Tuesday, November 11, 2008

sekali imbas

salam
ramai yang suka kepada kata kata yang lembut dan menyentuh perasaan dan ramai yang tidak suka pada perkataan yang mengungkit kisah pahit dan menyakitkan. termasuk jugak aku bila membaca komen dan ulasan kalian.

percayalah...dan akuilah pada kelemahan diri dan cubalah membaca dua atau tiga kali entri sebelum ini...mungkin contohnya terlampau terang dan melukakan...namun maksudnya bukan mahu begitu...maksudnya penulis hanyalah mahu kita fikir dan renungkan adakah tindakan orang yang mentadbir kita itu betul? adakah tindakan kita atau respon kita kepada sesuatu isu itu kearah kejayaan ? kesejahteraan ? adakah kelemahan kita atau kekuatan kita yang telah kita dedahkan ?

janganlah terus membuat tafsiran dengan hati yang panas dengan sekadar sekali imbas sahaja.

anyway...aku telah gunakan p.o beberapa kali, rasanya cukuplah tu...sebab ianya menjengkelkan namun dalam masa yang sama ada juga titik titik kejayaan untuk dikongsi. segala nya di atas hati nurani kita....

maaf aku pohon kepada sesiapa yang terasa hati, perpatah mengatakan sesiapa makan lada dia akan terasa pedasnya, [ jadi lain kali jangan makan lada, ] aku juga berterima kasih kepada komen yang tulus dari kawan kawan...walaupun berbentuk teguran.

apa yang aku tulis hanya dari persepsi aku sendiri sahaja, [ ada yang kata aku syok sendiri...] ya memang aku syok sendiri sebab itu adalah persepsi aku, mengapa aku perlu meng syok kan orang lain dengan berpura pura baik dan mengatakan apa yang menjengkelkan itu bagus?

akhirnya...adakah tetamu yang datang kerumah kita berhak menyusun atur perabut rumah kita, atau memberikan cadangan supaya kita ubahsuai rumah kita sewenang wenangnya, atau tetamu yang datang nak menyediakan menu masakan yang nak kita berikan semasa hidangan. kalau nama status tetamu, maka beradablah sebagai tetamu, kalau tau rumah itu buruk dan tidak menyenangkan janganlah bertandang...pergilah kerumah lain, sesiapa pun tak rugi. tuan rumah pun tak kecik hati.....ada orang hebah kan dia mendapat anak dalam blog dia...ikut dialah...dia nak beritau dunia....ada yang menceritakan kisah dia semasa muda dan kegagalan cintanya....terserah dialah...sebab dia nak meluahkan perasaannya.....pembaca? tepuk dada tanya selera, kalau tak selera jangan makan.....jangan klik...jangan baca......semua nya hanya di hujung jari anda...

tamat

dua hari lepas aku ke kuala trengganu...dapat juga bertemu dengan hasan dan tengku...alhamdulillah, sebaik habis kerja, dia orang datang ke KT dan kami minum minum...kedua mereka amat mesra sekali...lantaran itu aku teringat..bahawa episod KKK kenali kawan kita yang aku uruskan dulu tak sipa lagi...maka timbul idea nak sambung episod KKK itu semula...aku juga telefon raseli dan alias...[tengku dan hassan embong berkirim salam kepada semua kawan kawan kita...maka cara terbaik ialah aku sampaikan salam mereka melalui blog.
[ hassan dan tengku , terima kasih belanja air dan keropok...]

ada juga berita sedih, anak aku yang sulung sedang final exam di Uitm, tinggal dua paper lagi, namun dia kena demam campak pulak....semoga dia selamat dan pada 14 november nanti aku akan menjenguk dan mengambil barang barangnya..di hostel...dia akan menjalani praktikal di kuantan, di majlis daerah kuantan bahagian, lanskap...masalahnya tidak ada rumah sewa...ada sesiapa dapat membantu...?

ada juga berita gembira...dollah kini menguruskan penempatan guru di pulau pinang...sesiapa kawan kita di PP yang ada masalah...cubalah jumpa dollah minta dipertimbangkan.

setakat itulah dahulu...entri kali ini, tukang sampuk yang tetap...akan tetap baca dan menyampuk... teruskan lah... aku? tetap akan masukkan apa yang aku fikirkan...suka ke tak suka ke... aku tidak cari populairiti dalam blog ini... dan tak minta sanjungan pun... jangan lah terkena kesan halo dalam penilaian anda.

apa kesan halo tu? lu pikirlah sendiri...

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih sof kerana tidak lupa untuk menyebut nama aku. Kita walapun senama tapi perwatakan dan perawakan kita banyak yang berbeza.... Aku faham dan hormati kelainan itu. Siapalah aku untuk mengubah pendirian, pandangan dan cara tindakan kau!!! Aku hanya sekadar ingin menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan....

Anonymous said...

Sof,
Penilaian kepada 'keras' atau'lembut'nya kata-kata yang digunakan itu, bukankah subjektif sifatnya.?

Kita boleh menerima sama ada yang 'keras' atau yang 'lembut', tertakluk pada situasinya.

Tetapi Sof, yang pasti boleh diterima dalam apa situasi sekalipun ialah ialah kata-kata yang 'betul'.

Ini pendapat saya aje... Belum tentu 'betul' juga..

kembara kelana said...

entri khas untuk dua cikgu tersayang selepas ini

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sop, aku faham perasaanmu. Kita pernah 'berdua-duaan' dan aku kenalmu dengan keistimewaan tersendiri. Betul katamu, semua orang ada hak menulis dan memilih. Tapi pada aku memilih untuk kebaikan diri dan orang lain itu yang sepatutnya. Ambil yang positif daripada apa yang kita pilih. Aku suka tengok cerita tamil tapi sentiasa menjadi bahan ketawa bila aku ceritakan kpd rakan-rakan. Tapi pada aku, ada banyak perkara positif dalam cerita tamil tadi yang boleh aku belajar tentang kehidupan. So, jangan givup, teruskan, orang lain taknak baca, aku sedia baca celotehmu.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY