawa
anda. Sila 'foward' maklumat ini kepada orang lain, especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate
Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM

siapakah orang yang sibuk?

"Semulia-mulia manusia, adalah manusia yang merendah diri dikala dia
berkedudukan tinggi dan bersikap adil ketika berkuasa" - Khalifah Malik
al-Marwan
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
 
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
Musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
Mengukir senyuman.
 
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
 
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
 
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
Masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
 
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
Membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
 
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.
 fikir fikirkanlah kawan kawan
soprompin

to realize....

To realize
The value of a sister
Ask someone Who doesn't have one.

To realize …The value of ten years: Ask a newly..Divorced couple.

To realize,

The value of four years:Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who Has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born

To realize
The value of one month:
Ask a mother who has given birth to A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane

To realize
The value of one-second:
Ask a person Who has survived an accident...

To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one.

hargailah apa yang anda ada..
soprompin

Friday, June 20, 2008

sama samalah berdoa

assalammmualaikum dan salam sejatera
hai kawan kawan
semoga semua sehat...alhamdulillah saya dan keluarga di kuala rompin sehat...ada beberpaa berita untuk disampaikan
1. Alfatihah dan doa untuk kawna kita Jamal, kerana orang tuannya telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas...semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang dikasihi
2.saya dah jalan kan semua tugas awal, mohon kebenaran dari FPE, Pej Parlimen, Penasihat Undang 2 KPM dan Pej IStana Keadilan...semoga mendapat kebenaran dan kita sama sama akan menyertai rombongan, sebab kalau tunggu naik fasa 8 memang tak sempat. Setakad ini pendaftar Dr Kamaruddin sudah minta proposal untuk infastruktur. Sama samalah kita berdoa...any way kalau niat kita baik akan dimakbulkan tuhan...ingat kita hanya merancang dan tuhan yang akan menentukan
3. tadi yati baru beritau beliau dah dapat surat panggilan ke fasa 8 ...7 julai - 7 Ogos...semoga kawan kawan bersiap sedia dan membeli tiket kapalterbang atau mengambil langkah yang patut..sama samalah kita berdoa agar segalanya selamat..dgrnya kolej agak kritikal dan kita mungkin ke tingkat atas..sebab ada kump belum keluar lagi
4.akhir sekali untuk kali ini...layarilah internet dan kunjungilahblog kawan kawna dan blog kumpulan kita untuk mendapat maklumat terkini dan berkongsi pendapat

salam
soprompin

Tuesday, June 17, 2008

lawatan ke parlimen

salam sayang kepada semua kawan kawan
walaupun blog kita ni tak berapa laku, tapi tak mengapa, manalah tau nanti ada yang senang dan ada masa, masa silalah mengunjungi blog kita ni

ada berita penting
tadi jam 3, pejabat parlimen telah menghantar surat kelulusan untuk kita melawat parlimen dan hadir ke sidang dewan rakyat pada 15 Julai 2008 jam 2.30 petang, sekarang kita hanya menunggu kelulusan fakulti untuk menggunakan bas UPSi dan kelulusan istana keadilan serta kebenaran penasihat undang undang KPM

semoga semua kawan kawan dapat join dan berikan sokongan kepada program ini.

semua kena bawa balzer dan bertali leher.

aku juga telah menyiapkan group discussion untuk kumpulan kita, pensyarah dan semua kawan kawan kita dari kumpulan B atau geng 29 atau sesiapa saja yang berminat...silalah menjadi ahli kumpulan pada alamat ini
http://groups.google.com/group/group-kita-bersama-ppgb5-kump-a

dalam kalau nak tengok gambar kita bersama sila layari alamat ini
http://picasaweb.google.com/home?tab=mq

dalam internet macam macam ad

salam

Thursday, June 12, 2008

telah kembali bertugas

salam sejahtera
aku selamat sampai ke kuala rompin jam 7.30 petang...kira kira 7 jam perjalanan..memang penat dan boring...sampai saja dirumah...dunia dan persepsi terus berubah. Dari dunia student kepada dunia seorang suami dan bapa, esoknya aku dipanggil ke pejabat PPD ...nampaknya orang rompin dah tak sabar sabar nak jumpa dan bermanja dengan aku...biasalah...aku layari kehidupan seadanya.

sepanjang fasa 7, nampaknya kita hadapi pelbagai masalah juga, pertama kelas kita DKC, tidak selesa dan terganggu, aircondnya tak berfungsi dan pintu belakang terkopak, cahaya masuk mengganggu LCD yang dipancarkan...kita pindah sementara di DKI kemudian kita pindah pula di DKG..alhamdulillah en harun di PTPM banyak membantu, Dr Khuan juga.

kemudian tugasan kumpulan nampaknya masih ada yang tertangguh..ini disebabkan sebenarnya sikap kita sendiri.kita meng intensifkan moof intensif, dengan alasan nak balik kampung....oklah tu, betul jugak, balik kampung penting tetapi dengan balik kampung kita tidak dapat bersama secara berkumpulan, contact hour kita menjadi sendikit, maka tulah sebab kerja kumpulan kita tertangguh...maka yang belum siap tu, tanggunglah sendiri...aku macam biasalah balik dua minggu sekali. maklumlah orang lain money no problem aku pulak problem no money

fasa depan harap semua membawa baju batik dan kod ( blazer ) Ada sesi bergambar dan makan malam ...nampaklah seragam sedikit. mana yang tak bawak tu memang tak sehati sejiwalah... maka ambillah tindakan yang melambangkan keperibadian anda....akhirnya selamat kembali bertugas dan buat projek, jangan manipulasi kuasa sah anda, jangan arah cikgu untuk projek anda, memang anda tak dipenjarakan tetapi anda telah melanggar etika dalam hati anda

salam

Monday, June 9, 2008

sebuah sketsa fasa 7


assalammualaikum
semoga semua kekawan sehat dan gembira...dua minggu tak ada internet di kolej amat menyiksa bathin para blogger dan peminat internet..termasuk aku. aduan telah dibuat bukan setakad ke unit ict tapi hingga ke pengethuan naib canselor (kebetulan bersembang dengan dia pada beberapa ari lalu) namun hingga kita nak balik ni, kemudahan itu masih tak dapat digunakan. Inilah menyebabkan blog ni tak dapat di update kan..maaflah

pertama
ingin saya nyatakan saya berterima kasih atas undian yang diberikan kepada saya untuk terus menjadi ketua kumpulan. saya membuat keputusan agar tiada sekatan dibuat..kita bebas pilih siapa saja yang kita suka dan etikanya itulah yang terbaik..kalau saya hendak dominankan sesaorang atau buat sesuatu untuk mempromosi sesaorang calun, tentu saja saya ada kesempatan dan mereka apa apa saja yang bukan bukan asalkan niat saya tercapai...namun saya tidak berbuat begitu sebab saya berpegang kepada etika. Niat yang tak elok , atau hendak mengenakan sesaorang atau cuba menyelamatkan sesaorang ...semuanya itu akan diketahui oleh tuhan juga...pada saya...ok jer sebab saya memandang kerja sebagai ketua ini biasa jer...tak ada yang luar biasa...atau macamana...kalau dah suratan tuan tuan memilih orang lain saya senang hati sangat sangat...kalau tuan tuan terus memilih saya saya terima dengan alhamdulillah jugak sebab tidak ada satupun gerak dan geri didunia ini hanya dengan izin Allah...cuma harapan saya ..berikanlah kerjasama yang erat seperti selalu dan kita akhiri fasa 8 kita dengan harmoni

kedua
keputusan periksa dan surat panggilan akan diusahakan pada hari rabu..harap berjaya, kalau tak tunggu surat dari upsi dan result akan dapat pada fasa 8...nak buat macamana, bah akademik menganaktirikan kita, kita ni tak ada makna pada mereka, kita ni macam bukan pelajar upsi..kita program menumpang..jadi inilah akibatnya...saya dah jumpa dr khuan 2 kali, pendaftar 3 kali untuk hal itu...so saya dah buat sesuatu..tapi keupayaan saya ada batasan dan hingga batasan itu saya terpaksa mematikan langkah
harap sabar

ketiga
tadi dah periksa POP, saya kecundang kerana memang lemah dalam akaun, semua tugasan telah saya hantar kepada en ibrahim dan kepada kumpulan yang belum hantar sila masukkan kedalam peageon hole en ibrahim dan sms kepadanya..
esok peperiksaan peng penyeliaan dan lusa kita akan akhiri dengan kaunseling...
selamat berjaya dan jumpa lagi pada 6 julai nanti

akhir kata
salam hormat kepada semua kawan kawan dari kumpulan a dan b, khas untuk cikgu yusof sipan
dari kump b yang selalu membaca blog ini, terima kasih banyak dan kaulah sahabat aku yang berbudi luhur dan baik hati...ingat sop kita sekampung untuk itu aku masukkan gambar kau dalam blog aku untuk tatapan dunia....aku tau tempat kau cakap tu, jangan marah sop

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY