Saturday, October 18, 2008

panggilan dari upsi

assalammualaikum dan salam sejahtera
hari ini aku, menguruskan program tertunggak...pertandingan lagu patriotik [ sepatutnya, dilaksanakan dalam bulan posa yang lalu ] sedang aku menjadi hakim, dr kamaruddin telefon minta aku sebarkan satu berita kepada semua....nahawa minggu ni adalah minggu akhir permarkahan untuk projek 3, sesiapa yang ,masih belum menghantarnya sila berbuat demikian dengan seberapa segera...kalau tidak nanti, susahlah jadinya...

maka aku harap kalau kawan kawan baca blog ni, plz check kawan kawan kita yang berhampiran dengan kita...dah hantar ke belum dan kalau ada yang kata belum, marilah sama sama kita bantu dia apa yang patut di bantu...agar 106 peserta ppgb semua nya bersama di puncak menara gading pada mac tahun depan.

kedua, aku juga mendapat berita bahawa...kita hendaklah memastikan alamat terkini kita berada di pejabat fpe kerana urusan surat menyurat berdasarkan alamat itu...

ok, sekianlah dulu.
salam
soprompin

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih sof di atas info tersebut.

Anonymous said...

Terima kasihlah kerana menghebahkan berita tu. Kawan-kawan kita yang tak hantar tu ambillah tindakan cepat. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Untuk kawan-kawan kita kumpulan A ni dah lama tak dengar khabar berita. Kalau ada kesempatan, blog ni sentiasa dibuka tapi bila tak ada berita atau komen baru rasa kecewa juga. Hanya beberapa orang sahaja yang berminat untuk terus bertanya khabar. Anyway maybe they are all busy but for you, sop I hope keep on going with this blog. Don't ever think of stopping it!

Untuk cikgu Yusof, I hope you're happy more than ever with your new baby.Tumpang seronok apabila dengar dapat baby. For me tunggu dapat cucu pulak.
Cuma nak tahu baby boy atau baby girl? Be happy always.

Anonymous said...

hello Ani
how r you....kita tinggal 3-4 minggu saja lagi utk sesi 2008. Utk makluman Ani bila i masuk SK Wira, banyak program Kokurikulum tertunda dan tertangguh ekoran ketiadaan GPK Ko selama hampir setahun. Awal 2007 GPK Ko bertarung dgn penyakit kanser sehinggalah ke akhir hayatnya pada sekitar awal 2008, apabila masuk GPK KO baru dalam bulan Mac 2008 belum sempat apa2 dpt naik pangkat dg34 pula lalu bertukar ke Tembangau sbg GB di sana. Sejak itu Mei 2008 sehingggalah I masuk pada 11 ogos...bayangkan timbunan kerja yang tertangguh...
Namun i tetap berfikiran positif..pertama sekali i tengok kedudukan kewangan Koku dan sukan...I dapati masih banyak RM lagi....segala program koko yg tergantung i jalankan..Merentas Desa dalam kawasan kem tentera..kemudian baru je selesai buat perkhemahan bersepadu unit beruniform. Memandangkan sekolah ini sekolah angkat kepada Malaysia Airports sdn bhd, maka kami dapat peluang buat camping dalam premis airport. Satu perkara baru dan pengalaman manis kepada semua guru dan anak murid bilamana dpt berkhemah secara ekslusif berlatar blkgkan MAS, Firefly dan Air Asia.Pengurusan lebih ke arah korporat. Dalam masa yg sama 10 guru dan 13 murid menyertai pertandingan Beyond Borders anjuran MAB, salah satu progm pemantapan B. Inggeris di antara 9 buah sekolah di Malaysia.(Give them wing, let them fly) Sekolah ini (SK Wira) muncul johan dapat RM10,000 dan RM700 untuk esei BI tempat ke 2( murid tahun 4).Kepulangan mereka kami sambut dgn paluan kompang dan banner pada malam 18hb okt itu.Cikgu2 sungguh teruja. Dalam minggu ni adalah keluar dalam akhbar Sinar Harian kot. Dah sakan bergambar.
Lepas ni I menyusun perancangan utk hari Anugerah Cemerlang pula pada 13 Nov ini....sambil menyusun jk Kokurikulum utk sesi 2009 pula.
Itulah rentetan yg i lalui sejurus selesai Projek 3 UPSI, Ramadhan, kuih raya dan bergelut dengan kerja2 sekolah juga.
Mujurlah penguasaan ilmu pengurusan pendidikan dan komunikasi yang dilalui sepanjang pengajian di IAB dan UPSI banyak membantu dan memberi kekuatan dalam menjayakan sebarang program dan menempuh pelbagai cabaran.
" Menguruskan sumber di sekolah menuntut ketahanan mental, kesabaran dan kebijaksaan terutama bila banyak melibatkan membuat keputusan" Kdg2 angin juga.
Semoga kita semua terus cmerlang.
Cuti Deepavali I balik Rawang...
Nak rehat dan makan maruku...
Bye Ani.

Anonymous said...

Wow ckgu yusof..
seronoknya dpt baby girl dalam bulan syawal ni...
haaa berikan nama yg indah-indah tau...
tahniah ckgu yusof
berapa orang dah anak ckgu semuanya?

Anonymous said...

ani, terima kasih krn tumpang seronok, i lagi seronok, hehehe. i dpt baby girl la, anak yg kedua dgn 2nd wife. i pun akan dpt cucu next year....bulan mac kot.

serisuryati, terima kasih, insyaAllah kami akan letak nama yg baik2, ada cadangan ke, kami lom buat keputusan lagi laa...., i ada 7 anak dgn 1st wife dan ini adalah anak yg kedua dgn 2nd wife, rasanya cukup dah 9 orang tu, lagi pulak umur pun dah semakin lanjut.... hehehe

Anonymous said...

Wow! hebat betul GPK Ko SK Wira. Dah dapat mempaktikkan apa yang dipelajari selama ini di IAB dan UPSI. Tahniah kerana dapat menjadikan sekolah U hebat!. Bagi I biasa sahaja... membereskan dan memperkemaskan pengurusan strategik kurikulum. Dalam masa yang sama sedang berdebar-debar sama ada berita angin yang kian meniup kencang mengatakan sekolah I akan dapat GB baru yang terkenal dengan kehebatannya menguruskan sekolah sehinggakan bertimbun-timbun borang pertukaran guru setiap tahun!GB ni memang terkenal bukan sahaja di Rompin tapi maybe seluruh Pahang. Tapi kadang-kadang kita ni perlu dikejutkan juga supaya tidak terus terlena dalam zon selesa.Oleh tu perubahan ni sememangnya perlu untuk sekolah I.For me I rasa I ni dah lama benar di SK Rompin since 1998. Kadang-kadang tu terasa juga nak berubah angin.Anyway I tak kan minta tukar melainkan ditukarkan.Kalau minta tukar... takut nanti terpaksa pindah rumah....rumah I baru je siap...
Hari Isnin ni I nak anta Aisyah balik Temerloh. Mungkin nak singgah rumah Halipah... boleh makan ikan patin...tapi tak nak tempoyak! Macam mana sister U? I hope dia bertambah sihat. Bila teringat sister U I teringat arwah mother I. Sama-sama kita doakan dia supaya kuat semangat untuk terus menjalani rawatan dan sembuh sepenuhnya.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY