Friday, March 20, 2009

Semangat untuk terus belajar

Dalam hujan lebat lepas konvo 16 Mac yang lalu, ketika saya meredah hujan mencelah2 melalui perpustakaan UPSI untuk mendapatkan kereta di depan Auditorium, saya terserempak dengan beberapa orang pensyarah di ruang legar perpustakaan. Antaranya En. Omar Apai, Sukri Zain dan Dr. Kuan. Dek kerana hujan masih lebat, saya mengambil kesempatan berbual panjang dengan mereka ni. Dengan ucapan tahniah, macam biasa ketiga-tiga pensyarah ni begitu mesra sekali. Kebetulan ketiga-tiganya juga agak rapat dengan saya dan memberi A kepada saya dalam tugasan mereka.

Itu cerita lama, tapi apa yang nak saya kongsi di sini, mereka bertiga begitu bersungguh-sungguh mengajak saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Antara apa yang digambarkan oleh Dr. Kuan, sebenarnya untuk sampai ke tahap itu jauh lebih senang daripada peringkat sarjana muda. Cuma bezanya, perlu berulang alik setiap hujung minggu. Shukri juga turut memberi semangat. Tapi Omar Apai, macam biasa dengan gaya bersahaja asyik bergurau mengusik saya.

Jadi, saya tiba-tiba dihambat semangat untuk cuba meneruskan pengajian ke peringkat itu. InsyaAllah mungkin saya akan cuba.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan, sejak saya grad, rasa hormat dan respect guru-guru kepada saya sebagai GB, semakin baik. Yang penting kita bukan menunjuk-nunjuk, tetapi sebagaimana yang kita belajar, keupayaan kepimpinan banyak bergantung kepada kebolehan dan kepakaran kita dalam menangani apa saja isu pendidikan di sekolah. Hari ini, kita sudah boleh bercakap berdasarkan fakta dan sumber ilmiah daripada apa yang kita belajar. Saya sangat merasa bangga, kita dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda ( Pengurusan Pendidikan ), bukan matematik, bukan sejarah atau lain-lain. Ini bermakna kitalah sepatutnya lebih arif drp pengawai2 ppd dan JPN dalam soal mengurus dan memimpin sekolah. Justeru, saya sangat berharap rakan2 dan semua lepasan UPSI (Ijazah Sarjana Muda - Pengurusan Pendidikan ) mewujudkan satu kesepakatan untuk kita saling berkongsi dan berpegang kepada prinsip pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik di negara ini. Kita bukan lagi GB pada era konvensional, tetapi kita adalah GB yang terlatih. Lebih menarik, kita juga mendapat pengiktirafan IAB melalui Sijil dan Diploma Kepengetuaan (NPQH) yang akan menjadi syarat utama suatu masa nanti untuk semua pemimpin sekolah.

Selamat Maju Jaya.

13 comments:

Anonymous said...

ada hasrat juga tapi takut semangat mati di tengah jalan kerana tak ada lagi sekumpulan kawan yang dapat berbincang dan tinggalkan sekolah untuk sebulan macam dulu!

chehassan said...

Sayapun rasa macam tu juga, tapi bila pensyarah yang pernah ajar kita bagi cadangan dan semangat, seharusnya kita ada kekuatan. Ada rakan2 bagi cadangan, kalau boleh pakatlah beberapa orang supaya kita lebih kuat bukan saja untuk belajar tetapi juga untuk ulang alik ke upsi. Tapi yang nak pakat ni selalunya susah, sebab dari dulu lagi saya nampak gang kita ni banyak pentingkan diri. Sorrylah, mengata sikit.

Anonymous said...

sop,
keep on belajar,, dont stop here.
all the best.

PakLahPenang said...

Aku setuju dengan pendapat kau... supaya lepasan graduan Pengurusan Pendidikan UPSI akan menunjukkan satu tahap yang tinggi dalam pengurusan di sekolah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Tan Sri Canselor UPSI kita mestilah menjadi "ulama". Saya sangat mengalu-alukan perkongsian idea dan pengalaman dalam bidang pengurusan sekolah. Kerana sekolah mempunyai pelbagai kerana kita sebagai pemimpin di sekolah berhubung dengan manusia dan objek. Manusia memmpunyai kehendak yang berbeza dan tidak pernah puas.

Anonymous said...

Saya tidak fikir apa saja kelulusan yang melepasi sejana muda ada kepentingannya selain dari 'EGO'. Usahalah memperbaiki kebolehan mengajar. Kalau kita seorang guru Fizik biarlah murid murid mengiktiraf yang kita seorang guru Fizik yang handal. Yang mendapat ijazah MSc dan PhD munkin menjadi ejekan murid, amatlah memalukan.Kepakaran bukan terletak diatas kertas tetapi apa yang ada dalam otak dan kebulehan menyampaikan kepada murid. Itu peranan guru.Bukan berlomba lomba mengejar kertas untuk berbangga.
Guru Lulusan Maltab saja

chehassan said...

Saya dulupun kata macam tu juga. Tapi bila sambung belajar, dia jadi berhantu, nak tahu dan nak jadi lebih pakar. Tapi betul jugalah, banyak guru yang ada master, antara guru yang kurang bermotivasi di sekolah. Mungkin EGO kononnya dia dah tak layak jadi guru biasa. Nasihat saya, biarlah kita jadi guru yang hebat. Memang banyak guru maktab yang lebih hebat daripada pemegang ijazah, master dan phd.

kunan said...

Dua perkataan yang menghantui kita ialah "kalau" dan "tetapi". Jika ia berada di depan kita maka sukar untuk kita capai cita-cita kita. Kadang-kadang kita perlu redah je...dan pada masa yang sama kita buat adjustment sepertimana dulu kita pun tak yakin juga dengan pencapaian kita hari ini. Kita sudah boleh menarik nafas lega di atas usaha kita yang kita sendiri tak percaya.

kunan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya dibawah pokok. Ramai bergayut gayut diatas dahan yang rendah dan yang tinggi. Tak guna saya bersuara lantang kerana orang diatas boleh meludah kebawah. Sayangnya guru besar dan pengetua yang berijazah masters pun mengecut bila datang orang PPD apatah lagi JPN. "Khairunnas man yanpaunnas".Fikir fikir kan.
Guru Lulusan Maktab saja

chehassan said...

Saya tak pernah ludah orang. Tapi yang saya pernah rasa orang di bawah tu yang ludah saya dan diri dia sekali. Ada beza, gradute mata pelajaran dgn grad (Pengurusan Pendidikan). Jangan terlalu lara saudara, kelemahan diri jgan disalahkan orang lain. Saya mengaku dan setuju banyak guru maktab yang sangat bagus dan kdg2 lebih bagus drp guru grad. Tapi tak semua. Selagi kita bernama manusia, kita tetap ada kelemahannya. Nasihat saya, sekarang banyak peluang sambung belajar (OUM dll) saya harap saudara istiqomah, dan cuba buat penambahbaikan dlm diri. Selamat mencuba dan berjaya.

Anonymous said...

Che Hassan, tak guna kita berdebat dengan orang yang bodoh sombong macam guru lulusan maktab tu..saya pun anak petani,banyak pengalaman hidup yang mengajar saya walaupun miskin tapi tidak miskin fikiran dan tekad seperti guru lulusan maktab. Setelah berpuluh tahun jadi guru lepasan maktab yang HEBAT, kita buat anjakan paradigma, tambahkan ilmu.. orang hebat tidak mengatakan diri sendiri hebat.. orang lain yang menilai kehebatan tu. tapi sorry to say la.. guru lulusan maktab ni tak boleh jadi regu kita..kasihan!

Anonymous said...

Betul tu mawar berduri.. saya pun rasa terpanggil untuk berdebat di sini. Tak tau la apa sebab guru lulusan maktab tu beranggapan begitu. janganlah berbangga dengan berapa lama anda telah berkhidmat dan lepasan maktab mana anda ditauliahkan..lihatlah di sekeliling anda, ramai lagi orang yang luhur hati budinya, berkhidmat untuk anak bangsa tanpa berkira dan mendabik dada bahawa akulah yang hebat, akulah guru cemerlang walau hanya lepasan maktab atau lulusan dari menara gading.Cermin-cerminlah diri dan selamat beramal!

Anonymous said...

cekhassan
Alhamdulillah, saya sudah berjaya memberi sedikit suntikan keblog ini. Saya rasa blog ini sudah terancang dengan baik dan, kepada pandangan saya, akan lebih bermutu bila terdapat tumpuan terhadap perselisihan pendapat.
Beberapa tahun dahulu di Corpus Christi College ada seorang professor yang berkepakaran dalam bidang pengurusan, khususnya pengurusan syarikat syarikat gergasi antara bangsa. Dalam salah satu syarahannya yang bersangkutan dengan jawatankuasa pengurusan syarikat dia berkata amat penting sekali anggota-anggota badan pengurusan itu diduduki oleh orang orang yang berbiza kepakaran, yang berani mengenengahkan hujah-jahnya yang bertentangan. Itu pendapatnya.
Dengan adanya perbincangan yang diketengahkan oleh pakar pakar yang melihat dari sudut yang berbiza, seorang ketua pengurus syarikat akan dapat membuat rumusan dan keputusan yang seberapa tepat. Sebuah syarikat selalunya berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antaranya ialah undang-undang Negara, kehendak dan harapan pemilik saham syarikat itu sendiri, kepuasan pelanggang, tentangan syarikat-syarikat yang bersaing hebat, harapan dan kepentingan pekerja dan juga tuntutan persatuan pekerja yang munkin bersikap keras dan sebagainya. Anggota anggota yang tahu mrenyokong sahaja tidak memberi faedah.
Lihatlah blog Dr Mahathir. Bacalah maki hamun yang dilontarkan oleh pembaca. Kadang kala amat peribadi, kesat dan menghinakan.Itulah suasana yang menjadi kebiasaan dan yang dihargainya oleh pemimping agong itu (walaupun tidak semua bersetuju dengan pandangan ini). Semua pandangan yang bercanggah dilontarkan menambah kematangan dan kenbolehannya ‘membaca’ gerak geri kawan dan lawan. Pada masa yang sama dia memilih pakar pakar yang terbukti kepakaran (tidak semestinya dalam bidang pengurusan, kerana dia sendiri yang mengurus dan membuat keputusan). Saya bernasib baik mengenali rapat pakar penasihat sainsnya yang berkelulusan PhD (bidang sains) dari sebuah kolej di Cambridge. Kalau berbincang dengannya jangan harap mendapat persetujuan semata-mata. Pandangannya tajam dan mencabar. It is highly refreshing to discuss with him.
Apalah salahnya kumpulan guru guru yang sedang meningkat memperalatkan blog cikgu ini sebagai satu medan perbincangan, selain dari tempat pertemuan dan berceloteh. Dan terimalah pandangan yang berbiza dari orang luar untuk memperkayakan pemikiran.
Untuk terus berubah biarlah kita galakkan percanggahan pendapat. “Ikhtilapul Umatun Rahmat,” kata ulama.
Kita juga tidak sepatut memandang diri kita semuanya betul. ‘Al-ismatu la takunu illa linabii’, kata seorang penyayi agong Mesir.
Kerjaya saya tak mengizinkan masa yang banyak untuk terus melayari blog. “ Waman tabia hudaya pala khaupun ailaihim walahum yahzanun.” Wassalam
Guru Lulusan Maktab Saja.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY