Yati
Yati
aku boring hari ni...aku menjelajah internet. dan apabila melihat blog PPGB ni sunyi aku pun terfikir nak tulis tentang apa...kisah lama? kisah akan datang? Aku terasa macam blog kita ni dah tak dibaca lagi oleh kekawan kut?
Aku tiba tiba teringat ke Yati. Kawan sama kelas, sama group buat asingment, kawan sama pahang, kawan sama PK Koko. Dia pernah kerumah aku, aku pernah kerumah dia, dia melawat keluarga aku, aku melawat keluarga dia...dan pernah aku bermalam dirumah dia....aha...jangan salah faham..aku bermalam bersama isteri dan anak-anakku.
Yati kini masih yati dulu, aku masih call dia dan dia masih call aku kalau kami teringat nak call. Aku dah macam macam , Yati masih disekolah lamanya dekat dgn rumah nya dan PK Koko yang hebat dan amat berfungsi.
Masih memasak dan kali ni bergaduh dengan cucunya yang kini dah besar. Yati masih cantik dan aku harap dia akan masuk pertandingan kilauan emas sebab dia memang mampu muncul juara...
Kepada yati...jangan marah...
salam
5 comments:
Salam buat semua rakan-rakan, Syukran Selamat Hari Raya Aidil Azha. Baru baru ini pada 21-23 Oktober saya ke Melaka Kerana Konvesyen MGB Terengganu .saya sempat berjumpa dgn suami Pn.Zabeadah Penang.Katanya Pn.Zabedah terkena penyakit anih.Kulitnya menjadi kasar dan mukanya cengkung.kasihan kat dia.Dah sebulan berulang alik Ke Hospital HKL. Kita doakan kpd nya agar cepat sembuh.Kalau kawan-kawan berkesempatan ziarahlah dia.Drp Raseli skbk k.brg, Trg
raseli, zabedah ke zubaidah...grup kita namanya zubaidah....
aku pernah melawat kau di htaa, masa balik aku jatuh terlentang atas wet floor....hihi nasib baik kuih raya dah bertukar tangan....kalau tidak berterabur.....- yati rasul
Zubaidah lah tu,saya jumpa suaminya Ibrahim di K,Terenggganu, Permai Inn. Konvesyen Kesatuan Guru Maktab (KKGLMSM) pada 17.Nov .Suami zubaidah maklumkan keadaan Zubaidah masih tak berubah..kesian dia ,sama-samalah kita doakan agar cepat sembuh .Amin.
Zubaidah lah tu,saya jumpa suaminya Ibrahim di K,Terenggganu, Permai Inn. Konvesyen Kesatuan Guru Maktab (KKGLMSM) pada 17.Nov .Suami zubaidah maklumkan keadaan Zubaidah masih tak berubah..kesian dia ,sama-samalah kita doakan agar cepat sembuh .Amin.
Post a Comment