Friday, November 28, 2008

Tanjung Dawai

Seronok juga baca cerita banjir dah mula di pantai timur. Bukan seronok tengok rakan-rakan tenggelam air, tapi aku terbayang waktu budak2 dulu ketika aku membesar di Kelate. Kalau musim banjir, ni lah masanya cari lauk. Memancing dan mcm2 cara cari ikan sebagai habuan lauk sekeluarga. Sanggup berendam dalam air tengah hujan menunggu 'taut' dijamah keli bukit.

Tapi ceritanya lain pula di Tanjung Dawai (Daerah Merbok, Kedah) musim ni. Kelmarin aku sempat bawa kawan2 dari kelantan yang berkursus di Sungai Petan, shopping ikan bilis dan lain2 hasil laut di Tanjung Dawai. Walaupun ikan bilis ada di kelantan, tapi di Tanjung Dawai ni memang tempat perusahaan bilis. Hampir 20 buah bot bilis berpengkalan di Tanjung Dawai dan Sungai Petani. Jadi kawan2 aku ni sempatlah borong bilis yang macam2 jenis tu serta belacan yang memang sedap sehingga s kadarisman (seniman bujang lapok) sanggup nak potong kepala kerana belacan.

Lagi satu perkara, bulan nov dec nilah waktu kaki pancing gila menarik (casting, salah satu cara memancing) tenggiri di perairan antara penang dan kedah ni (laut andaman). Tak payah nak ke tengah laut sampai 2/3 malam macam di pantai timur untuk pancing tenggiri, cukup sekitar pulau-pulau yang hanya mengambil masa 2 jam perjalanan sahaja.

Cerita pasal bot bilis dan kaedah menangkap ikan bilis ni, aku pun kagum juga dengan apa yang depa ni usahakan. Kalau bot bilis keluar, mereka keluar berderet-deret macam kapal perang. Mereka mengepung menggunakan beberapa buah bot dan menarik pukat. Yang seronoknya ketika kami mancing, kami minta bilis yang segar ni untuk dijadikan umpan memancing. Memang mengena.

Dalam aku bawa kawan2 pusing tanjung dawai dan sungai petani ni, sembang2 rupa2nya salah seorang kawan ni kohort pertama PPGB di upsi. Jadi banyak juga cerita pasal ppgb yang aku dapat dari dia. Diapun dok mengeluh jugalah kerana masih belum jadi gb. Jadi untuk peringatan rakan2, selain kita, dah ramai dah kawan2 kita yang terdahulu yang memegang ijazah macam kita ni. So, kawan2 yang belum jadi gb tu, pandai2lah buat 'perancangan strategik' supaya dapat gb, dan tak payah fikir lagi nak buat master, sebab 3 tahun lagi 44 dan tak mustahil berpeluang dapat 48 atau 52. Berusahalah. Jumpa anda dipuncak.

5 comments:

Anonymous said...

Memancing adalah salah satu daripada aktiviti yg sehingga kini belum dapat aku lakukan. Masih belum berkesempatan, entah bila ek? Masalahnya aku masih tidak sanggup utk menunggu dan menunggu dan menunggu sehingga umpan itu dimakan ikan. Pegi ke pasar ler senang, jam tu jugak dpt ikan, hehehe. Takde bakat langsung la aku ni nak jadi kaki pancing!

kembara kelana said...

Menyediakan alatan memancing, prepair bekalan dan meninjau lokasi memancing. Menuju padang pancing, menyediakan umpan, membaling batu ladung dengan seni tersendiri sambil mula berharap, menunggu umpan digigit dan kemahiran menyentap, kena...dan melayan sapa yang makan umpan...semakin hampir untuk muncul dipermukaan air....naik keatas. Proses mencabut mata kail kemudian melihat hasil tangkapan. [ ulang semula ..masuk umpan dimata pancing, melontar....] banyak episod dan babak dalam memancing ni. Menunggu adalah satu ujian kesabaran, masa tu boleh menghayati panorama alam dengan penuh perhatian. Aku? lama tak mancing sejak cikgu wahab pencen

Anonymous said...

Hari tu aku dapat seekor ebek, memang puas melawannya sebelum dapat menewaskannya. Apa lagi, dalam perjalanan balik, kami masak 3 rasa di kedai tomyam. Bukan saja puas memancing, puas jugak makan bersama gang memancing ni. Orang yang tak pernah memancing mmg tak dapat rasa semua ni. Memanglah kalau difikirkan bodoh jugak, sebab kos sewa bot dan lain2 boleh beli sekor tenggiri untuk habuan anak2 dirumah. Tak payah susah2 di tengah panas tengah laut tu. Tapi itulah sebabnya ada peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Aku ni dari kecil 'bukan taik mancing' tapi tahu memancing kerana terpaksa cari lauk bantu org tua yang miskin.

Anonymous said...

belum dapat keputusan...
Nampak gayanya saya di Sarawak belum dapat keputusan lagi. Takpe..mungkin minggu depan sampailah tu. Doa semoga dapat yang terbaik. TQ sop...dan rakan2x yang lain. Jumpa lagi di masa akan datang.

Anonymous said...

TQ ...sop for your information.So far I don't know my result for Fasa 7&8. Maybe in a few week to come i will recieve my letter from UPSI. Hope for the best. Nice to share a bit inyour blog. Jumpa lagi di lain waktu dan ketika.Bye...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY