Saturday, February 14, 2009

Jangan Mohon lagi [GPK] dan Jangan Kemana mana [GB]

salam sejahtera

Beberapa hari ini aku berbincang dengan pihak naik pangkat dan tatatertib serta NUTP mengenai masalah aku. Pada 1 Feb aku dilantik menjadi GB.
Pertama:
Pertukaran setara, GB SKMB, SK Juara, Pulau Tioman-Gred DGA32 Hakiki
Kedua:
Pemangkuan ke DGA34, SK Kg Aur, Bukit Ibam
Kuatkuasa pada masa yang sama, aku kena buat satu keputusan yang sukar, ada beberapa persoalan yang perlu aku 'clear'kan untuk kepentingan'career path' aku. dan dari perbincangan aku dengan pihak dan sumber yang dipercayai...aku kongsi bersama dengan kawan kawan.

Persoalan;
1. Adakah 'fast track' ke 44 termasuk Guru Besar semua sekolah rendah atau hanya untuk sekolah rendah A saja?

JAWAPAN:
Syarat untuk dicadangkan ke Gred 44 itu mesti GURU BESAR, SEKOLAH RENDAH DAN BERADA DI DALAM KATEGORI 41 selama 3 tahun. TAK KIRA SKA SKB SKMA atau SKMB

IMPLIKASI:
sesiapa yang tiada syarat ini, tidak layak, jadi kawan kawan GPK..kalau nak masuk fast track ini, sabarlah dahulu, jangan apply lagi 41, tunggu jadi GB baru apply. Jika tidak anda akan masuk ke laluan lambat. sesiapa yang dah jadi Guru Besar, jangan masuk PPD atau JPN atau mana mana bahgian, kerana kalau terlucut gelaran GB anda juga tidak layak.

Persoalan ke 2:
Adakah aku bila menyandang Gred 32KUP41 nanti boleh masuk mana mana sekolah rendah A?

JAWAPAN:
Gred bagi jawatan GB hanya 32, 34 dan 38 [baru baru ini] tidak ada gred 41 atau 44. Jika GB tu rajin belajar dan lulus U jawatannya akan menjadi GB gred 32KUP41 atau GB gred 34KUP41 atau GB gred 38KUP41...selepas 3 tahun berturut turut, semua GB ni boleh di cadangkan ke gred 32/34/38 KUP 44. Pangkalnya tetap gred 32/34/38 hujungnya ditambah KUP41/44 agar dapat menikmati gaji 41 atau 44.

IMPLIKASI
GB jangan sama sekali tukar ke PPD atau JPN atau mana mana bahgian dalam tempuh itu kerana anda akan terlucut dari syarat dalam 'fast track' itu.

Akhirnya aku memilih ke SK Juara sebab
1. Tawaran tu datang dulu
2.Aku dah memulakan langkah
a.enviromental scanning
b.sokongan masy setempat
c.sokongan guru
d.sekolahnya kecil dan tidak sukar mengurus
e.banyak yang aku dapat belajar menjadi GB - semua aspek dan bidang
f.tidak hilang kelayakan ke fast track 44
g boleh ke mana mana sekolah sebaik saja dilantik menjadi GB 32KUP41 nanti setahun dua lagi
h. demografi penduduk dan geografinya sesuai dengan jiwa aku
f.ada BIP sebanyak RM 1000 untuk aku gunakan menyara anak-anak yang ramai dan isteriku hanya seorang surirumah. Biarlah aku bekorban sedikit asalkan mereka bahgia

Namun aku bangga dan bersyukur kerana aku akhirnya ditawarkan ke 34 macam orang lain juga. Tawaran itu adalah bukti, bahawa kalau kita kerja dengan penuh komitmen tanpa merungut, ikhlas saja dan tak berebut nak naik pangkat, tuhan akan beri kita rezeki lebih. Aku tidak menolak tuah dan rezeki itu, cuma aku terpaksa memilih antara dua rezeki...mana yang lebih baik. Malah penolakan aku ke gred 34 sebenarnya di sokong oleh PPD dan JPN . Ini akan memberikan peluang kepada kawan kawan 32 yang lain yang telah lebih lama dan senior ...yang masuk dalam senarai menunggu untuk ke 34 lagipun aku tak perlukan lagi DG34 itu kerana beberapa bulan mendatang aku akan ke GB 32KUP41. Apa yang aku perlukan ialah GB tu saja.

Apa kata kawan kawan? Adakah betul keputusan aku? Semoga kawan kawan dapat membantu aku yang baru ini dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku disini

Sekian untuk hari ini berita yang dapat kita kongsi bersama.

11 comments:

yusofsipan said...

Dah betul ler keputusan kau tu sof... kau pun dah buat keputusan so tawakal jer la, moga tidak menghadapi sebarang masalah, kalau ada pun berbanyak ler bersabar. Sebagai salah seorang drp kawan kau, aku tetap berdoa agar kau sentiasa berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan, amin!

Anonymous said...

sop
aku bertima kasih kepada doc yang kau emailkan..aku masih menanti doc yang lain kalau ada..
sop
terima kasih kepada doa dan nasihat kau, aku menanti kau datang datang ke sini...adakah kau sanggup menempuh laut berjumpa dengan labi kau? adakah kau hanya mampu tersenyum di pinang seribu?

Faris said...

Yusof,
Seperti yang telah aku sarankan kepada kau, itulah keadaan sebenar untuk fast track. Cuma satu, pengorbanan kau tu amat besar kerana memberikan kenaikan DGA34 tu kepada orang lain kerana kalau kau ambil pun ia akan rugi kerana peluang orang lain akan tertutup sedangkan kau dah nak ke DG41. Sekurang2nya membantu rakan yang tak belajar untuk kenaikan DGA34 tu. Bila aku tak dapat DGA38 pun, aku tak kisah kerana dah memang nak masuk ke DG41, cuma tak seronoknya tak diberi kuota tu kepada orang yang senior. Contohnya ada di daerah Hulu Langat ni apabila yang senior tak diberi kenaikan DGA38 tetapi yang dah temuduga DG41 telah diberi kenaikan tersebut. Walau apapun itulah qada dan qadar.

chehassan said...

Cerita dan perkongsian mu Sop sentiasa hebat. aku sependapat dengan usop sipan, keputusan mu tu betul. Lagi satu perkara, soal memilih 32 / 34 tu atau 38, aku juga cuba buat macam tu. Aku, kalau isi borang 38 dulu dah dapat 38. Tapi aku rasa aku tak perlu tamak, kerana ramai rakan2 senior di 34 yang patut dapat. Cuma satu yang aku rasa kesal, ada rakan2 senior yang dapat 38 dah gah lebih drp 41. Yang dah lama 41 dan dah nak dpt 44, low profile jer. Ni lah sikap manusia.

Anonymous said...

terima kasih sop, faris dan hassan. Semoga aku berjaya di perantauan. insya allah datanglah ke Juara kalau ada kelapangan..aku menanti terutama bila sampai musin selatan. bulan 3-8
ikan murah sampai tak termakan. Jom

yusofsipan said...

insyaAllah sof, jika telah tertulis rezeki aku ada di Pulau Tioman pasti suatu hari nanti aku tetap akan sampai, percayalah....

halipah said...

Aku akan merindu blog kita jika tak baca 1 hari kisah Usop dll.TQ atas segala maklumat dan saranan dlm komen rakan blog yg boleh dibaca. Setelah memegang fotfolio HEM kini aku baru berkira menunggu iklan ke Jawatan GB utk thn ini. Pelbagai pengalaman dilalui kini aku rasa perlu meletakkan diri ke Jawatan itu sebelum bersara. Kini ke mana nak dihantar terserah pd qada dan qadarnya. Tahun lepas aku tak mengisinya walau didesak GB kerana rasa serik untuk berjauhan dengan keluarga. Baru2ni seorang warga KPM bergelar Datuk tiba2 bertandang ke rumahku. Dia tengah berulang alik ke Temerloh untuk satu projek menternak kambing kerana menolong siswazah mengaggur menjadi usahawan. Maka katanya kalau dah belajartu rugilah tak digunakan ilmu yg.ada. Maka tahniahlah Usop sanggup ke Pulau akan mungkin ke Taman Negara suatu hari nanti. Selamat Maju Jaya.

halipah said...

Aku akan merindu blog kita jika tak baca 1 hari kisah Usop dll.TQ atas segala maklumat dan saranan dlm komen rakan blog yg boleh dibaca. Setelah memegang fotfolio HEM kini aku baru berkira menunggu iklan ke Jawatan GB utk thn ini. Pelbagai pengalaman dilalui kini aku rasa perlu meletakkan diri ke Jawatan itu sebelum bersara. Kini ke mana nak dihantar terserah pd qada dan qadarnya. Tahun lepas aku tak mengisinya walau didesak GB kerana rasa serik untuk berjauhan dengan keluarga. Baru2ni seorang warga KPM bergelar Datuk tiba2 bertandang ke rumahku. Dia tengah berulang alik ke Temerloh untuk satu projek menternak kambing kerana menolong siswazah mengaggur menjadi usahawan. Maka katanya kalau dah belajartu rugilah tak digunakan ilmu yg.ada. Maka tahniahlah Usop sanggup ke Pulau akan mungkin ke Taman Negara suatu hari nanti. Selamat Maju Jaya.

kunan said...

Pada pandangan Ayahku, apa-apapun tak apa, tawaran ke 34 pun adalah hak Sop. Mungkin keputusan Sop dah buat, maka anggap keputusan itu adalah betul je.

Awal Mac Ayahku nak pergi ke Rompin, ada mesyuarat 3 hari 2 malam. Kalau ada peluang nak juga ke Tioman. Tunggu Ayahku sampai.....

admin said...

sop aku nak mintak pandangan dan pendapat ko..aku pun dalam dilema ni..sama ada nak mohon 41 atau tunggu 34 dulu baru apply 41..status 34 aku skrg ni sdg tunggu green lite BPR je n BSM kata bulan 3/4/5/? x jamin bila..tserah pd BPR nak serah balik bila...kalau dpt 34 kena tunggu 6 month utk kompem..tu pun paling cepat..pastu baru boleh mohon 41..aku congak2 beza dlm 3-400 juga bezanya jika ikut strategi grap 34 n apply 41..apa kata ko..ko email kat aku pun okey ..adesu3@yahoo.com..x yah la publish dlm blog ni

Guru Malang said...

tahniah ler...malangnyer aku rugi besar kali nie...aku x kan lupakan pengalaman pahit aku nie...sebenarnya aku ditawarkan gred 34 pada hujung taun 2007...selepas berbincang dengan korga aku, tawaran utk aku tu ditolak bulat - bulat dan pohon dg41...tgk2kerajaan umum gb dg41 cuma perlu tggu 3 taun jer nak k3 dg44...so, kerana kebodohan aku dulu, aku terpaksa tggu hingga 2015 baru boley dapat dg44...sedangkan kalau aku apply gb dulu, aku akan dapat dg44 pada tahun 2012...malangnya aku...tapi aku terima qada' dan qadarNya...maybe rezki aku datang pada lain hari...tapi apapun, tahniah buatmu...sekian...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY