Sunday, February 1, 2009

aku bertanya kepada senior

salam semua

semalam aku berjumpa dgn cikgu halim, dia dah konvo tahun lepas. sekarang cikgu halim GB di SK Pianggu, Kuala Rompin.

Kita akan mendapat surat pen detail an mengenai aturcara konvo nanti. Maka kita akan ikut saja arahan dari surat itu. Ringkasannya [ kalau tak bertukar ] mula mula kita daftar, lepas tu kita rehersel, kemudian kita akan mengambil jubah [ RM 80 ] selepas itu kita akan berkumpul untuk konvo dan semasa memulang jubah kita akan mengambil Ijazah di meja pendaftaran...terdapat juga sesi bergambar sebelum memulangkan izajah itu. Gambar akan di pos kemudian.

Che Hassan kata . dia tak excited sangat bab konvo konvo ni, dia kata... yang lebih penting dan patut difikirkan ialah.. apa yang patut kita buat lepas dapat ijazah tu, sejauh mana kita dapat membuat perubahan? ... untuk che hassan yang memang idealistik, memang betullah tu, tetapi istiadat konvo ni adalah satu acara kemuncak yang bersejarah dalam hidup kita, acara ini ada banya maksud yang tersirat di dalamnya ..zahirnya kita ni kena lakukan satu persatu dengan sempurna...sebagai contoh ; tujuan hidup kita ni sebenarnya ialah mencari keredhaan allah...itu pasti..namu begitu kita perlu laksanakan satu persatu acara acara yang di perintahkan setiap hari [ sembahyang ] bulan [ puasa ] tahun [ umrah , jai dll,] dengan sempurna...sebab nak cari redha Allah tadi.. kita tak boleh kata, aku tak excited sangat bab umrah, umrah ni, yang penting aku kena cari redha Allah. Kadang kala fikiran kita jangan terlalu ideal, terlalu terbuka dan jangan juga terlalu tertutup. Tujuan ijazah satu cerita, acara menerima ijazah satu cerita...tujuan dari ilmu yang didapati tu tentu lebih besar lagi...

Dalam masa yang sama apa yang ingin Che Hassan cetuskan jangan pula kita pandang sepi... ada maksud yang mendalam tu[ Maaf san...respon positif pada komen kau ]

Fikiran yang tercetus oleh akal terbatas dan masih memerlukan alat bantu untuk dia [ akal ] bekerja dengan sempurna.

Acara konvo ni di post ke dalam blog semata mata membantu sesama kita mendapatkan maklumat dan menjelaskan kekaburan, kerana ada antara kita yang tinggal jauh dan tiada perhhubungan, mereka mendapat banyak maklumat dalam blog ini.

Aku? Harap semua dalam keadaan sehat dan gembira walaupun aku susah sikit buat itu ini, tak mengapa asal aku puas. Kegembiraan kawan kawan adalah kepuasan aku.

8 comments:

chehassan said...

Inilah kehebatan hang, hang masih ingat apa yang aku kata. Tapi ada benarnya, disebalik apa yang aku kata, dan selalu aku kata ketika kita berkuliah dan bersama. Sebab pandangan aku, kita hari ini selalu melihat perkara yang besar nampak kecil, perkara yang kecil nampak besar. Sebagai contoh, yang komplain pasal bayaran yuran hanya segelintir (kecil), tapi bila tak kutip yuran satu Malaysia jadi haru-biru susah nak uruskan sekolah. Di Malaysia, hari-hari ada orang kena bunuh, campur2 mungkin sama ramai yang mati di Gaza. Jadi apa bezanya. Aku kata tak exited tu sebenarnya, rasa kecil dan rendah diri kerana takut2 ada orang lain yang lebih hebat membaca blog ni. Jadi cerita pasal konvo ni, bisik2 cukuplah, malu pada anak2, kita ni mahasitua. Tapi...aku tetap jion u all. Jumpa nanti.

Anonymous said...

Mungkin kecik pada orang lain tapi pada saya ianya sangat bermakna kerana penerimaannya adalah hasil dari semangat dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya terutama dari mereka-mereka yang disayangi yang sentiasa bersama memberikan restu dan motivasi. Ada antara kita yang menghadapi cabaran yang begitu getir untuk menghabiskan pengajian. Hanya mereka saja yang tahu... dan majlis konvo ini memperlihatkan kejayaan yang tidak murah dan mudah didapati begitu sahaja.See all of you on that wonderful day in our life.

Anonymous said...

pada hari konvo nanti i akan bergambar sakan...he he he ...hmmmm tapi baju apa nak pakai ye Ani?

Anonymous said...

pada hari konvo nanti i akan bergambar sakan...he he he ...hmmmm tapi baju apa nak pakai ye Ani?

Puteri Azizul said...

Aku support Che hassan supaya pergi konvo dan join u all.
Congrat.........

Anonymous said...

sof, cikgu Halim GB SK Pianggu tu sapa nama sebenar dia, umur bape, dia yg pernah ngajar SMK Rompin ke? Tolong aku dptkan info tu sof, kau baik kan kan....

halipah said...

Cerita pasal konvo aku dah sanggup rugi rm 300 untuk pakej medan. aku suruh cik abang pie seorang dia pun tak mau kerana nak meraikan majlis konvo kita juga. Hai dia pun tau betapa peritnya pengorbanan seorang isteri yang belajar di waktu tggungjawab bagai tak terlarat nak dipikul .Moga jumpa di sana dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.

kembara kelana said...

sop,
halim tu memang jemaah kau dulu, dan memang smk rompin..dia senior kita masa kat upsi..
kak pah
steady...detik bersejarah ..minta sahat tubuh badan

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY