Friday, February 6, 2009

Sejauh mana GB berkuasa

Saya agak terkilan, jemputan sebagai penceramah di sekolah seorang pensyarah yang juga Naib YDP PIBG sekolah saya, ditolak oleh Pengarah IPGM Kampus Sungai Petani. Jemputan hanya sejam itu, dalam Majlis Iltizam Ibu Bapa UPSR 2009, macam dipersendakan. Menurut pensyarah ini, pengarah minitkan kepadanya, utamakan tugas rasmi. Saya amat terkejut dan merasa diri terlalu rendah dan seperti tiada nilainya. Maklumlah GB di sek rendah. Terdetik di dalam hati saya, tiada kuasakah saya jika saya menolak sebarang permohonan untuk menempatkan guru pelatih di sek saya. Secara undang-undangnya saya berhak menolak siapa sahaja untuk masuk ke sekolah saya demi keselamatan dan kesejahteraan warganya. Tetapi kita masih rasional dan sentiasa melihat semua itu secara lebih positif. Bukan macam pengarah yang merasakan dirinya besar itu. Mungkin dia tak pernah mengajar di sekolah, tak tahu betapa seorang pengurus di sekolah terlalu berat beban tugas dan tangungjawab jika di bandingkan tugas pengarah di IPGM. Kalau sakat nak tulis, utamakan tugas rasmi, sayapun boleh jadi pengarah. Tak perlu fikirkan orang lain.

Sekarang ini, banyak latihan perguruan dibebankan kepada sekolah. Kononnya latihan berasaskan sekolah. IPGM hanya hantar pensyarah penyelia 2 atau 3 kali, budak pelatih ni layak jadi cikgu. Selebihnya dibebankan kepada sekolah. Kadang-kadang pensyarah yang datang ni, tak jumpa GB pun. Mungkin mereka beranggapan mereka lebih hebat daripada guru besar. Saya perdandangan program latihan guru berasaskan sekolah ini perlu diteliti semula. Sebab kita bukan ada masa nak latih dan nak tengok budak2 pelatihnya. Lagi satu, macam2 masalah timbul kerana depa ni bukan nak buat kerja, sebab mereka rasa mereka ni guru pelatih. GB pula takda elaun satu sen pun, untuk menyelia budak2 ni berbanding pensyarah yang datang memantau. Sebut pasal elaun ni, memang gila. Sek dijadikan pusat SBT, pusat tuisyen, cikgu mengajar ada elaun, tapi pengurus pusat tuisyen, satu sen pun takda. Tapi wajib kena menyelia dan uruskan SBT ni. Ini kerja gila. Begitu juga, ppsmi, guru ada elaun, tapi gb dapat 'taik' jika ppsmi dan macam2 di sekolah ini berada pada tahap tak memuaskan. Pada pandangan saya sekolah dah jadi macam pejabat pos, macam2 disumbatkan ke sekolah. Tapi pejabat pos takpa la, depa dapat habuannya.

Sebagai iktibarnya, saya mengajak rakan2 GB semua perjuangkan hak kita. Aku dah buat keputusan akan menolak guru pelatih dari IPGM ni selagi pengarah dia tak hormat aku. Biar dia buat sekolah sendiri untuk guru pelatih dia. Hebat sangat.

7 comments:

halipah said...

menarik nafas panjang aku dengan keluhan usop. Sebab itu aku takut nak isi borang jadi GB ,Takut aku melenting dengan beban tugas ,tekanan dari atas ,bawah ,depan belakang dan org-org spt usop ceritakan itu,. Begitu juga hal mereka yg dtg memantau spt kia 2m disek aku dari Kementerian,mintak fail itu,ini, dan macam-macqam sehingga aritu kelam kabut orang yg terlibat dibuatnya. Di pendekkan cerita maklumat diminta untuk kerja kajiannya dlm membuat PHD.Hai Usop gitu lah tgjwab GB, takpe kat sana makan ikan fresh banyak-banyak ...Sabolee jgn kuat sangat melenting.....nanti penyakit dtg menyerang susah. Jangan fikir sangat tentang kuasa,....buatlah apa yg patut sebaik mungkin.

chehassan said...

Yang melepas geram tu, bukan usop, tapi che hassan. saya nak ajak rakan2 bagi komen pasal ni. Kalau boleh, biarlah GB ni direspect sikit. kadang sakit hati, setiap kali jumpa ppd dan pengarah, perkara rutin yang dileterkannya, macam kita ni bodoh sangat.

kembara kelana said...

aku di tengah laut cina selatan

chehassan said...

Jangan bagi komen je sop, mana entrynya. Tunjukkanlah gambar2 menarik laut cina selatan tu.

Anonymous said...

Hai marah sangat GB 'open school'. Agaknya ada pagar keliling sekolah yang tak ditanggal lagi sebab tu lah penceramah yang dijemput tak dapat masuk.... he..he... saja nak melawak!

Puteri Azizul said...

Dengar khabar lani pengarahnya `ladies' so cerewet le sikit.kalau yang `man' hari tu ok, itu kata penyarah IPSAH yang jadi tutor OUM.
Sabar je le .........

kunan said...

Kadang-kadang ilmu,kemahiran, sikap dan pengalaman kepimpinan di Institut Pendidikan
Guru Malaysia tak sama. Begitu juga bagi orang-orang yang bertaraf GB dan seumpamanya. Masing-masing dengan perangai sendiri yang kadang kala agar sukar untuk kita memahaminya. Oleh itu mungkin tahap "networking" antaranya boleh menyelesaikan banyak masalah.

Mungkin kita geram apabila kita sedang memperjuangkan untuk meningkatkan anak bangsa ke tahap gemilang, pada masa yang sama seolah-olah ada orang lain tak sudi untuk membantu. Jadi, marilah kita fikirkan bahawa selagi namanya orang lain, selagi itulah mungkin mereka tidak akan menghargai harapan dan cita-cita kita.

Hari ini agak sukar untuk kita mencari orang muslim mukmin yang cintakan saudaranya sendiri, sepertimana berlaku di Gaza sekarang ini.

Wallahumaklam.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY