
salam dan selamat sejahtera kawan kawan
aku memulakan langkah jam 9.30 pagi menuju ke TM. Suasana bandar rompin amat tenang, perjalanan pun clear, tak ada masalah. Awal sehari dari kawn kawan semua sebab aku ada komitmen lain, settle masalah anak yang juga naik cuti sem di uitm, kemudian tengok rumah di Lancang, mentakab. dan kemudian aku meneruskan perjalanan hingga ke TM jam 4.00 petang.
Selepas solat jamak zohor dan asar aku ke KAB dan mengambil kunci bilik. Dgn sedikit kemahiran nego aku berjaya membuatkan pertugas membuka pejabat KAB dan aku n the geng aku dapat bilik tingkat bawah. E112. Selepas berkemas, aku test line internet di KAB , alhamdulillah clear dan excelent..jadi aku mengambil kesempatan untuk update kan blog ni, walau kawan kawan tak baca pun tak pe, aku tetap up date kan dari masa kesemasa
fasa 8 adalah fas aakhir bagi kita bersama ssama selama hampir 4 tahun 2005, 2006, 2007 dan sekarang 2008. selepas ini kita akan bertebaran diseluruh malaysia dan apakah yang menanti kita dihadapan? tak ada siapa dapat menceritakan ... harapan aku, perhubungan baik antara kita tidak berakahir dan still contact.
walaupun kita sukar berjumpa tetapi tidak mustahil.
ada yang nak buat kelab alumni? silakan, ambillah inisiatif...atau tanya penghulu fasa 9..
dalam fasa ni kita dapat 3 pensyarah
en razak IAB, dan Prof Madya Hamidah Yusof akan ajar law dalam pendidikan
cik asmara akan mengajar ICT.
semoga semua kawan kawan cemerlang dan memberikan kerjasama kepada semua pensyarah kita...selamat cemerlang di fasa 8.
salam hormat
Penghulu Fasa 8
No comments:
Post a Comment