Sunday, November 2, 2008

P.O

P.O adalah singkatan dari satu kaedah...operasi provokasi...ini adalah satu kaedah yang paling pantas mendapatkan maklumat dan respon, kerana dalam p.o kita akan mengada-ngadakan cerita, menyakiti hati dan perasaan orang dan membesarkan perkara kecil dan tidak perlu.

entri sebelum ini adalah satu P.O

terus sahaja mendapat 7 respon. suka atau tidak kita kena faham menggunakan p.o ini, terutama dalam menyiasat disekolah, sebagai GB atau GPK, kenalah membiasakan diri dengan pendekatan p.o kerana BPR, Nazir, Polis, SB dan JPN atau PPD akan menggunakan p.o dalam mengendalikan kes di sekolah.

anda pernah kena p.o?

aku pernah kena dua tiga kali semasa aku hidup ini, kesannya amat melukakan hati, tetapi setelah aku belajar dengan abng angkat kita...baru aku tahu itu adalah satu m.o [modus operandi ] dalam mendapatkan maklumat.

dalam entri yang lepas, satu sudut pandangan negatif...yang memang berlaku namun disimpan di dalam hati..siapa yang lakukan tidak penting, pencemaran nama baik kumpulan bukan matlamat entri itu ditulis...tetapi kalau orang itu hendak berusaha membaiki diri...dia mesti bersedia mendengar kritikan dari orang lain, mengenai bahasa yang digunakan...tidak ada seorang pun dapat memuaskan hati orang lain dengan lenggok bahasa yang digunakan...kalau aku guna laras sastera, orang jiwa sains kata mat jiwa jiwa, kalau aku guna laras sains, orang sastera kata bahasa yang kaku dan tiada keindahan, kalau aku guna bahasa kampung, orang bandar rasa aku ni anjur sangat...jadi sesiapa yang nak kritik laras bahasa aku gunakan..silalah..tak ada masalah, namun aku tetap aku, begitulah laras bahasa aku, malah kadang kadang orang yang inginkan kita guna bahasa halus , dia pun tidak sehalus mana bahasanya. Biasalah permintaan orang...semua nak yang terbaik... [ aku faham ]

ruangan komen juga jelas menunjukkan siapa kita, nak letak nama pun tidak berani..suka menyamar agar tidak dikenali, itu lagi ler pulak..baling batu sembunyi tangan. kalau ikhlas perlulah jelas...berani buat beranilah tanggung, jangan berlindung disebalik sehelai benang.

maaf
aku agak kasar sejak beberapa entri ini...supaya blog kita agak panas dan menarik perhatian dan terasa dipanggil untuk memberikan respon. namun tetap ada kebaikan disebalik segala kejahatan, dengan adanya penjahat, polis dapat naik pangkat...dengan adanya pesakit, hospital dibesarkan dan ditambah kemudahan..begitulah lumrah alam

salam

7 comments:

Anonymous said...

Jangan ler berkasar sangat sof, kita lelaki ni biar keras jangan kasar.... Tapi kalau dah jenis kau memang suka berkasar, teruskan ler sof, aku tak tahu dah nak kata apa... semoga berbahagia...hehehe

kembara kelana said...

sop
adakala kasar tu bagus juga....lembut biasanyua orang payah nak sedar...adakala lembut tu bagus.. kasar orang akan benci...aku gunakan dua dua pendekatan..ikut kesesuaian..kau sop...lembut lah asal kau bahgia..

Anonymous said...

sof,
aku sentiasa keras laa, mana ada lembut... nanti kena komplain.... bior kurang beras sof...

Anonymous said...

Sof,

Mula-mula tak nak komen sebab ini blog alumni (utk.members aje). Memang selalu baca enteri dlm blog ni. Nak tulis komen pun kadang-kadang macam saya ni menyibuk je. Tapi 2 entri terakhir, agak jauh Sof berkelana. Terasa nak tulis komen jugak.

Memanglah dalam berkelana ni Sof macam-macam yang dilalui. Kita sendirilah yang menilai dan membuat keputusan.

Tak semua orang faham sepenuhnya tentang diri kita. Orang boleh buat bermacam andaian. Tak kisahlah. Kalau ada pandangan yang boleh kita terima, o.k lah.

Sof, ingat tak lagi satu masa dulu saya pernah berikan terjemahan salinan surat Saidina Ali ketika dia melantik Gabenor tu.?

Nampaknya ada komen yang didelete. Itu hak empunya blog. Kitalah moderatornya.

Komen saya ni kena delete tak, sof?

Anonymous said...

well done, yusof. i support you. teruskan. bila kena keras, biar keras. takkan selalu lembut ????

kembara kelana said...

cikgu wahab [ boss ]
begitulah...kalau tersilap kita kembali kepangkal jalan..terima kasih boss baca blog saya..sejak kembali mood menulis saya gunakan pendekatan p.o untuk meransang pembaca memberikan komen..tetapi bila boss sebut surat saidina ali, terus pemikiran saya teringat betapa lunaknya bahasa yang digunakannya dalam mengutus surat, terima kasih bebanyak pada boss..saya masih simpan softcopynya dan masa di IAB saya membentangkannya di hadapan kelas.. ada 40 jangan dalam surat itu..insya allah boss..selepas ini entri saya akan lebih lunak dan sesuai..kepada semuakawan kawan yang terasa hati..saya mohon ampun dan maaf.
usop..terima kasih
kawan kawan lain...terima kasih
salam

Anonymous said...

terima kasih kembali sof tapi apa sebenarnya yg menyebabkan kau mengucapkan terima kasih tu, seingat aku takde apa2 yg aku telah beri pd kau....hehehe. Kau memang jenis kaki provok sof, so sekali2 aku provok ler kau balik, tapi dgn cara aku ler, berlembut....'killing softly', hehehe, belasah tetap belasah sof....
Mau kopi ka kawan???

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY