Sunday, April 12, 2009

Macam macam ragam cikgu kita

macam macam ragam

ada orang masih tak kisah nak key in e permohonan...allaaa...biarlah dulu.
ada orang sibuk mesyuarat Jabatan dan PPD kesana kemari...sampai kata....alamak lupalah.
ada orang, ok ok ok ..i dah isi...no problem...
ada orang...sorrylah bang, line internet tak power....aku mintak maaflah...
ada pulak...aku nak nunggu jadi GB dulu, i want to give myself one year...
ada kata....i nak nunggu kenaikan gaji...baru lulus ptk
ada yang kata...eh yer ker...?? ok ok ok aku isi...kau tunggu yer..
ada lansung tak ambil tau..baca blog pun tak mahu, nak sms pun tak mahu
ada yang...terhegeh hegeh nanya...hello kawan, dah isi ke belum...

pendek kata 53 orang dalam group kita maka 53 ragam lah jawabnya...yang aku pulak? perasan macam jadi penghulu lagi...hati tu nak nolong jer orang...dah memang sikap semula jadi suka tolong orang...sampai makan hati. dah elok...tolong lagi...seronok nolong orang ni..sian ker dia. pointer tak setara mana pun...it pun dapat B jer asmara kasi..yang aku nak nolong tu...A bulat bang, A bulat. tak malu betul aku ni yer...macam nak ajar itek berenang...[ aku ketawa seorang ]

kawan kawan..
sebenarnya situasinya begini...
ada dua jabatan yang uruskan kita...untuk memohon ke jawatan/gred baru dari 32/34 ke 41 pertama SPP. spp akan uruskan proses temuduga dan perlantikannya....yang ni kena isi borang cara online....

[.ehhh tanya pulak...sop macamana ek nak isi online?.....aku pun jawab...mula mula buka komputer...tekan suis on, dah siap...pastikan ada line internet..dah? dah...lepas tu klik i.e..hah i.e? apa tu? i.e tu ialah internet explorer..yang ada huruf e awarna biru tu atas kepala e tu ada lilit serban biru...hahhhahh..ok..ok.. lepas tu....tut tut tut...habis credit...top up lagi..]

pihak kedua ialah BSM...apa bsm tu? bahgian sumber manusia...mereka nilah yang menguruskan kita punya penempatan, kenaikan pangkat dsb..of coz lah depa nak bukak fail. maka yang ni kena hantar hard copy...buat surat litup, berikan maklumat diri dan hantarkan salinan ijazah, sijil/diploma dan surat tawaran ppgb...maka nak mudah kan cara..kawan kita abang abu dan abang faris sanggup kumpulkan dan hantar secara berkelompok....cara bundle kata faris...teringat aku kedai bundle kat pekan sehari rompin...hahahaha

[ kena hantar ke? kata tak payah hanyar? kena ...yang tak payah hantar pada spp...pada bsm kena hantar...lah dulu kata tak payah...( kena marah pulak) yer lah dulu kita semua tak faham..lepas faris jumpa pegawai..dia orang kata kena hantar...itulah namanya perkembangan baru...awat..apasal hang tak habaq...bacalah blog bang, alamak....tak kan aku nak bacakan untuk hang....ya ya....tut tut tut..habis credit lagi......]

itulah antara pelbagai ragam dalam group kita. lalu aku terpikir...aku ni, sedang buat kerja apa ek?....hai entahlah cikgu..cikgu....ikutlah kau orang...kerja aku pun berlambak kat sekolah...faris juga pernah meluahkan perasaan yang sama pada aku...namun kami akhiri dengan ketawa.. dan sama sama rumuskan...tak perlah faris..tak per lah sop..kita tolonglah dia orang...dan faris lebih banyak menyimpan saja dalam hati... aku? agak brutal sikit.... kadang kadang.

namun aku bagi pihak diri aku dan kawan kawan yang lain yang mudah faham dan berkerjasama mengucapkan jutaan terima kasih pada faris dan abu serta adli kat sana..dan layanan dari kawan kawan yang sebahgian besarnya masih...mampu untuk menari dgn rentak lagu nyang dimainkan...

setakat ini..aku beres...saja jer aku nak cerita...guraugurau dibawah tajuk macam macam ragam ni.... anyway selamat kerja dan selamat membuktikan siapa kita....dan ilmu yang ada tu untuk berlagak ke untuk mencari keredhaan tuhan? lu pikirlah sendiri mamat...bedah...adios..

10 comments:

kunan said...

Sop, saya sangat-sangat faham mengenai situasi yang dialami tu...cuma kami mengharapkan pertolongan ikhlas itu diteruskan. Kita tak dapat lari dengan karenah orang lain. Yang keluar dari perut yang sama pun karenahnya berbeza-beza, inikan pula berpuluh-puluh perut yang lain. Setiap orang akan terhutang budi kepada orang-orang yang sanggup mengorbankan masa, wang ringgit dan perasaan demi kebaikan dan kebajikan orang lain yang mungkin ada di antaranya tidak mampu menunjukkan penghargaan dan terima kasih kepada orang yang membantu mereka. Tapi, Insyaalah Tuhan Maha Kaya lagi Maha Mengasihani. Didoakan semoga sehabat-sahabat yang bertungkus lumus berusaha untuk menyenangkan orang itu dirahmati serta diberkati. Amin

chehassan said...

'Biaq p kat depa' Itu kata orang kedah. Kita terus berbloger. Penulis dan menulis anugerah Allah, jadi buat yang terbaik. Aku dan rakan2 yang mengerti tetap menghargaimu.

Anonymous said...

saya menghargai segala yang kamu buat untuk kump kita. syabas. teruskan.

atuk said...

nak tergelak jugak baca entri kau ni sof.... itu ler ragam manusia namanya!

kembara kelana said...

tengku
komen kau tak pernah kering dari unsur nasihat...terima kasih banyak banyak
hassan
kau pun sama..sama sama kita menulis dan terus menulis
anony
terima kasih
labu
kau memanglah labu, kawan aku..kau sehat labu

seri suryati said...

sop
apa yang kau rasa tu dah lama aku rasa
at last,
aku buat kesimpulan, manusia tu tak sama...kita tak boleh anggap cara berfikir seseorang tu sama seperti cara kita berfikir atau pun tindakan. Manusia ni kalau dia terdesak dia akan pandai bertindak..
kalau difikir2kan akan pedih hati maka biarkanlah bulan bicara sendiri...
oh Biiiiaaaaaaarlah bulan bicccara sendiri....

ToK Ki said...

hidup biar berjasa sop,kau tak kan rugi apa-apa,harimau mati meninggalkan belang manusia mati tinggalkan nama.Dapat pahala tu sop.
kepimpinan kau dah menyerlah sop.Orang dah beri kepercayaan kau buat ajelah.bagaimanapun aku mendoakan semoga apa yang kau buat itu akan mendapat balasan Allah SWT.

kunan said...

Jika nak dibandingkan dengan pengorbanan kita dengan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum itu, maka pengorbanan dan dugaan yang kita alami amat sedikit sekali. Apa pun dugaan, ujian yang kita tempuhi akan mematangkan kita dan kalau boleh berilah lagi dugaan dan ujian yang mampu kita tangani agar kita menjadi manusia tabung uji (op! manusia yang melepasi ujian)

Anonymous said...

Macam dah boringje!

reropong said...

kau mmg penghulu sejak azali lagi sop.penghulu bagi blogger kump A.

manusia mmg banyak perangai dan songgeh nya, sabor lah yoep kata orang perak...

tolong orang nie, banyak pahalanya.kau akan rasa bahagia, percayalah.

kalu yg lain tak nak endahkan ttg permohonan tu biar kan.kata luncai "biarkan,biarkan,biarkan... biar mereka hanyut dgn zon selesa mereka tu.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY