Aku tidak lupa peristiwa ini. Kita bersatu untuk menyertai rombongan bersama sebelum berakhir fasa 8 tempuhari. Kita bersama menaiki bas dari kolej kemudian bersama dengan Penasihat undang undang KPM, Pn Mislinda. Kemudian kita bersama menuju ke bangunan parlimen melihat sidang dewan rakyat selama 20 minit secara live. Kemudian kita kembali ke UPSI dengan selamat. Aku nampak betapa cerianya kawan kawan yang pertama kali ke Dewan Rakyat secara live dan dapat bertemu sendiri dengan PUU KPM yang selama ini kita hanya tau khabar beritanya sahaja.
Untuk teman lain yang ingin membawa rombongan ke Dewan Rakyat...atau berjumpa dengan PUU KPM, tidaklah sesukar mana, senang saja caranya. Untuk mengurus semua 53 orang agar jangan ada seorang pun tercicir...itu yang sukar. Mengurus hal teknikal mudah jika ada rangkaian dan tahu caranya. Mengurus kerenah hati manusia, amat sukar...kena pulak malam sebelum bertolak kita ada dialog yang panas hingga bahangnya terasa sampai kehati. Aku cuba elakkan perkara itu dibincangkan kerana bimbang kesan pada rombongan namun desakan dari kekawan...kita bincangkan juga.
Namun atas sikap profesional dan penuh kedewasaan, kesemua 53 orang dari kumpulan kita bersama dari awal hingga akhir. Itu satu bukti bagaimana sokongan yang padu akan membuahkan hasil yang bermutu.
Bagaimana sokongan kepada blog ini? Data menunjukkan blog ini dibaca tetapi KPI nya tidak meyakinkan. Lantaran aku tertanya adakah masih ada sokongan pada blog ini atau perlu aku sukabumikan nya?

8 comments:
Walaupun kita tak ada sokongan kawan-kawan, kita cuba gagahkan diri betongkat berpapah untuk bangun bagi meneruskan sisa-sisa nyawa yang masih ada ini. Ruang ini tak semestinya kawan-kawan kita saja yang baca. Manfaatnya global...
Kita hanya boleh bawa kuda ke pergigian air, tetapi kita tidak boleh paksa kuda itu minum airnya. Sebaliknya air itu boleh diminum oleh makhluk yang lain.
blog ini sbg penyambung silatulrahim hingga ke akhir hayat. teruskan usaha murni..setiap manusia mempunyai suara hati...
Pleeease! Keep on going. Don't stop! Setiap hari mesti baca blog ni tapi kadang-kadang tu tak tahu nak komen ape. Baca tetap baca!
segak belaka, trgoda i... hehehe!
Tkasih masuk nama saya. sebagai budak baru belajar, saya dah mula faham maksud KK tu. Tiap-tiap kali buka blog, kita nak tengok ada tak perubahan komen. Kalau ada, tersangatlah teruja. Kalau tak ada yang komen atau shout, sedikit sebanyak frust juga rasanya. Tapi apa nak kata, kita bukan boleh paksa orang... Apapun teruskan berblog.
Memang hebat gambar tu, boleh dijadikan kenangan yang sangat bermakna. Sop, aku tak kesempatan nak bagi entry di sini, tapi kawan2 boleh jenguk2 blog aku juga untuk berkongsi idea. Jangan kecil hati Sop, benar kata Tengku tu. Kita teruskan.
Pada hari itu jugalah saya terpaksa balik ke rompin kerana ibu mertua yang sedang tenat. I can never ever forget kawan-kawan yang membantu untuk hantar sampai ke genting sepah. Waktu itu rasa takut dah tak timbul. Pertama kalinya terpaska memandu seorang diri ditengah malam...Terima kasih pada Usop, che Lah, dan housemate yang beri semangat...hanya Allah jua yang membalasnya.
Post a Comment