Friday, November 28, 2008

Abang Angkat


Kawan-kawan
Mulanya memang nak buat ruangan chatting. Tetapi aku berchatting sorang diri. Ada sesekali kebetulan yati raasul masuk..kamipun berchatting. Lepas tu aku menunggu dan menunggu. Pagi 8-11 am kemudian petang 5 00-630 pm dan malam 9.00 -11.00 pm. Namun akhirnya aku datang ke ruang chatt seorang, aku chatting seorang dan aku balik seorang. Tetapi aku dapati ada outsider, hacker datang dan pergi dalam ruang chat tu...

hari ini aku remove semula dan kembali seperti sediakala.

Hari ini aku teringat abng angkat kita, gambarnya aku siarkan kat sebelah. Sejak kenal dia di IAB masa taklimat, kemudian dia mengajar kita 6 kredit dengan dua tajuk. Pengurusan Penyeliaan dan Kajian Tindakan. aku rasa amat terhutang budi dengan AA kita ni. Apa yang aku ulas mengenai AA adlah persepsi aku sendiri, ini mungkin tak sama dengan orang lain. Orang lain, kawan kawan boleh beri pandangan masing masing.

AA memang muda dari kita, aku lihat AA dari sudut fizikal, orangnya memang ada manisnya dan mempunyai daya tarikan, senyumannya dan tutur bahasanya memang berupaya menawan hati. Yang paling menarik, setiap perkataan yang dia atur untuk bercakap memang hebat dan ada makna. Walaupun kadang kala ada emosi dan sindiran namun dia seperti ada tujuan. AA menjadi semakin rapat selepas beberapa kali aku keluar bersamanya. Dia menutup sama sekali kisah peribadinya namun tidak segan silu menerima pendapat dewasa kita. Ilmu pengetahuan AA memang hebat namun enggan menggunakan awalan DR pada namanya.

Pernah aku menghadap dia dengan dollah mengenai projek 3. Dia memberikan panduan yang amat jelas dan terperinci. Walaupun dia ada masalah dia sendiri, namun komitmen yang AA tunjukkan amat baik untuk menjadi ikutan. Tidak pernah tidak membalas sms walaupun sudah terpisah dan selalu menjawap soalan walaupun bukan bidangnya. Menolak dengan lembut dan senyum menerima dengan hati terbuka. Menolong sehabis upaya dan mempertahankan kita jika ada yang mempertikaikannya.

aku amat menghormati AA [ Abang Angkat kita ] sampai bila bila, kerana hutang ilmu adlah hutang bathin yang akan dibawa sampai keakhir hayat.

5 comments:

Anonymous said...

buat AA (melalui Usop Rompin)

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yg baik dikenang juga.

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati.

kembara kelana said...

dua pantun klasik menceritakan segalanya, terima kasih cup

Anonymous said...

Antara Chetting dan cerita AA ni, pada aku memang banyak yang boleh diberi komen. Pertama, macam yang aku kata, hang tunggulah kat bilik chatting tu dan akhirnya hang berchatting sorang. Aku lepas masuk blog ni pagi tadi, aku keluar main badminton. Tengah tunggu giliran main tu, aku rasa banyak juga kwn yang aku msg 'layarilah ppgbupsikohot5a.blogspot.com' tapi hasilnya?...
Takpalah sop aku selagi ada kesempatan akan bersamamu. Kedua pasal AA ni, aku sependapat dengan hang. Aku harap AA ni sentiasa maju jaya dan sentiasa dirahmati Allah.

kembara kelana said...

terima kasih atas sokongan YBS dan CH OS yang tak putus memberikan semnagat,

Seri Suryati said...

En Shukri ni memang seorang yang sangat komited dengan tugas, Ibarat lilin membakar diri but he is too secretive with his personal life. Jangan sampai stress sudahlah. Moga beliau terus cemerlang dalam kerjaya.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY