
salam sejahtera,
kalau kita masih ingat...kita adalah satu kumpulan yang besar semasa NPQH 9 di IAB. Adik kita yang dikenali kumpulan 29, kita dikenali sebagai kumpulan 32 dan satu lagi ialah kumpulan 34. Walaupun masa berlalu pantas dan tiga perempat dari kita telahpun 34, tapi kita kekal dengan nama yang sama. Tiba di upsi kita menjadi kumpulan A. dan sahabat kita pula menjadi kumpulan B. Ada geng kita pindah ke kumplan B dan ada juga geng kumpulan B pindah ke kumpulan A setelah berunding dengan en khalip.
untuk pengetahuan semua, baru baru ini saya ada mengutus warkah kepada kumpulan B melalui post comment di blog am yang di create oleh faris ( ada saya link kan ) atas kapasiti saya sebagai penghulu kumpulan.
untuk tatapan semua saya salin semula warkah saya itu seperti dibawah...
assalammmualikum dan salam sejahtera,
maaf kerana mengganggu perbincangan kawan kawan dari kumpulan b, hamba ni dari kumpulan a, namun atas nama persahabatan yang pernah terjalin dan atas nama insan sesama islam. tiada beza antara kita dan tiada gap yang perlu kita pertahankan. cuma kebetulan yang membataskan kesempatan bersama. di upsi,
semakin terenggang kerana jadual kuliah yang padat dan sengaja di intensifkan demi kebahgiaan masing masing. lantaran itu hamba memberanikan diri menjengah khabar dan berbisik salam kepada semua kawan kawan di sebelah.
Mujurlah tajuk blog faris ni agak terbuka dan tidak tertutup.
Dengan salam keizinan tadi saya mulakan bicara mewakili diri saya dan semua kawan kawan di kumpulan a memohon ampun dan maaf pada tersalah bicara, tergores kata, tersilap menduga dan persepsi selama kita berkawan dan bersama. kerenggangan yang terjadi antara dua kumpulan adalah kerana keadaan bukan kerana kemahuan dan kerelaan. namun kita semua tahu, kita adalah satu kumpulan yang bersama sama menempuh suka dan duka dari IAb hingga ke UPSI...
Halalkan makan dan minum dan maaf zahir dan bathin. meski ada yang rapat..contohnya...sopi, awal dan pirzan adalah satu rumah dengan aku ..azam tetap melucukan walau dimana dia berada, sobri, yusof, mail, joni dan geng lelaki semua masih rapat sebab satu asrama dan satu tempat kediaman...geng perempuan... maafkan saya.. kadang kadang kenal tapi tak ingat nama...yang biasa bergurau macam mak dara (maznun) tu ingat sangatlah..atau vinie yang lain dari yang lain tu...sure tak lupa..
Mujurlah ada inisiatif usop sipan membuat DIYAK dalam blognya..maka kenalan itu menjadi lebih berimformasi...maaf aje lah. Rasanya situasi yang sama juga dipihak sana... contoh nak tanya kiah...kenal tak mohamad zainal abidin? atau nak tanya maznun...nun kau kenal tak lau siew tuan? hehehehe...kita serupa..
Kedua saya dan kawan kawn semua mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan dari kumpulan b semasa kita bersama..banyak dan tidak terhingga,kita saling bantu membantu mengumpul maklumat dan bertukar maklumat...sebab tugasan kumppulan b biasanya lebih bermutu dan berkualiti..terima kasih banyak banyak...
Akhirul kalam bikhairi wa ssalam.. harap faris dapat linkkan ke blog saya kerana banyak maklumat kumpulan A terkumpul disana. manalah tau anak anak kita esok perlukan pertolongan..dont worry..hubungi sahaja dan insya allah akan dibantu. perpisahan kita di fasa lapan ini sebenarnya adalah satu permulaan kepada perkenalan dan keakraban yang lebih hebat dan tulus.
salam hormat Y
YUSOF MOHAMAD
PENGHULU KUMP A
No comments:
Post a Comment