Tuesday, July 22, 2008

khas untuk semua pensyarah kita...siri 1


salam sejahtera, semoga kita sehat hari ini...

kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah mengajar kita dan jasa tuan dan puan dan cik amat kami sanjung tinggi dan kami simpan dalam lipatan kenangan sampai akhir hayat. Pengajaran tuan tuan amat mengesankan, amat membantu dan kami amat menghargainya. Tiada yang layak membalas segala jasa tuan melainkan Allah jua.

kepada semua kawan kawan, marilah kita mendoakan agar semua pensyarah upsi amnya dan yang mengajar kita khasnya dirahmati tuhan, diberkati dan mendapat tempat yang mulia didunia dan akhirat.

kalau ada sumur diladang,
bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang
dapatlah kita berjumpa lagi

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan didalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan didalam hati,

anak dara darilah desa
membeli sayur bertahil tahil
iman dan khoja lagi berdosa
ini kan pula saya yang jahil

selama 8 fasa bersama, dalam suasana yang baru dan serba salah, kami diberikan semangat dan pesanan, sokongan moral dan suntikan pertolongan yang amat bermakna. ada antara kami terpaksa mengharungi kepedihan dan kesedihan dengan pemergian keluarga yang tersayang. ada juga yang jatuh sakit dan tidak kurang yang menanagis kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang. fasa demi fasa kami lalui, dengan sabar, dengan gembira seolah olah tak ada apa yang berlaku....kami berkongsi ketawa yang dibuat buat dan memejamkan jauhar dari menilik keluarga yang nuuuuun jauh disana.

satu hasrat, satu destinasi...hinggalah kefasa 8...

kini kami akan meninggalkan upsi tersayang, pensyarah yang amat kami kasihi dan hormati,
pertemuan selepas ini ialahmajlis konvokesyen disekitar bulan mac 2009 nanti.

selepas itu?

hanya kenangan bersama yang kami akan buka lembarannya satu demi satu jika ada masa yang terluang. ajaran tuan pensyarah tidak akan kami lupa dan insya allah akan kami taati

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru kami ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

sepanjang pengajaran berjalan, kami juga tidak lepas dari menilai pensyarah, akhirnya dapatan kami ternyata tidak jauh beza. tuan tuan pensyarah memang jujur dan ikhlas dan kami boleh jadikan contoh dan tauladan....kerana jujur ini tidak ada tukar ganti....


Penghulu Kumpulan A
Fasa 7 & 8
Yusof Mohamad
(Kembara Kelana)
Waibi M

6 comments:

Anonymous said...

hi

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

Sori ye sof, aku agak musykil la kenapa di antara ramai pensyarah hanya Dr Khuan yang kau abadikan dalam entri ini, ada apa2 ke? Jika tiada apa2, masakan tempua bersarang rendah kan, kan??? Hehehe....

Anonymous said...

sop, ikut suka aku lah...aku nak entri gambar sapa....kau ni...bz body...cemburu...hehehehe...any way dia punya senyum...ok kan...ketua jabatan fpe lah sop...wakil semua pensyarahlah

Anonymous said...

aku setuju dengan hang sof, blog hang, suka hati hang la nak bubuh gambak sapa pun.yang hang pulak usup kenapa sibuk2 sangat.gatai sungguh. burung tempua memang habitat dia mcm tu,takkan nak sama dgn burung cenderawasih kut. apala wak ni. sori sof aku baru terjumpa blog kau ni,dah nak habis fasa baru tau....?

yusofsipan said...

kesian goblog ni kan sof, orang dah sampai ke bulan.... dia masih meraba2 dan baru terjumpa blog kau...hehehe

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY