
Sdr. Shahdan menyediakan juadah untuk semua rakan-rakan kita, tapi tak ramai yang pergi, tapi nak buat macam mana? Mungkin pada masa itu kebetulan ramai yang stress untuk menghadapi peperiksaan, manakala kami yang pergi pula bukannya tahu nak stress-stress ni.
Teringat pula study leaf 3 hari, kami habiskan di Kuala Lumpur pergi ke rumah nafsiah, ke rumah adik hassan embong, rumah anak saudara raseli. Kemudian ke rumah keluarga angkat saya di Batang Berjuntai, sempat juga jenguh ke sekolah mula-mula posting dulu, rumah sewa dan banyak lagi nostalgia. Dan lagi kami sempat pergi ke Ipoh kerana Raselipun nak bernostalgia di Ipoh, call Midah tak dapat-dapat, akhirnya pergi makan nasi goreng udang di bandar Ipoh tu (tak jumpa nasi, banyak sangat udang).
Berbalik kepada durian, tak lupalah juga kepada Chan yang turut belanja makan durian di garaj felo tempoh hari. Terima Kasih Chan..!
2 comments:
ada yang takut nak datang sebab nanti akan kehilangan masa untuk study.. boring aku dengar..aku tak faham juga kadang kadang, apabila diberikan pilihan, antara hubungan silaturahim sesama kawan dengan kepentingan diri sendiri, masih ramai yang mementingkan dirinya sendiri, tetapi last last, bila susah cari kawan kawan jugak..namun begitu apapun keputusan yang dibuat, semuanya kita kena respect sebab masing masing ada rasional dan justifikasi masing masing.. hai entahlah..malas lah nak ungkit kisah lama tu..sebab apa yang penting kita semua masih lagi berkawan..kan
Dalam hal ni, hang sebenarnya menyokong aku, sop. banyak kali aku dah kata, tapi hang cuba pujuk aku jangan keras sangat. Dari Iab sampailah la ni, hang boleh tengok sendiri. Kawan tetap kawan.
Post a Comment