Saturday, October 11, 2008

pengalaman bermakna dihari raya

salam aidil fitri
semoga semua kawan kawan sehat, malam ni aku menumpang laptop kawan untuk masukkan entri dalam blog, gian ler pulak lama tak menulis.

aidil fitri kali ini adalah antara aidil fitri yang paling mencabar dalam sejarah aku...apabila tahu hari raya jatuh pd 1hb oktober...aku balik pada 30 november. kira kira jam 9 aku memulakan perjalanan dari rompin ketemerloh. semua berjalan lancar...tiba tiba sebaik saja aku melepasi hutan simpan di bera, berhdapan dengan perumahan perlihitan hampir dengan jalan ke tasik bera..tiba tiba saja...kereta aku tidak bergerak..mati enjinnya. ah sudah...selepas call sana call sini datanglah bantuan dari mekanik bera yang bernama bob. fuel pump aku rosak. repair punya repair kena lah rm 320.00 selesai duit raya aku yang baru baru yang aku cadang nak beri anak anak saudara dan anak anak yatim. malam tu lepas berbuka posa aku mula rasa lain macam...nak demam...esok lepas raya...aku ke bentong jumpa adik beradik dan kemudian ke kuala lumpur dan ke hulu langat menziarahi kubur tok guru aku disana...demam selsemasemakin teruk...aku cuba telan apa saja pil yang dihulurkan

raya kedua aku balik kerompin dan alhamdulillah selamat sampai..aku ziarah cikgu wahab dan cikgu ramlan...dua kawan lama dirompin, kena sop tulang. malam tu demam selsema makin melarat...aku tak lena tidur. malam tu aku terbayang kubur mak dan ayah aku dimuar.

raya ketiga ...aku berlepas kemuar dalam keadaan demam selsema dan cirit birit...sukarnya memanda dalam keadaan tak sehat, aku cuma membawa isteri dan tiga orang anak aku. tiga lagi tinggal dirompin...ketika hendak masuk ke lebuhraya air hitam...fuel pump yang aku baru tukar di bera tu rosak lagi...call sana call sini datanglah mekanik...kali ni namanya zaidi pulak. kena rm 380.00...kalau sebelum raya aku beraya tepi jalan 4 jam kali ni pun sama 4 jam lagi aku bersama keluarga beraya di tepi jalan ...sampai dimuar jam 6, aku terus terbaring menahan demam dan selsema...

raya ke 4 aku menziarahi kubur emak dan ayah aku...sedih dan pilu raya di hati..kemudian aku gagahkan diri balik kerompin sebab esok aku kena hantar anak aku ke uitm pahang dan ipg kualalipis...

raya ke 5 aku bertolak dgn kereta kancil dari jam 9 pagi dan sampai semula ke rumah pada jam 11 malam..terus aku tumbang tak sedarkan diri kerana teramat penat dan stress. esok sesi persekolahan pun bermula...aku datang sekejab kemudian aku ambil cuti rehat...

hujung minggu pulak aku menguruskan perkhemahan bersepadu unit beruniform di sekolah dan selsema masih belum pulih sepenuhnya...belum sempat lagi posa 6, belum sempat lagi buat open house..belum banyak rumah kawan aku ziarah...dan raya ini aku rasakan aku menerima satu pengalaman yang amat bermakna...dalam hidup aku, sukarnya beraya bila kita menjadi dewasa dan tua tua ni...too much to handle..

aku dah isytihar kepada semua keluarga aku...aku hanya akan balik kampung 3 kali saja lagi. selepas ini aku hanya akan beraaya dimana rumah aku berada. sebab sebaik saja aku mencapai umur 50 aku mahu beraya di tempat aku berposa selama sebulan..ziarah hanya akan berlaku bila semua telah reda dan berada dalam keadaan ok.

begitulah cerita hari raya kali ini. akhirnya aku ucapkan terima kasih pada abag awal yang membantu melalui telefon, cikgu e shamsuddin di air hitam, en sukri polis dari muar, kawan kawan yang membantu aku semasa aku kecemasan.

esok hariahad rumah terbuka ani di kuala pontian, kawan kita...aku insya allah akan hadirkan diri...walaupun sekejab..dan semoga smeua kawan kawan berada dalam keadaan sehat.

bila duduk sorang sorang...tengokbuku nota upsi..teringat betapa hebatnya pirzan dari kumpulan b study dalam bilik dia...sampaipeluk printer...sopi dgn stail menyandar ke dinding katil...shahrin dgn smart sleepingnya...dolllah dengan peta mindanya...dan awal dengan tekun dan tawaduknya...aku? main game dengan sms.

salam

5 comments:

Anonymous said...

semakin banyak cabaran, masalah dan ksukaran dalam hidup semakin bijak kita berfikir... pengalaman tidak boleh dibeli...ia di alami dan sekaligus mematangkan kewujudan diri seseorang.
banyaklah bersabar

Anonymous said...

ani,
maaf x bls mesej di hp. i ada di rawang. balik lagi. boring, anak2 semua dah balik kolej. maka i start kereta dan balik sg choh rawang ptg sabtu.
kakak i?
dia baru saja jalani kimoterapi kali ke 2. Azab juga tengok dia menanggung kesannya.
Kesian. badan lemah. muntah. sukar buang air besar, badan panas, loya, air liur cair keluar, sakit pinggang, pening. pendek kata, tak senang duduk.
dia tinggal dgn ibu skrg. tak kerja sejak operate 4 ogos lalu.
cuti deepavali ni i balik lagi.
ani, maaflah tak dpt hadir ke rumah terbuka u hari ni.
lain kali lah.
semoga ani sekeluarga bahagia selalu. Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2008
Dalam kemeriahan syawal kita disusuli pula dengan perayaan Deepavali dalam masa terdekat ini.
Saya suka mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan beragama Hindu iaitu:
* KUPAYEE
* ANJELAY
* SARAS
* VAIRAM

kupayee,
tq for the Hari Raya messages. Teringat masa di IAB dan di UPSI juga you tak jemu2 order kuih raya i. Thank You atas sokongan. Bila lah i dapat makan iddli dan hot koli curry you.

saras,
i hope u dah totally recoverd from the operation. May God bless you always. Jangan lupa jaga makan dan kesihatan.

anjalay,
u must be very busy preparing for the celebration now. Sebagai pengamal ayur veda tentu sekali mengambil berat tentang pemakanan. Semoga you sekeluarga cherish dan bahagia semua.

vairam,
i guess you are the happiest man in the world now. bcoz you r celebrating the great day with your new baby this year. Mesti sibuk jaga baby sebab wife nak buat maruku and thosei.
ok vairam...be happy with ur family...

HAPPy Deepavali

Anonymous said...

sof,

Semua musibah dan kesusahan ada hikmah di sebaliknya. Moga kita manusia yang sentiasa sabar dan tabah menghadapinya.

Anonymous said...

Ti, sampaikan salam I pada kakak U. Banyaklah bersabar. Keadaan dia sekarang sama yang dilalui oleh arwah mother I dan orang yang terdekat mestilah sentiasa memberi semangat dan jangan langsung memberi sebarang komen yang negatif. Kalau boleh jangan bincang tentang sakit dia didepannya. Always be happy in front of her walaupun ada kalanya kita rasa sedih dan kesian tenguk keadaan dia yang sedang berperang dengan penyakit yang % untuk sembuh hanyalah 50-50 je.
Sambutan rumah terbuka I sungguh diluar jangkaan. At first I bimbang cikgu I tak datang sebab I ni kadang-kadang tegas juga. Tapi alhamdullilah most of them came. Memang penat sebab everything I masak sendiri. 2 periuk masak nasi minyak. Belum lagi persiapan lain. 3 anak I tak balik so dah kurang tenaga kerja. Tapi surprisenya Amid boleh tolong buat kueh dan angah goreng ayam dan rebus ketupat sampai pukul 11 malam.Ada juga jiran tetangga yang tolong. Usop pun datang walaupun I tenguk dia memang kepenatan. Thank U sop for coming. Sorilah tak dapat sembang sebab ramai tetamu yang perlu dilayan.
Hari ini terasa penat dan sakit-sakit badan. Nak ambik CRK, tapi GB tak ada dari minggu lepas, mensyuarat dan bercuti. Minggu ni pun hari rabu baru ada.
Ok Ti, nanti kita sembang lagi. I seronok sungguh kalau dapat berita dari kawan-kawan. Rindulah.
Untuk kawan-kawan yang akan menyambut 'Deepavali' tu I ucapkan "HAPPY DEEPAVALI'. Hope to hear from you soon through this blog.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY