Thursday, April 9, 2009

MEMULAKAN LANGKAH KE HADAPAN

Dua hari lepas saya berjumpa dengan dua rakan pensyarah tempat saya bekerja ia itu En. Amidin (Ketua Jabatan Pengajian Melayu) dan boss saya Pn. Marini (KU Pusat Sumber). Encik Amidin menjelaskan kepada saya apa yang saya telah hantar kepada UMT tempoh hari bukannya proposal sebenar (itu merupakan seperti penjelasan ringkas tentang proposal sebenar) lebih kurang gitulah maksudnya. Dia memberitahu sehingga saya faham bahawa proposal sebenar ialah bermula Bab 1 (Pengenalan), Bab 2 (Tinjauan Literatur) dan Bab 3 (Metodologi) kemudian berhenti dulu. (pastikan buat bab 1 dulu kemudian 2 dan 3) ikut turutan. Kemudian hentar kepada penyelia untuk disemak. Jika penyelia berpuas hati barulah pergi kepada Bab 4 (Dapatan Kajian) dan Bab 5 (Perbincangan dan Rumusan). Bab 1, 2 dan 3 itulah dipanggil proposal. Manakala Pn. Marini pula menjelaskan kepada saya lebih terperinci mengenai pengisian setiap bab.

Hassan Embong dah mula pening kepala apabila saya menceritakan apa yang perlu dibuat. Saya berbincang dengannya bahawa memang susah, tetapi kesusahan itu boleh diatasi dengan peningkatan ilmu dan kemahiran yang kita timba setiap hari. Kita perlu tahu sumber rujukan samada orang, buku, internet dan sebagainya akan memudahkan kerja buat kita hari ini. Dengan penuh harapan agar program master ini menjadi kenyataan, iaitu "Master" dalam bidang Pengurusan Pendidikan, khususnya dalam menceritakan "Educational Leadership".

Esok saya dan Hassan akan mengikuti kursus Penyelidikan selama dua hari di UMT sebagai pelengkap diri dalam mengharungi arus pembelajaran yang agak mencabar.

2 comments:

chehassan said...

Proposal tu KU tak silap saya yang kita buat Projek 2 tu la proposal. Yang kita buat tu, proposal untuk buat kajian tindakan (projek 3), tapi kita nasib baik hari tu, sebab projek 3 kita tak payah buat proposal tu, dan boleh pileh tajuk lain. Cikgu2 yang buat di OUM semua kena buat mcm ni. Mula2 buat proposal lepas tu, kena buat kajian ikut proposal tu. Proposal ni dihantar ke EPRD untuk minta kelulusan dan kebenaran buat kajian (tesis). Jadi peringkat awal ni penyelia akan check dulu proposal sesuai, betul atau salah termasuk kajian leteratur dan lain2 secara detailnya. Kemudian penulisan kajian kena tulis sekali lagi apa yang ditulis dalam proposal. Begitulah yang saya faham. Selamat belajar.

kunan said...

Terima Kasih San kerana beri respon yang positif, tapi kalau negatif pun tak apa, kita kan masing-masing nak baiki kesilapan diri supaya menjadi lebih mantop. Kawe percaya kefahaman demo secara lebih mendalam walaupun demo dok daftar lagi untuk program master. Demo mampu buat lebih baik lagi sebab demo kuasai konsep seseuatu perkara. Good Luck. Jange lupo sambung belajar dulu, apo nok jadi pas tu kedia kiro. Yang penting ilmu, pengalaman dan kemahiran kito semakin meningkat di samping harga diri kita turut meningkat supaya keyakinan diri kita juga ikut serta.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY