Friday, November 21, 2008

Angkasawan RM8000

Jika benar, memang aku kecewa. Dulu, katanya 'pelancong angkasa', tapi hari ini angkasawan rm8000. Di mana silapnya? Tanya cikgu di sekolah, sebab yang mendidik anak murid untuk jadi doktor, peguam, angkasawan dll ni, adalah cikgu.
Ini pengalaman aku sendiri yang sangat mengecewakan aku pasal angkasawan ni. Ceritanya macam ni, ketika sambutan hari kebangsaan 31 ogos yang lalu, secara kebetulan aku bersama anak-anak yang kecil-kecil ni ada di Kuala Lumpur. Jadi pagi tu aku ambil kesempatan bawa anak-anak untuk tengok perarakan hari kebangsaan di Dataran Merdeka. Niat aku suaya mereka bukan saja seronok, tapi turut merasai kebanggaan hidup di dalam negara yang merdeka ini. Oleh kerana kami sampai agak lewat, aku dan anak-anak hanya sempat duduk di tepi jalan dekat SOGO. Tapi terasa juga hebatnya sebab ramai orang dan depan kami ada layar TV yang memaparkan apa yang berlaku di Dataran Merdeka. Apabila perarakan bermula, aku nampak dalam TV (skrin) perarakan tokoh2 termasuk siangkasawan ni. Aku merasa bangga dan meremang bulu roma juga kerana rasa dapat lihat angkasawan negara dari dekat. Anak2 aku juga nak tengok manusia pertama dari negaranya ini yang dikatakan sampai ke angkasa lepas.
Tapi, malangnya tunggu punya tunggu aku tak nampakpun siangkasawan ni. Aik..heran jugak, depa pi koner kot mana? soal aku kepada anak-anak. Dalam telahan aku ternyata group tokoh2 termasuk angsawan muda ni, dah 'kecoh' ('tipu', kata orang Kedah). Betul, mereka koner kot jalan lain. Jadi, apa maknanya ni? Dalam TV orang kampung nampak hebat, berbaris dan berarak pada hari kebangsaan, tapi kononnya hanya tunjuk kepada tok Agong dan bapa2 menteri saja. Rakyat yang lain berdiri sepanjang jalan dari subuh lagi tu, tertipu. Mungkin pak menteri tak tahu, tok agong tak tahu, depa ni sangka angkasawan ni berarak sepanjang jalan untuk bersama rakyat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, tapi aku dan anak-anak tahu. Angkasawan ni penipu. Pada aku, kalaupun jawatankuasa perarakan tentukan siangkasawan ni berarak sampai sekerat jalan, tapi jika benar dia ni ada semangat kebangsaan dan cintakan negara, aku rasa tak salah kalau dia ambil keputusan nak habiskan perarakan sampai ke jalan Ipoh bersama-sama prebet RAMD yang berpeluh sampai ke pangkal paha tu. Ini yang dikatakan rakyat kebanggaan negara.
Sebut pasal memilih angsawan ni, aku rasa masih banyak calon yang benar-benar layak dan lebih 'gagah' daripada si Sheikh ni. Muka saja macho, lain aku nampak semacam je. Samalah juga pelumba kereta si Alex tu. Aku rasa masih ramai kaki pecut di lebuh raya tu yang lebih layak dan gagah setanding Pablo Mantoya atau Mika Hakinen. Satu lagi, pasal memilih pemimpin sukan, pada aku kita tak akan maju selagi si datuk2 ni yang memimpin sukan, sebab depa ni, tak tahu langsung pasal sukan yang dipimpinnya. Akhirnya apa jadi?
Jadi sebagai guru, aku ajak kawan-kawan fikirkan ini. Kita dah terpilih sebagai pemimpin ni, pimpinlah dengan baik, bukan saja guru, tetapi juga murid-murid yang ramai tu. Pastikan yang layak diberi tanggungjawab yang tepat dan yang kurang layak dibimbing. Satu lagi, fokuslah kepada kemenjadian murid, bukan kemenjadian macam angkasawan jadian ini.

4 comments:

kembara kelana said...

kisah angkasawan
aku mempunyai pendapat yang agak berbeza mengenai pak sheikh ni. pertama, baguslah nampak ada kerja sikit pak menteri sains kita walaupun habis duit rakyat malaysia demi sebuah nama, kemudian bila duit menjadi persoalan, ahli politik ramai yang ambik kesempatan. Untuk mengaburi mata rakyat malaysia [yang ramai masih bersikap tak kisah] maka dijajalah mamat ni seluruh malaysia, sekolah2, majlis majlis, bermula dengan pembesar negara, dan kuncunya sampailah ke budak tadika.
selain memperagakan uniform nya, ceritanya, banner gambar nya disana sini bersama datuk jj. aku rasa lama lama letih lah jugak.
aku nak round sekolah satu daerah rompin kena ambik sebulan, mamat ni nak round satu malaysia, rasa aku last2 lembik begitu saja.
bila dah lembik, mula hilan fokus, dari motivasi kepada wahh...ni sumber duit ni...maka datanglah isu minta duit pulak.

begitulah gayanya di malaysia ni, kita suka dimomok momok, memomokkan sessuatu dan terpaksa melakukan kerja momokan.

kesimpulannya betullah kata orang bijak pandai
dunia ini
bermula dengan gembira
pertengahannya jemu
diakhiri dengan fitnah
buatlah sesuatu dengan tidak meninggalkan ...kerana Allah Taala
beru betuiii.

Anonymous said...

Aku bukan fitnah, dan bukan nak suruh mamat ni pusing satu Malaysia. Tapi, jika benar kena bayar rm8000 untuk dengar ceramahnya, baik aku baiki jamban sekolah aku. Kalau nak dengar ceramah, banyak lagi yang lebih baik drp angkasawan ni.

Pada aku, banyak lagi cara KPM dan Kementerian berkenaan bekerjasama untuk menyampaikan ilmu dan maklumat tentang angkasawan ni. Sebagai contoh, buat CD hantar ke sek2.

Anonymous said...

Saya sangat setuju pendapat che Hassan tu. Lebih baik duit yang berjuta-juta tu diberikan kepada anak-anak kita yang berkelayakan tetapi tak mampu nak melanjutkan pelajaran daripada menghabiskan duit untuk seorang manusia saja!!!

kembara kelana said...

ramai orang berpendapat begitu, namun sebab ada kuasa dan ada kepentingan politik dan perut maka, keperluan tewas ditangan kepentingan.
di malaysia ni kalau direnung secara mendalam banyak lagi kes dimana kepentingan orang tertentu menngatasi keperluan orang ramai..

pilihlah lagi, undi jangan tak undi.

sendiri mesti pikirlah beb

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY