Monday, November 17, 2008

Hiburkan diri

Hari ini ketika aku baru melabuhkan sauh di tengah laut antara Kedah dan Pulau Pinang, Usop sms aku merangsang untuk entry baru dari aku. Sebenarnya hari ini aku ikut rombangan bersama guru-guru sekolahku 'hiburkan diri' dengan memancing di sekitar pulau-pulau di sini. Bila aku respon sms usop, menariknya usop ni memang faham tentang tingkahlaku manusia yang perlukan hiburan untuk bukan saja seronok tetapi juga tenangkan fikiran. Memang memancing ni antara salah satu hobi aku, tapi taklah sampai jadi taik. Hanya sekadar seronok dan melayan rakan-rakan termasuk guru-guru dari sekolah aku. Jadi taklah depa ni stres sangat bila ada peluang enjoy dengan gb. Dan ini salah satu ciri kepimpinan yang harus ada pada seseorang pemimpin, yang boleh bersama-sama dengan subordinatnya tidak kira apa keadaan.

Malangnya, hari ni tak banyak rezeki. Aku berjaya menaikkan seekor Ebek dan beberapa ekor kerapu je. Hari ini rombangan kami hanya berjaya menaikkan seekor tenggiri je berbanding dengan 2 minggu lepas, peti sejuk rumah aku penuh dengan ikan tenggiri, puas anak-anak mengunyah tenggiri. Memang la ni, di laut utara musim tenggiri banyak jadi setiap kali turun, macam pesta di kuala sungai Yan atau Dulang, Kedah. Inilah jadi sebahagian mata pencarian para nelayan di kedah, jadi tekong kepada rombongan memancing.

Dalam curi2 hiburkan diri ini, kepala aku sentiasa berfikirkan tentang perancangan sekolah tahun 2009. Masih sempat aku bincang-bincang dengan beberapa orang guru aku di atas bot tentang agihan tugas guru tahun depan. Ini yang baiknya, di mana saja kita enjoy boleh bincang pasal kerja dengan guru2 jika kita sentiasa rapat dan bersama-sama dengan minat mereka. Alhamdulilah, aku ni, masih sihat dan aktif, boleh join guru-guru aku dalam apa jua aktiviti dan kesannya, sangat baik untuk perkembangan kerja di sekolah.

So, kepada rakan-rakan, cubalah hiburkan diri lebih-lebih lagi cuti sekolah ni. Ambil peluang dan ruang yang ada meneroka apa saja yang kita kurang tahu, dan kurang arif. Hasilnya, kita akan merasa sentiasa segar, bergaya dan kuat. Ini yang penting dalam kerja dan kehidupan kita. Bukakan hati dan minda seluas-luasnya. Jika buntu, melalui blog ini atau IT kita boleh berkongsi dan merujuk sejauh mungkin. Hari ini pun, aku belajar sedikit tentang habitat dan fenomena kehidupan ikan di laut. Walaupun laut itu luas, belum tentu kita dapat ikannya, jika kita tidak ada ilmu tentang lautan.

Ok, jumpa lagi.

7 comments:

kembara kelana said...

hassan
hidup ini memang kurang ertinya jika kita hanya mengharap orang lain memberikan sumbangan, sedang kita tidak memberikan sumbangan pun. kita akan selalunya berasa puas jika kita dapat memberikan sesuatu kepada kebahgiaan orang lain. tanpa ada batasan, agama, bangsa atau paras rupa. sebab sentiasanya kita akan saling bergantung antara satu sama lain.

Anonymous said...

sebermula saja cuti sekolah, saya mula hibur-hiburkan diri...apa lagi kalau tidak dengan menyanyi. Tadi saya baru selesai menyanyi pertandingan PSKPP peringkat negeri. Semua peserta kena nyanyi lagu saloma/p ramlee.Cikgu yang sepatutnya masuk pertandingan ni sakit tekak, tak dptlah nak menyanyi. Maka sayalah menjadi sasaran menggantikannya. Sebenarnya saya dah malas nak masuk pertandingan tapi disebabkan tiada peserta mewakili Kuantan maka saya terpaksalah jaga nama baik tuan rumah. Ada 10 peserta semuanya....dari daerah Kuantan, Raub, Lipis, Bera, Pekan,Jerantut dan Maran. Saya menyanyi lagu Mengapa DiRindu sebagai peserta pertama di Taman Budaya Negeri itu. Apa lagi berdebarlah. Saya dapat Naib Johan ditewaskan oleh seorang peserta yang sangat hebat dari Raub. Tak sangka rupanya cikgu2 kita dari Pahang ni ramai yang berbakat tapi senyap2 je.Johan ini akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan di Penang pada 16 Disember ini. Di majlis ini saya temui ramai kenalan lama dan rasa terhibur berbual bersama mereka bertanyakan khabar.
Hanya lagu dan nyanyian penghibur dikala sunyi....

kembara kelana said...

dalam tajuk hiburkan hari ni, yati dengan menyanyi, hassan dengan memancing, aku dengan internet, mancing dan membaca. tukang sampuk dari muo dengan menyampuknya...apapun, tak kisahlah.. semua ok. asalkan bahgia,
yati
aku bila dengar kau nyanyi aku rasa macam nak kawin dengan kau, supaya kau nyanyikan aku setiap malam.
hassan
kalau kau nak mancing dan mencuba sentapan ikan layaran...jom ke rompin...kita set, kau datang dalam 4 orang, aku kumpul 4 orang kita pergi jumaat balik ahad... baru lah puas hati datang jauh kerompin.. bini dan anak anak kau port jer kat rumah aku, taulah bini aku melayannya dia dah biasa. apa macam ?

Anonymous said...

amboi, bila terdengar yati menanyi,terasa macam nak kawin dengannya.Memang tu gurauan sahaja tapi kalaulah siisteri yang terbaca,perang besar u see! Anyway seronoknya bila kawan-kawan dah mula hiburkan diri dalam cuti.I masih tak dapat berhibur. Tengah pening kepala siapkan prestasi. Dalam masa yang sama pulak siapkan dokumen "Pengurusan Strategik" untuk GB bawa ke RBR berkursus selama 3 hari.Dah tak larat nak fikir sebab tu buka blog ni....tempat nak release tension!.Aduh....bilalah boleh berhibur???????

kembara kelana said...

alamak lupa ani dekat dengan rumah aku...nasib baik ada orang ingatkan. saja gurau ejr ani, kau pun tau, aku ni penakut sikit, bukan takut bini takut aku tidak dapat mengecapi segala susah payah aku membesarkan anak dan membina keluarga aku selama ini.. kalau kawin lagi satu, potensi orang tak suka kat kita tu besar. bini tua mesti bengkak punya, anak anak pun mungkin ok mungkin tak ok.. aku pun dah hujung nak settle semua tu

kau buatlah yang terbaik untuk sekolah kau, kalau rasa pening pindah sekolah aku, pk hem kosong.

Anonymous said...

terkilat ikan diair tentu hasse dah tahu jantan betinanya.

Anonymous said...

Baca komen dan cerita kawan2 ni, aku tersenyum sorang, sampai bini aku di sebelah ni heran. Tapi respon anda semua sangat menyenangkan dan menghibur hati. Pada aku apa yang kalian buat, jika ianya menyeronokkan, hati pasti terhibur. Untuk ani, buat perancangan strategik terbaik untuk sek itu juga boleh hiburkan hati. Yati, sudah pasti terhibur sebab nyanyi. Untuk makluman yati seorang cikgu lelaki sekolah saya, naib juara kedah. Jadi saya terhibur juga, setiap kali majlis, cgu ni pasti saya mintak nyayikan 1/2 lagu. Usop, aku susah nak plan macam mana sebab setahu aku musim ni tengkujoh di pantai timur, dan aku tak berapa berani laut luas tu, sebab anak2 aku masih kecil. Siemzex ni, memang betul, kilas ikan di air memang aku tahu jantan betina....

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY