
Jenis Monitor
Tedapat empat jenis monitor iaitu Monitor MonoChrome, Monitor Warna, Monitor Multisync dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap satu mempunyai sejarah tersendiri. Di sini hanya dibicarakan monitor biasa yang kita gunakan iaitu Monitor Warna.
Kualiti sesuatu monitor bergantung kepada beberapa sebab. Diantaranya ialah bilangan titik (pixel) yang dipaparkan oleh skrin monitor komputer tersebut. Lebih banyak bilangan titik (pixel), lebih tajam dan lebih berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.
Terdapat empat jenis monitor warna di pasaran. Monitor CGA (Color Graphics Adapter) memaparkan dua jenis resolusi iaitu resolusi sederhana yang mempunyai 320x200 pixel dan resolusi tinggi yang mempunyai 640x360 pixel berbanding jenis EGA (Enhance Grapik Adapter) pula mempunyai 320x200 pixel sahaja.
Buat masa ini dalam spesifikasi penjualan komputer, monitor yang biasa dibekalkan adalah jenis VGA (Visual/Video Graphich Adapter) atau SVGA (Super Visual/ Video Ghrapich Adapter). VGA mempunyai resolusi 800x600 pixel. Manakala SVGA pula akan memaparkan resolusi setinggi 1024x768 pixel lebih baik dari VGA. Kualiti skrin monitor SVGA lebih baik dan menarik, seperti kita melihat television dalam jarak yang sesuai.
Terdapat 256 warna dibekalkan dalam skrin monitor SVGA. Pilihan warna yang banyak menyebabkan grafik yang dipaparkan pada skrin yang realistik dan menarik. Tentu anda pernah melihat video melalui komputer anda. Kualiti gambar video anda bergantung kepada beberapa pixel yang terdapat pada monitor anda. Lebih banyak pixel dibekalkan lebih baik dan menarik gambar video yang anda lihat.
Bagi mereka yang mempunyai komputer jenis laptop, palmtop atau note book, skrin yang dibekalkan selalunya jenis monitor ELD (Electro Luminscent Display). Skrin jenis ini adalah seperti skrin pada mesin kira yang mempunyai resolusi 800x600 pixel.
Paparan skrin terbaik setakat ini adalah monitor Multisync. Ia mempunyai resolusi setinggi 1280x1024pixel. Skrin monitor jenis ini dapat mengawal warna dan menghasilkan paparan yang tajam walaupun pada resolusi rendah. Dalam dunia multimedia, monitor jenis ini adalah pilihan yang terbaik.
Nanti aku masukkan tips lain pulak....saja kongsi kongsi...sambil baca blog dapat input, manalah tau nak beli monitor nanti..teringat kat blog kita..[ patut orang dapat A dalam IT citer ni...kan ]
6 comments:
Sapa yang dapat A IT tu....? Cita paasal IT, aku terkenang ketika bersama pensyarah2 yang cik2 tu. Banyak juga ilmu yang kita dapat daripada mereka ni. Terima kasihlah...
biasalah se...punya ramai org dapat IT , bukti mereka lebih berilmu dari kita se..aku malu gak nak beri tips ni dalam blog..depa tanya..cup hang periksa dapat berapa? nganga aku se
Cop, IT ni ukuran sebenarnya bukan pada periksa, menghafal sana sini. Aku masih ingat, gang meng choon, sherly dll tu, kalau musim exam depa ni kalau boleh taknak buat apapun, nak tengok buku jer. Teorinya memanglah depa ni boleh dapat A. Tapi IT ni sepatutnya diukur secara praktikalnya, contohnya produs satu laman blog, aku yakin hang akan dapat AA (double A). Blog aku tu, dapatlah C agaknya. Jadi jangan lagi dikenang itu semua. Kita dah dapat habuannya. Cuma aku kadang2 terkilan, bila ada kesempatan aku nak nanya2, hang buat2 sibuk. Tapi aku tak kisah itu semua Sop, yang penting melalui blog ni, aku seperti dekat dengan hang, Kunan dan beberapa rakan lagi. Yang lain, entahlah...
se..
mu ni...susah ambo nak royak lah se..ambo bukan pandai beno buat blog ni, aku try and error..pastu memang takes time..nasib baik ada rakan maya tolong..jadi ilmu tak cukup san..tapi faris dah ada berikan panduan ubah suai blog dalam ppgb b. kau down load dan ikut arahan dalam panduan tu...beres...
pijan , usop sipan semua dah ubah suai blog dia pakai panduan tu...aku, memang tak pandai...boleh untuk merosak kan blog kau boleh...jom hahahahaha
se..
mu ni...susah ambo nak royak lah se..ambo bukan pandai beno buat blog ni, aku try and error..pastu memang takes time..nasib baik ada rakan maya tolong..jadi ilmu tak cukup san..tapi faris dah ada berikan panduan ubah suai blog dalam ppgb b. kau down load dan ikut arahan dalam panduan tu...beres...
pijan , usop sipan semua dah ubah suai blog dia pakai panduan tu...aku, memang tak pandai...boleh untuk merosak kan blog kau boleh...jom hahahahaha
Kita nak tunggu orang-orang yang dapat A, mungkin mereka agak sukar berkongsi atau mereka sibuk atau mereka tak buka pun blog ini atau atau atau...Tapi apa yang lebih penting ialah orang-orang yang ikhlas untuk berkongsi apa saja ilmu dalam blog kita ni. Kita ambil pendekatan mengajar berasaskan ilmu dan pengetahuan yang kita ada saja...senang kan? Jika kita nak tunggu "perfect" sampai ke mati pun kita tak boleh berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan orang lain.
Bagi mereka-mereka yang ikhlas menyampaikan ilmu dan kemahiran mereka akan mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah subhanahuwataala. Insyaallah.
Post a Comment