Hari ini aku dapati IAB sibuk mengurus majlis sambutan hari raya peringkat KPM kut, entah aku pun tak pasti. Lepas asar aku turun ke Batang Kali dan menuju rumah yati..Norhayati Aziz atau usikan kita dulu...mother board..[ jangan marah tie..gurau jer...] untuk raikan acara rumah terbukanya, pelbagai kuih raya, kek coklat, satey, lemang, ketupat dan mee rebus pun ada...aku terkejut melihat ramainya orang dan kereta bersusun susun..eh yati ni kenduri kawin ke?
Suami Yati menyambut aku dan aku cepat menyesuaikan diri kerana aku tau tuan rumah sibuk melayani tetamu..dalam hati aku kagum dengan kemeriahan yang berlaku di majlis itu, tercapai hajat tuan rumah dengan kehadiran kawan kawan seramai itu...aku suka buat kenduri dan aku dapat rasakan perasaan yati dan suami bila suasana begitu..
Aku magrib di surau antik UPSI dan sempat berjumpa faris untuk mengambil lappy kak long yang dia dah upgrade dan lengkapkan semua installkan semua hardware dengan drivernya..yang sesuai..aku kemudian malas nak balik ke IAB sebab jauh dan aku pun dah letih
aku lepak di surau UPSi selepas ronda ronda kolej dan TM ..hati nak tipon kawan, tetapi malas nak ganggu, kemudian aku minum teh dgn faris dan kawannya. Aku ujilari lappy kak long dengan round internet sebelum aku tidurTerima kasih Yati dan Faris ...dua kawan baik yang sukar dicari.....dan kak long....laptop kau dah siap...
1 comment:
ermm... 'ujilari', hehehe... ilmu baru
Post a Comment