Thursday, March 19, 2009

TAHNIAH SEMUA

Tahniah kepada semua rakan yang telah menerima dengan rasminya Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) pada Istiadat Konvokesyen ke 11, UPSI. Walaupun agak kelam kabut dek hujan yang sangat lebat pada petang 16 Mac yang lalu, tetapi saya percaya rakan2 begitu merasa puas dan bangga dengan pencapaian itu. Peristiwa 15 dan 16 Mac seperti berlaku agak pantas dan bersahaja. Benar kata pengurus konvo, kelam kabut tetapi tertib. Namun apa yang hendak saya gambarkan di sini, kita semua seperti tidak berdaya untuk berkumpul bersama-sama dan meraikan saat gilang-gemilang itu. Apa yang cuba dianjurkan Usop, untuk bertemu dan bertanya khabar, jauh sekali dari mencapai hasratnya. Masing-masing dengan hal sendiri. Kalaulah berkumpul pun hanyalah sekejap dan dalam keadaan terkongkong. Sekali dalam auditorium dan sekali dalam dewan SITC. Kalau adapun mungkin di rumah Shahdan, atas jemputan makan malam di rumahnya. Itupun saya sendiri tidak berkesempatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pendek kata kita semua dengan agenda tersendiri.

Saya sebenarnya merancang untuk bersama rakan-rakan, mungkin boleh sesi bergambar bersama-sama atau beramai-ramai selepas majlis konvo. Tetapi malangnya, habis saja majlis, keadaan bertukar seperti huru-hara dek turunnya hujan yang sangat lebat. Riuh rendah bukan mencari rakan2 untuk sesi bergambar dan meraikan kejayaan tetapi masing-masing mencari keluarga yang menunggu dalam hujan lebat. Keadaan turut menjadi kelam-kabut apabila sebahagian rakan mengambil keputusan memulangkan jubah secepat mungkin untuk bertolak balik ke halaman masing-masing.

Keesokan harinya, barulah saya sedari bahawa saya tidak sempat mengambil gambar dengan pakaian akademik bukan saja dengan rakan2 tetapi juga dengan anak isteri yang hadir. Saya hanya sempat bergambar dengan usop, itupun jubah telah dibuka. Maknanya saya hanya berharap gambar rasmi yang diambil. Begitulah hebatnya majlis konvokesyen kita, sehinggakan gegak gempita dengan guruh dan petir sabung menyabung menandakan tamatnya satu sesi kehidupan.

4 comments:

Anonymous said...

ya lah sop
aku pun terkilan banyak perkara
kalaulah tak hujan kilat petir petang tu kita mungkin dapat bergambar outdoor beramai-ramai macam kat putrajaya dulu kan...mesti cantik...aku dah cakap dgn tengku... nak lambung topi....tapi...hu..hu...hu..uhu..
kita merancang Allah jua menentukan.

Puteri Azizul said...

Betul tu T, 16 Mac hujan lebat tapi masa saya dan keluarga balik keutara pada 17 Mac lalu depan UPsi dari KL cuaca ceria dan tidak hujan, syukur pada mereka yang konvo hari tu. Kami sekeluarga pun tak sempat bergambar....sedih juga hasrat nak bergambar dengan keluarga dan rakan2 tak kesampaian.....

Anonymous said...

hi sop,
sebenarnya i nak bergambar dgn kawan=kawan semua, ttp, alamak, selepas majlis semua dah hilang.
walaubagaimanapun, tidak dapat begambar tetapi dapat said hello to kawan-kawan.

chehassan said...

yang menulis ni bukan Usop, tapi saya Che Hassan. Usop dah break sementara untuk blog ni, jadi agar blog ni tak terkubur, saya cuba2 menulis. Terima kasih atas respon anda.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY