Tuesday, January 27, 2009

permohonan dg41 secara berkelompok, nak join? jom

salam sejahtera kawan kawan

semoga semua sehat.
semalam aku bersembang dengan faris dari group B di restoren di Rompin, kebetulan dia balik melawat keluarganya disini.[ Faris memang orang rompin ] Kami bersembang dalam banyak perkara. Selain kawan lama, kita kan sama sama satu badge IAB UPSI, tentu saja banyak perkara yang kita orang laras dan ceritakan.

Nanti kalau ada kelapangan, Faris akan ke SPP bertanyakan aliran kerja dan apa keperluan untuk pendaftaran ke DG41 bagi kedua dua group kita, kemudian faris akan masukan dalam blog. Harap kawan kawan baca blog dan ambil tindakan menyediakan semua keperluan yang diperlukan.

Kalau ada masa lapang, ambil tindakan
1. membaca web site SPP
2. buat salinan untuk penggumuman ini

Permohonan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang mengikuti program pensiswazahan secara Kursus Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Sambilan boleh dibuat secara online dengan syarat calon memiliki Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ/Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Calon perlu mengisi nombor rujukan surat tersebut ketika memohon. Untuk makluman, nombor rujukan Surat Persetujuan Penempatan oleh KPM tidak perlu diisi ketika memohon tetapi perlu di bawa ketika menghadiri temu duga. Harap
maklum.


3. ada panduan permohonan dan panduan bidang pengkhususan yang perlu di baca dan di download...yang ni kena buat kerja pro aktif sikit. Sebab bab ni tak ada sapa yang dilantik jadi 'pengasuh' kita.
Baca semua panduan yang disediakan disitu, fahamkan dan kalau boleh print out untuk rujukan, semua kena guna e pengambilan, dalam web site tersebut.
4. gunakan masa bulan feb dan mac ni untuk study bab e pengambilan itu kerana sebaik saja kita konvo, kita akan key in pendaftaran ke dg 41 secara online melalui e pangmbilan nanti....studi dulu..[ aku bukannya apa, kesian jer, kalau aku tak beritau pun tak apa...kalau nak join ok, tak mau tak apa..]
5. Semasa 16 Mac nanti, aku akan mengutip hard copy permohonan kita itu dan serahkan kepada faris...untuk dia serahkan secara berkelompok kepada spp, tanpa perlu kita pos ke spp [ maka spp akan terima secara pukal dan menguruskan temuduga untuk group kita semua a dan b dgn cepat kerana kita telah membantu mereka menghantar maklumat secara berkumpulan...[ sekali lagi aku ingatkan..ni bukan paksaan, tak mau join pun tak apa..tak ada masalah pun..]

sebenarnya kalau faris nak uruskan untuk dirinya sendiri, dia tak ada masalah pun sebab ramai kawan kawan dia di spp tu, kita ni cuma menumpang kasih faris saja..namun janganlah sampai menyusahkan faris.. ada bab kita kena sediakan kita sediakan..ada bab faris tolong. kerana lagi lambat kita urus pendaftaran dg41 lagi lambat kita akan dipanggil temuduga dan dilantik.

lagipun kita dah dewasa dan banyak pengalaman, gunakan kedewasaan kita dan pengalaman kita sebaiknya.

setakat sini saja dulu untuk semua..jumpa nanti

18 comments:

Anonymous said...

bagus sekali usaha ini...tapi kurang berapa sukalah dgn tajuk posting ni....mcm tak sedap ati je baca title tu....tak kisahlah

Anonymous said...

oklah nobita, tajuk tu giant yang bubuh, atas permintaan nobita, sizuka dah ubahkan

Anonymous said...

Alhamdulillah, syukur dan timakasih bebenolah buat Usop dan Faris,maklumlah sayani memang menghargai usaha semua rakan2 yang baik hati dan berkemampuan mengurus perkara besar2,mudahan semua ahli terlibat akan serentak mndapat DG 41....taklah lewat beno sampai dah nak pencen tak selesai lagi.TG

Anonymous said...

Tq atas usaha anda berdua,insyaallah saya memang nak join, semuga usaha dan urusan dapat dipermudahkan Allah.

Anonymous said...

Semoga kita akan mempermudahkan usaha insan seperti anda berdua !tidak seperti enau dlm belukar melepaskan pucuk masing2. Smgo Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

chehassan said...

Terima kasih. Semoga kita semua dipermudahkan. Aku join.

Anonymous said...

TQ Sop.Aku sorang dari Sarawakpun ikutjuga.Maklumlah tempat mengajar jauh di pendalaman jadi sekali sekala saja ada kesempatan melayari int. I dan Ahpong tetap join. Once again TQ.Drp.GL

Anonymous said...

TQ Sop.Aku sorang dari Sarawakpun ikutjuga.Maklumlah tempat mengajar jauh di pendalaman jadi sekali sekala saja ada kesempatan melayari int. I dan Ahpong tetap join. Once again TQ.Drp.GL

Anonymous said...

Kita ada Surat Kebenaran Mengikuti Kursus dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)ke?

Seri Suryati said...

Macam ni lah GB dan GPK yang pro act dan berkepimpinan. Teruskan budaya kerja berpasukan. Syabas atas usaha.

Anonymous said...

banyaknya animal mouse kat atas tu...tulislah nama..kurang2nya tau juga tuan punya diri, payah betul korang ni.

Anonymous said...

Thank you to both of you. Hanya Allah jua yang membalasnya. Kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibuat harap beritahu.

Seri Suryati said...

Sop, setinggi tahniah dari aku.
Moga kenaikan pangkat kau ini akan membuatkan kau lebih bersemangat bekerja dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Pesan aku bila menggapai gemerlapan bintang di langit usah lupa kehijauan rumput di bumi.Moga berjaya

Anonymous said...

Saya nak join, apa yang harus sediakan semasa konvo nanti? Maklumat apa yang diperlukan? Tolong beritahu supaya dapat sedia dan bawa ke sana nanti! Low

kunan said...

Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah kerana ada hamba Allah yang sanggup meruangkan masa dan tenaga untuk memikirkan masalah orang lain. Pujian harus diberikan di atas niat baik itu. Semoga Allah memberkati usaha tuan berdua (Faris dan Ucop Rompin).

Kecil tapak tangan, padang bola kami tadahkan. Saya secara peribadinya sangat-sangat bersetuju kaedah ini, kerana usaha kita akan menjadi kuat apabila buat secara pakej (berkumpulan, Insyaalah Tuhan akan mempermudahkan kepada kita. Rasanya rugi orang tak sanggup joint. Tapi jangan sekali kita menyusahkan sahabat kita berdua ini, kerana diaorang juga banyak perkara lain yang hendak difikirkan.

Datang kat Terengganu, saya nak belanja nasi dagang dan keropok lekor goreng direct. TERIMA KASIH.

Anonymous said...

ayahku
kenapa dah lama tak ada posting entri?

kunan said...

Ayahku rasa terharu bila ada orang yang sudi membaca blog ini dan blog ayahku sendiri. Insyaalah ayahku akan teruskan usaha ini.

Anonymous said...

This intensive exercise and workout program represents
quite a sizeable they can have all of the advantages of p90x program order the DVD
without purchasing the entire program. Whether they realize an
integral part of most of the people.

Feel free to surf to my webpage ... how to p90x classic

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY