Tuesday, November 24, 2009

Usop dan PPGBa


Saya terpanggil untuk menulis di sini bagaimana perasaan seorang teman (Usop), yang pada saya terlalu banyak kelebihan dan kekuatannya terhadap, menghidupkan kumpulan kita PPGB group A. Soal peribadi dan kekurangan diri, itu hak peribadi yang tidak perlu kita persoalkan. Apa yang ingin saya katakan di sini, apa saja yang dilakukan teman kita ini untuk kita, rasanya tak ternilai dan tak terbanding dengan orang lain, juga diri saya sendiri. Jujur dan ikhlas saya katakan, secara peribadi, Usop banyak membantu saya sepanjang bersama PPGBA dan dalam hal-hal peribadi terutama berkaitan soal krisis diri. Tahap pemikiran dan lontaran idea saudara kita ini, dalam kelas tersendiri. Dan saya sangat menghormatinya dalam soal-soal itu, wpun kadang-kadang saya sering menongkah arus dengan beliau dalam soal-soal peribadi dan gaya perjuangan, namun pada saya beliau seorang yang sangat hebat dan mempunyai kualiti diri yang tinggi.

Rakan-rakan PPGBA yang membaca warkah ini. Apa yang ingin saya sampaikan ini, sebenarnya saya sering utarakan ketika kita bersama-sama di bilik-bilik kuliah. Pemikiran saya mungkin sentiasa terkeluar daripada kotak pemikiran saudara-saudari. Dan kita sering berkonfrantasi dalam soal idea dan hujah. Saya pernah mengatakan soal persahabatan dan nilai yang kita pegang. Berapa ramaikah kita yang masih berhubungan, sebagai seorang sahabat yang sama-sama berjuang untuk berjaya sebagai seorang graduat? Berapa ramaikah kita yang mengambil kesempatan mengunjungi ruang yang hebat ini (blog PPGBA) untuk meneruskan perhubungan? Itu mungkin hak masing-masing, saya akur dan hormati itu. Namun apa yang ingin saya katakan di sini, Usop antara orang yang banyak membantu kita, bukan saja melalui blog ini, tetapi juga sepanjang kita bersama,

Saya juga tidak berhak untuk menyekatnya atau memaksa saudara-saudari mengunjungi dan memberikan interaksi kepada apa saja yang ada di sini. Justeru, sebelum Usop meneruskan hasratnya, inilah yang dapat saya katakan.

Sekian, salam persahabatan yang kekal abadi. Che Hassan Che Yahya.

9 comments:

kembara kelana said...

aku biasa je se...aku biasa jer..

ani said...

saya sentiasa mengunjungi blog ni dan blog usop cuma tak beri komen je... so don't stop doing things that is good.. tak komen tak semestinya tidak dikunjungi...

kembara kelana said...

aku ok jer ani...aku cuma manusia biasa, kalau ani komen lagi beerti..itu saja ada hubungan dua hala

kunan said...

Kadang-kadang kita tidak dapat menentukan apa yang kita buat itu disukai. Kadang-kadang sesuatu yang kita buat tanpa mengharapkan apa-apa, tiba-tiba disukai oleh ramai orang serta mendapat pujian yang melimpah ruah. Apa yang saya nak komen di sini ialah perasaan kecewa yang dirasai oleh Sdr. Usop sehingga nak kuburkan saja blog ini memang tak patut. Kerana di sini juga kita dapat memberi dan menerima sedikit sebanyak perhatian antara kita. Cumanya kita perlukan sokongan rakan-rakan yang lain untuk sama-sama menyumbang dan bukan sekadar menumpang tuah daripada blog ini. Kerana di sebalik blog ini ramai orang telah berperanan membantu kita meringankan beban pemikiran serta dapat membuat keputusan dan tindakan dengan lebih rasional. Sumbangan daripada sahabat-sahabat yang lain dinanti-nantikan supaya blog ini lebih meriah. Mungkin harapan tinggal harapan saja. Nanti saya pula yang kecewa.

Minta Usop letak gambar lain. tukar gambar macam termenung tu....jadi jadilah termenung. Datang kat Teganu kita makan ikang "temenung" celup tepung. He...He!!!

kembara kelana said...

memang betul kunan, aku menyedari hal itu....aku pun memang tak pernah mengharap apa aku buat itu disukai.. dan kalau tak suka lansung pun tak apa kunan...aiman tak kisah..

apa yang che hasse nak citer tu hak dia...aku respect semua pendapat.

apapun ada makna di dalam luahan pendapat che hassan tu..

terserahlah pada kekawan

Aida Ali said...

Kenapa tak masukkan shoutbox dalam blog ni? Boleh juga chatting perkara-perkara semasa.

kembara kelana said...

ok aida..nanti aku masukkan..cadangan yang baik..aku ni ok jer aida

chehassan said...

Sop, terima kasih terbitkan kembali entry saya ini. Mudah2an kita akan sentiasa bersama melalui ruang maya ini. Seronoknya aku, entry hang di PPGBA ini, gaya yang berlainan dengan entry di asemblaj, yang lebih jiwang tu.

kembara kelana said...

ni group blog...asemblaj, personal blog...aku belasah ajelah ..blog ppgb kena adjust minda dan emosi orang ramai...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY