hai kawan kawan
cepat masa berlalu...terima kasih kerana mula membaca blog kita, lagi banyak maklumat lagi baik.
pertama
tahniah kepada rakan kita yang dapat tukar, dapat naik pangkat, dapat menantu, dapat cucu dan merayakan sesuatu yang menggembirakan
kedua
terima kasih atas kerjasama kepada saya dan jk semasa mengurus tadbir kumpulan kita dalam fasa 7 ni...mana mana yang kekurangan tu mintak maaf lah banyak banyak...mana yang tersalah cakap terkasar bahasa...harap selesaikanlah dengan kemaafan
ketiga
pilihlah tok penghulu baru minggu depan ni dengan pemikiran yang waras dan kita akan adakan pemilihan di hadapan pensyarah. harap berkelakuan matang dan terpelajar. caranya senang saja
edaran pertama: semua orang tulis dua nama yang hendak dicalunkan. Tak kira sapa, penghulu lama ke, penghulu iab ke , perempuan ke, lelaki ke semua layak...ambil masa 5 minit sahaja
isnin
proses: dua nama terbanyak jadi calun tok penghulu: ambil masa 5 minit
edaran kedua: mengundilah kita- jumaat
maka lepas tu kita periksa dan penghulu fasa 8 telah dilantik...beres
oh ya terima kasih kepda hasmah dan tengku kerana menjayakan penyampaian hadiah pada puan ramlah. terima kasih juga kepada semua jk yang bersusah payah membantu saya dalam fasa ni...kita bersama susah dan senang...gua respect u all
salam hormat
tok penghulu pencen
Friday, May 30, 2008
Wednesday, May 21, 2008
pilihanraya umum minggu depan
tuan-tuan dan puan-puan
minggu ke 3, kita akan menguruskan piliharaya umum ke 12 dan yang terakhir untuk kita semua
Jawatan kuasa diketuai oleh En Rosli (pengerusi)En Mat (SU) En Jamal (JK) En Dollah (JK)
sebagaimana biasa penghulu yang pernah bertugas tidak dibenarkan masuk bertanding lagi. saya telah mencadnagkan supaya kali ini kita pilih pemimpin dari kaum perempuan.
Rasionalnya saya berkata begitu ialah perempuan pun boleh memimpin, perempuan lebih berhati hati dan lebih sistematik. Fasa 8 adalah fasa akhir kita yang memerlukan pemimpin yang berhati hati, sistematik dan hebat. biarlah kita akhiri pengajian kita dengan pimpinan hebat dari kaum wanita yang selama ini tidak pernah diberikan peluang memimpin.
namun tuan dan puan boleh memberikan pendapat dan pandangan kepada saya dalam minggu ini
kita boleh fikirkan semula cadangan itu
hanya sekadar pandangan sahaja....
salam

Monday, May 19, 2008
selamat hari guru
saya mewakili semua jk fasa7 mengucapkan selamat ahri guru kepada semua warga pendidik diseluruh negara dan ahli kumpulan ppgb kumpulan a khasnya. hayatilah kata kata ini..
adat gunung timbunan awan
adat bukit timbunan kabus
adat teluk timbunan kapal
adat lurah timbunan air
adat pemimpin timbunan umpat
adat guru timbunan ilmu
dalam ajarnya ada harapan
dalam marahnya ada sayang
diamnya penuh bijaksana
tegurnya penuh dengan doa
bersyukurlah
ANDA SEORANG GURU
Sempena hari guru ini, tiga rakan dari sabah telah sudi menyambut hari guru mereka kali ini bersama warga sekolah SK Pontian dirompin, kami di SK pontian dan warga rompin dan pahang mengalu-alukan kedatangan mereka dan terima kasih banyak banyak diatas kesudian menjadi hakim jemputan dan bersama kami dihari yang indah itu.
mereka ialah Pn Siti Dayang dari PPD Ranau, Pn Winie dari SK St Benedict dan Pn Martivi dari SK Kimondo Rabau, Sabah.
Mereka menginap di rompin beach resort dan lemawat ke SK Muadzam Jaya, SK Kedaik, SK Janglau, SK Sg Puteri, SMK Suungai Puteri, SMK Seri Rompin, SKKampung Kolam, Sawah Padi Selendang, Pantai Hiburan Rompin, SK Bolok, Sintuari gajah di Bukit Rengit, dan pelabagi tempat yang menarik di sekitar Pahang
Mereka juga menziarahi rumah saya, rumah rohani, rumah yati rasul, rumah hj alias, rumah, halipah, rumah jamal dan adik ct dayang di kuantan.
Terima kasih kepada cg eda, cg rohani, cg sharin , cg halipah, cg ibrahim, cg jamal dan semua ahli keluarga yang memberikan layanan istimewa kepada mereka... lihatlah beberapa gambar di atas betapa gembiranya mereka...dan jika tuan ingin melihat album mereka klik disini
http://picasaweb.google.com/waibiM/LawatanIntegrasiDelegasiSabahKePahang
http://picasaweb.google.com/waibiM/LawatanIntegrasiSabahanKePahang2
semoga tuan tuan sudi datang kerompin nanti.
Monday, April 28, 2008
sambungan lawatan ke sabah
8.00 pagi 19 April 2008
lepas mandi,kami makan mee goreng kat rumah mawi...memang sedap..sangat, tak percaya jom kita pergi kerumah mawi, rumahnya teramatlah bersarnya dan telah diberikan gambar pada post yang lepas...lepas tu mawi membawa aku dan kawan aku ke stesen teksi kota kinabalu berhampiran padang merdeka...kemudian kami bertolak keranau...
perjalanannya mengambil masa hampir dua jam dan menaiki gunung ganang yang membina banjaran croker yang terkenal itu..kabus dan pandangannya amat menarik sekali. kami berhenti sebentar dipingiir jalan kerana mahu menikmati pandangan yang amat indah dan bergambar disana...kalau hendak lihat gambar dan koleksinya..silalah layari web album yang alamatnya seperti berikut
http://picasaweb.google.com/home
martivi mengambil "batton" tourist guide dari mawi...kami tinggal di hotel kinabalu di pekan ranau dan kami makan tengahari di restoren tanjung, ranau...maaf terorder banyak..niat nak belanja kawan kawan, tapi suami martivi pulak yang belanja..aduh malunya..selepas jamak zohor dan asar, martivi membawa kami ke kebun teh sabah, sungai luanti dan poring yang terkenal diranau itu..akhirnya jam 6.00 kami kerumah martivi..lihat gambar diatas..rumahnya dua tingkat, kemas, kayu dan separuh batu menghadap gunung kinabalu..indah sekali dan damai betul...rasa nak buat rumah kat kampung tu , duduk disitu dan beramal disitu...berkenalanlah kami dengan ibu mertua martivi. Kami ucapkan ribuan terimakasih kepada En Jasni atas kesudiannya menyambut kami sebagai tetamu dan kami amat terhutang budi...akhirnya martivi membawa aku kerumah dayang dan batton di serahkan kepada pn siti dayang
bersambung...
Saturday, April 26, 2008
sabah negeri dibawah bayu
pada 18-21 april aku bersama staf aku eda dan suami ke sabah untuk tujuan melancung... kami bertolak pada petang jumaat dan sampai di kk pada 12.30 malam . disana mawi menunggu dengan iswaranya, mula mula kami berhenti makan dulu kat kedai mamak dan kemudian kehotel 5 bintang d papar, eda dan suaminya satu bilik, aku satu bilik..besar dan luas...sembang dengan tokey hotel..jam 3.00 pagi kami barulah tidur...malam pertama di negeri sabah negeri dibawah bayu......
hotel yang kami menginap menyediakan sarapan pagi yang amat sedap sekali...dengan ramuan udang besar besar...diucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada tuan punya hotel dan seisi keluarganya kerana menerima kami dengan hati terbuka dan kami amat menghargainya...hotel itu ialah rumah mawi
kemudian berjalan jalan di sekitar kk dan mawi menghantar kami ke stesen teksi untuk ke ranau
Thursday, March 27, 2008
Maaf
salam,
maaflah kekawan lama tak menulis dalam blog, tak ada masa pun nak nulis, sibuk bebeno. bulan sukan sekolah, mesyuarat agong PIBG perkhemahan badan beruniform bersepadu dan kokuria (kokurikulum akademik) semua aku settlekan dgn penuh komitmen
terima kasih pada cg usop sipan yang sopan sepupu ahmad sipon dgn komennya dan tegurannya
maaflah cup...aku tak ada masa nak layari internetlah..
akhirnya jumpa 11 mei nanti
salam sayang
admin
Wednesday, March 19, 2008
koridor baharu barisan rakyat
salam sejhatera
keputusan PRU 12 telah lama diketahui, Gelombang besar pilihan rakyat memaparkan satu buku baru dalam senario politik negara. kini telah terbentuk satu koridor baru barisan rakyat yang mengunjur dari PP, kedah, perak, selangor dan wilayah serta kepantai timur iaitu kelantan. senadainya N9, Pahang dan trengganu serta perlis jatuh, barisan nasional hanya punya johor dan melaka sahaja di semenanjung malaysia. Maka barangkali kota kinabalu atau kucing menjadi ibu negara yang baharu.
walau apapun keputusan rakyat itu, saya berharap pertemuan kita dalam kumpulan a pada bulan mei nanti tetap seperti biasa dan gembira serta semangat kita akan sentiasa tolong menolong... kerana kita berkawan selama ini penuh dengan semangat setiakawan dan menggembirakan.
jambatan telah saya bina, blog dan group discussion...pergunakanlah...explore dan kalau ingin bersembang dan chatting gunakan YM mudah dan cepat.. id saya waibi_m@yahoo.com
setakad ini rakan sembang maya saya ialah rosli, dollah, dayang, yati rasul dan yang lain masih tidak dapat saya add as a friend dalam ym itu
smeoga 3 jambatan hubungan ini akan mengekalkan silaturrahim antara kita.
salam
admin
yusof mohamad
Friday, March 14, 2008
mimpi: indahnya bersama kamalia
rindu sebab lama tak jumpa member
senarai penuh exco kumpulan a PPGB 5 fasa 7
assalammmualikum dan salam sejahtera
setelah menerima perkenan DYMM Sultan Perak, ekoran kemenangan bergaya Gagasan rakyat dalam PRU ke 10, berikut adalah senarai penuh exco bagi fasa 7.
Menteri Besar: Yusof bin Mohamad
Timbalan MB: Abdullah Hashim
SUK: Mohamad Sg Gau
Exco Kewangan: ( belum dapat ilham)
Exco Kebajikan: Azmi Din
Exco Cetakan: Rosli Rashid
Exco Hadiah: Zainal
Exco Adjust JW Shahrin
SPR untuk PRU ke 11 untuk fasa 8
Ketua Raseli
Timb Ketua Hassan embong
SU Jamaluddin
Semua akan mula berfungsi sebaiksahaja fasa 7 bermula. Setakad ini tiada pihak mendesak aku letak jawatan dan berebut nak kerusi MB ni. harap semua pihak yang dilantim bersetuju dan jalankan tugas sebaik mungkin. Yang tidak dilantik haarap berikan kerjasama dan jadikan rakyat jelata yang baik ....
PRU ke 11 akan dijalankan pada minggu terakhir sebelum periksa fasa 7.
salam hormat.
Yusof

Friday, March 7, 2008
perlantikan setiausaha
salam
semoga semua kawan kawan sehat dan gembira,
hari berganti hari, perubahan yang dilakukan oleh mantan penghulu fasa 6, mengadakan piliharaya awal dan melantik penghulu baru sebenarnya adalah satu perbuatan diluar tradisi dan mencipta tradisi baharu, idea yang kreatif dan menjimatkan masa. Ini adalah ekoran pelantikan beliau dgn kaedah piliharaya yang agak gawat dan sedikit kekecuhan. maka mantan tok penghulu azmi tak mahu perkara yang sama berulang di fasa 7.
saya dan jawatan kuasa saya ( setakad ni en dollah - timb penghulu) mengucapkan syabas dan tahniah, walaupun keputusan pRU 10 itu amat menyakitkan perasaan saya...kerana diakhirnya saya yang teprilih sebagai Penghulu.
Saya suka membantu dibelakang tabir, tak suka kedepan...saya suka mengelakkan masalah dan isu yang memeningkan kepala, saya suka bersendiri dari maju sebagai ornag yang dikenali...kalau saya bercakap biasanya menjawab soalan dan atas permintaan...bukan saja saja mahu "projek diri saya"...emmm anyway...terima sajalah...nak buat macamana.
Hari ini saya umum kan kepada tuan tuan setiausaha kumpulan kita yang baharu iaitu Mat Sg Gau... dia akan bertanggungjawab kepada jadual kedatangan, menerima aduan, mengurus maklumat peserta dan lain lain aktiviti yang memerlukan kerja kesetiausahaan
kenapa? apa alasannya?
mat ni lelaki...senang saya nak jumpa dan berbincang, dia jugak smart dari segi ketrampilan kerja dan senang bawak berunding...mat juga special dari segi mengawal perasaan dan bekerjasama...
Jadi JK kita sekarang ialah seperti berikut
PENGHULU YUSOF BIN MOHAMAD
TNC ABDULLAH BIN HASHIM
SU AGONG MOHAMAD BIN (lupa lah pulak....mat sg gau)
yang lain akan diumumkan pada mas ayang akan datang
sekian

Wednesday, March 5, 2008
selamat mengundi
salam
mungkin antara kita masih banyak palgi peluang mengundi, namun ada juuga yang merupakan peluang mengundi terakhir dalam hidup mereka...tetapi rata rata dalam kumpulan kita ada dua atau tiga kali mengundi semasa kita bekerja.
mungkiin ada antara kita penyokong kuat UMNO, siap dapat pingat lagi...ada juga MCA, MIC, DAP, PAS atau keAdilan...apapun, hak mengundi dan anutan ideologi adalah hak masing masing. So far setakad ini dalam kumpulan kita, kita tak pernah saling pengaruh mempengaruhi, mempolitikkan isu dalam perbincangan dan kita semua profesional dalam mengurus ideologi dan hak mengundi kita.
sebagai tok penghulu, pesanan saya ialah
pertama...kita telahpun mengadakan PRU sebanyak 10 kali dan kita saling hormat menghormati perlantikan yang kita jalankan...true democracy...kata member kumpulan B..maka marilah kita teruskan sikap positif, saing hormat menghormati dan hidup aman dan damai
kedua..sempena 8 mac ini...harap semua keluar mengundi dan menunaikan kewajipan kita sebagaia warga negara yang berdaulat dan merdeka...pilihlah calun dan parti yang tuan dan puan suka dan percaya...dan saya ucapkan SELAMAT MENGUNDI
ketiga...
gap antara fasa 6 dan fasa 7 kali ini agak lama..ini menyebabkan kita agak kehilangan mood belajar dan lama kelamaan dek sibuk disekolah, perasaan sayang pada sekolah, mula meresap dan menjadikan kita semakin sibuk...pesanan saya aplikasikanlah ilmu yang kita miliki dan semoga tuan dan puan semua menjadi semakin mantap dan berkesan.
akhir sekali selamat bercuti, sesiapa yang ingin melawat rompin dan pahang amnya, hubungi saya kawan kawan kita ... saya kemungkinan akan melawat sabah pada 11-14 april ini kalau tidak ada aral melintang...nak jumpa martivi, dayang, mawi, choong, simah, dan shelley..
jalan jalan cari makan
sekian
jumpa lagi

Wednesday, February 27, 2008
cakap cakap kosong dan siapa Timbalan Penghulu
salam sejahtera
hampir setiap hari aku mendengar cakap cakap kosong yang berbau politik di sekitar dun tioman dan parlimen rompin, kelihatan resah dalam pemimpin UMNO mengenai calun yang dipilih dan keresahan penyokong PAS mengenai paradigma pengundi dikawasan ini. aku mendengar dengan penuh prihatin dan melihat sudut tingkahlaku serta emosi mereka, seolah penganalisis politik ler pulak. tiada sebarang komen yang keluar dari mulut aku dan aku lebih berperanan menggalakkan mereka bersuara memberikan pendapat.
fikiranku melayang jauh mengenang nasib anak anak dan cucu aku nanti selepas dari aku pergi menghadap Allah, bagaimana mereka nak survive dalam kehidupan mereka? pemimpin yang diharap menjadi petualang bangsa, mengendurnya sikap mahu maju dan berdikari, bangsaku masih mengamal sikap suka mengemis dan meminta minta hingga mereka menjadi babu suruhan orang yang manis janji janjinya. aduh...kesian mereka nanti.
aku berazam membina prasarana untuk 6 orang anak aku untuk mandiri dalam kehidupan mereka nanti, sebelum aku menutup mata meninggalkan mereka. aku berazam mengisi dada mereka dengan pengisian rohani dan jasmani agar mereka lebih berdikari , berprinsip dan bermoral tinggi....semoga tuhan mempekenankan hajatku ini
aku mendapat berita ani dan yati ada di IAB, ani dgn memperkasakan sekolah kebangsaan dan yati dgn sekolah klusternya...semoga mereka dapat pengalaman baru disana, aku baru selesai mengurus tuan rumah sofbol daerag disekolah dan esok menguruskan beberapa hal di JPN
kawan kawna lain? masih belum menggunakan jambatan perhubungan ini dan group yang aku bina untuk kebaikan semua...aku percaya satu hari nanti akan digunakan juga..
salam untuk semua, jumpa di fasa tujuh nanti untuk kali ini suka aku umumkan Timbalan Penghulu Fasa 7 ialah Abdullah bin Hashim. Aku pilih dia sebab dia dormate aku dan kawan baik aku, kuat kerja dan dapat bantu dan kemana kami pergi selalunya bersama, maka jawatan timbalan tu aku rasa sesuailah sangat....dan semua orang kenal dollah, pegawai JPN yang skema dan rajin. Harap semua setuju

Monday, February 25, 2008
bahang pilihanraya
salam sejahtera
bahang pilihanraya semakin terasa, pelbagai bunyi dan cakap cakap politik kedengaran sana sini. aku macam biasa, suka mendengar sahaja dan melihat tingkalaku manusia sebab aruah tok guru pesan jangan campur urusan pilihanraya yang penuh dengan pemusuhan dan dendam itu.
di kawasan rompin, nampak tenang tetapi arus dibawahnya kuat juga.dun tioman menampilkan muka baru yang dikenali sebagai kapten jo lawan dengan lawyer dari pas sementara Parlimennya pula satu lawan satu antara JJ dengan engineer dari pas.
tiada perubahan dari sikap orang melayu yang masih tidak jelas dengan peranan pilihanraya ini, kuasa ditangan mereka dan momokan dari parti yang bertanding.
semoga ada perubahan yang akan berlaku dari sudut paradigma orang melayu insya allah...
semoga tiada kekacauan dan tenang serta profesional
yang menang akan menerima mandat, mandat adalah satu amanah yang berlandaskan kepercayaan, kepercayaan adalah nilai tertinggi dalam hidup manusia yang diberikan dan sesiapa sahaja yang memegang amanah ini akan dipersoalkan dalam hidup dan matinya kelak.
mencalunkan diri sendiri adalah salah dari sudut kepercayaan itu sendiri. Yakin dan percaya ini jjuga dikenali sebagai iman dalam bahasa arab, pengundi menyerahkan keyakinan dan kepercayaannya pada calun yang bertanding samalah ertinya pengundi menyerahkan keimanannya kepada calun dalam hubungan sesama manusia, habbulum minannas.. alangkah besarnya amanah itu, aku ...kalau diupah sejuta ringgit pun aku tak akan sanggup menawar diri menjadi calun wakil rakyat...sebab aku takut dipersoal di akhirat kelak, namun aku tak pernah mungkar dalam menjalankan tugasku kepada negara...aku terus mengundi dan mengundi.
aku dan isteriku mengundi siapa?
itu adalah rahsia kami
kepada kawan kawan...hati hati, jangan sampai langkah sumbang memakan diri

Subscribe to:
Posts (Atom)
Penghargaan kami ( ii )
jutaan terima kasih
Fasa 1Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah
ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A
ahli
PAHANG DMJAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM
PULAU PINANG
ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>
KEDAH
CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU
PERLIS
ROSLI
SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI
SARAWAK
GOEN
APHONG
TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN
SELANGOR
NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN
JOHOR
CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON
PERAK
WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE
MELAKA
CHU CHEE HOE
NEGERI SEMBILAN
HASMAH
SARASWATHY