Tuesday, March 3, 2009

Disiplin murid, apa kata hangpa?

Aku meluat setiap kali tengok, dengar dan komen2 pasal disiplin murid. Sejak dulu sampai sekarang tak pernah selesai, dan aku sangat yakin semua sekolah yang ada asrama, ada kes buli dan perkara-perkara yang tak sedap didengar. Baik asrama lelaki, maupun perempuan. Sering kali kita dengar perkara2 yang tak sepatutnya berlaku, tapi berlaku. Yang peliknya, budak2 takut nak buat laporan sebab dua perkara. Pertama takut kepada senior (pembuli) dan kedua, takut kepada guru atau pengurusan sekolah. Maksudnya, apa yang dilakukan oleh pelajar senior seperti mendapat restu atau sudah menjadi pelan strategik sekolah/asrama, kononnya untuk mendisiplinkan pelajar2 baru. Ini memang ya, sebab aku sendiri pernah dengar bila ibu bapa komplain, pengetua dengan nada suara marah kononnya ibu bapa terlalu manjakan anak. Kononnya anak2 perlu diajar menghadapi cabaran begitu (disepak terajang, dibuli oleh pelajar2 yang jahat ini). Aku heran juga, di mana depa belajar cara mentadbir sekolah begini?.

Melihat apa yang berlaku mutakhir ini, aku sebenarnya sangat meluat dengan kerenah KPM dan orang2 yang berkepentingan. Kononnya Pengetua/GB tak pandai pengurus sekolah. (Tapi, mungkin ada benarnya). Tapi janganlah kerana seekor kerbau, habis diterpalit. Buatlah kenyataan dengan berhemah berlandaskan kuasa, undang-undang dan peraturan yang ada. Ukur dan kaji balik, mampukah pengetua dan GB memikul semua ini dengan segala macam tugasan dibebankan di sekolah. (Sekolah macam pejabat pos) Tapi pejabat pos dapat duit. Segala hal kebajikan masyarakat diberikan kepada sekolah. Tugas melatih guru yang dulunya dibuat oleh maktab, dipertanggungjawabkan kepada sekolah. Tugas pusat tuisyen, diberikan juga kepada sekolah. Tugas bagi makan, pakai, sekolah juga tukang urus. Di mana hak dan kuasa sebenar pengetua/GB. Selepas dipertangungjawabkan dengan segala beban, akan diambil tindakan sekiranya, anak-anak (yang lebih baik sedikit drp. yang ada dlm zoo ini) membuat hal. Adilkah ini?

Aku sering mengajak berbincang antara ganasnya israel dengan keganasan yang ada di dalam negara kita. Daifnya rakyat plastine dengan rakyat di negara kita. Ada orang bangga kononnya dia kutip derma untuk plastine (sejauh mana derma itu sampai kpd rakyat plastin), tapi ambil perdulikah kita dengan kedaifan dan kekurangan anak bangsa sendiri dari aspek moral, akal dan tindakan. Fikir2kanlah dan apa kata hangpa?

2 comments:

Anonymous said...

setuju teramat sangat. Orang yang ada kuasa hanya tahu buat dasar, dan kalau tak tercapai orang lain yang disalahkan.Yang dia orang tahu hanya buat sesuatu yang boleh menguntungkan dia orang saja. Untung dia dapat...hampas bagi yang melaksanakan dasar mereka.Engkar....kena hukum!! Semua kena jadi pak turut macamlah Hang Tuah.Nak dihukum bunuh pun masih taat juga. Taat tak tentu pasal. Zaman sekarang jadi Hang Tuah tu sebenarnya bodoh. Hang Jebat tu HERO. Ada prinsip.Bukannya lembu yang dicucuk hidung saja. Pertahankan prinsip...itulah namanya jati diri.

PakLahPenang said...

Apabila ibu bapa tak ambil pusing apa yang anak mereka buat.... hantar asrama cikgu belalah.... menyebabkan perkara yang tak sepatutnya berlaku berlaku. Kita lihat berita baru-baru ini... apa tindakan ibu bapa mereka... menyalahkan sekolah... kerana guru tak jaga. Oleh itu pada pandapat saya perkara-perkara mestilah diambil berat oleh ibu bapa. Tanya anak... apa mereka buat... dekati mereka.... jangan biarkan mereka... mereka perlukan perhatian...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY