Saturday, November 29, 2008

Hebatnya kawan lama

Selepas subuh tadi aku dikejutkan dengan satu call, dari kawan lama, Taifor Mahyidin. Hampir 2 tahun dia tak call aku. Selalunya bila ada sesuatu yang baru, barulah dia call. Rupa-rupanya dia baru dapat DG48 sebagai Kaunselor Cemerlang, JPN Kelantan. Jadi panjang juga cerita aku dengan dia ni. Sebelum kami tamatkan perbualan dia sempat memberikan alamat blognya. Apa lagi aku terus lawati blognya. Daripada cerita2 di blognya, ternyata guru hebat yang bertugas di SMK Hamzah, Macang Kelantan ini mempunyai karisma tersendiri sebagaimana yang aku kenal sejak dulu lagi. Dan aku terbaca satu tulisan beliau tentang Kaunseling dan Disiplin. Jadi mungkin boleh dijadikan bahan pengetahuan untuk kita semua aku perturunkan di sini dengan kebenarannya. Walaupun agak panjang, aku harap usop tak marahkan aku.
KAUNSELING DAN DISIPLIN
Taifor Mahyidin
SMK Hamzah, Macang Kelantan.

Definisi Kaunseling
Kaunseling ialah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran lalu menghasilkan perubahan atau pembentukan tingkahlaku, matlamat dan nilai.
Atau,
Dapat kita simpulkan bahawa kaunseling adalah proses pertolongan yang bertujuan membantu individu memahami diri dan alamnya. Beberapa perkara penting perlu dianalisis di dalam definisi kaunseling ini yang dapat memberikan celik akal bagaimana kaunseling dapat digunakan dalam menangani permasalahan disiplin ini.
Kaunseling ialah satu proses pertolongan. Oleh kerana ia satu proses maka kaunseling memerlukan beberapa elemen penting iaitu:
  • Waktu,
  • Langkah,
  • Pengetahuan/ilmu yang khusus
  • Sikap/fahaman
  • Kaedah.
Waktu
Kaunseling memerlukan sedikit waktu untuk menjalankannya. Waktu ini bergantunglah kepada kes yang dibawa, kadang kala ia hanya memerlukan satu pertemuan yang singkat 30 atau 40 minit sahaja untuk mengurusakannya, tetapi terdapat juga proses ini perlu lebih panjang lagi mungkin 5 atau 6 kali barulah kes dapat diurus dengan baik.
Langkah
Langkah bererti peraturan yang berturutan dalam satu proses kaunseling yang baik. Proses yang baik harus dimulakan dengan:PenstrukturanPenstrukturan yang dapat membantu klien memahami apa yang akan dilakukan dalam usaha membantu dan menolong mereka. Penstrukturan yang baik dapat membawa unsur: jangkaan waktu/masa sesi akan berlangsung peranan klien menceritakan atau membincangkan perkara yang perlu dibincangkan peranan kaunselor untuk mendengar, memahami dan membantu akta kerahsiaan di mana kes dijamin oleh kaunselor untuk dirahsiakan selagi tidak membahayakan diri klien dan orang lain. Bentuk rawatan ( treatment) yang akan dilaksanakan. Penstrukturan ini dapat memberikan klien rasa selamat, selesa dan percaya dengan sesi yang terancang. Penerokaan Meneroka isu yang dibawa oleh klien juga adalah merupakan langkah yang tidak boleh dilangkau. Dalam sesuatu isu, hanya klien sahaja yang memahami dan tahu akan masalah yang sebenar. Langkah meneroka akan membawa kepada kaunselor dan klien memahami masalah dengan baik. Langkah menganalisis isu juga perlu dijalankan untuk membantu mengenal pasti apakah masalah utama yang dialami klien. Ditahap ini juga kadang kala klien mendapat celik akan dan dapat menguruskan pemasalahan mereka sendiri tanpa memerlukan khidmat kaunselor seterusnya. Antara faktor yang membezakan kaunseling dan nasihat ialah adanya proses perbincangan alternatif atau tindakan. Perbincangan diperlukan untuk memastikan langkah yang bakal diambil itu bersesuaian deangan kebolehan dan dipersetujui oleh klien. Alternatif tidak semestinya datang dari klien sahaja, kaunselor berhak memberikan saranan atau cadangan, tetapi cadangan dan saranan tidak perlu diperbincangkan. Ini bertujuan agar sesuatu keputusan yang dipersetujui diambil dilaksanakan oleh klien dengan betul.
Pengetahuan dan Ilmu
Proses kaunseling juga memerlukan pengetahuan dan ilmu. Pengetahuan yang penting dimiliki oleh kaunselor yang berkaitan rapat dengan manusia. Seperti tabii manusia mengapa masalah terjadi dan bagaimana pula kaedah membantu dan menolong dalam sesuatu bidang. Jika anda memberi pertolongan kepada seorang klien yang terlibat dengan dadah misalnya, pengetahuan mengenai dadah dan tabii manusia ini sangat diperlukan. Kerana setiap maasalah adalah unik dan tersendiri. Ini adalah kerana tidak ada masalah yang standard. Oleh itu penyelesaiannya juga tiada yang standard.
Sikap dan fahaman
Proses kaunseling memerlukan berapa sikap kaunselor antaranya: Kaunselor yang jujur dengan dirinya Mesra Menerima tanpa syarat Berempati Sikap ini pula berkait rapat dengan falsafah dan fahaman kaunselor terhadap perkhidmatannya dan bagaimana kaunselor melihat klien. Kaunselor perlu mempercayai bahawa: Manusia itu berpotensi unutk menguruskan masalahnya. Manusia itu ingin sentiasa mencari kebaikan dan kesempurnaan diri. Manusia berbakat dan berkebolehan Manusia berbeza antara satu sama lain. Manusia boleh berubah. Kepercayaan di atas dapat membantu anda sebagai kaunselor untuk lebih memahami dan berkesan dalam proses memberi bantuan.
Kaedah
Dalam menjalankan proses kaunseling anda juga akan melibatkan kaedah yang perlu digunakan berasaskan teori atau pendekatan yang sesuai. Pemahaman kaunselor kepada teori dapat membantunya memilih kaedah yang sesuai untuk dibuat intervensi. Bagi permasalahan yang berhubung dengan perubahan tingkah laku mungkin perlu kaedah tingkah laku dll.
Memahami Diri
Dalam kontek kaunseling yang paling utama ialah kesejahteraan diri. Oleh itu fokus dalam proses pertolongan adalah untuk membantu individu memahami dirinya. Sudah pastilah anda berandaian manusia memang telah memahami dirinya. Tetapi andaian begini adalah satu perkara yang sangat jahil. Terdapat ramai inidividu yang tidak mengenali dan memahami dirinya. Dalam kontek memahami diri ini termasuklah memahami:
  • kekuatan diri
  • kelemahan diri
  • konsep diri
  • kebolehan diri
  • personaliti
  • bakat yang ada
  • minat
  • pemasalahan yang dihadapi
  • kematangan
  • tahap kecerdasan
  • kehendak diri
Senarai diatas adalah ciri diri yang perlu dikenali dan difahami oleh individu. Individu yang tidak memahami dirinya mungkin akan menghadapi masalah dalam menguruskan permasalahan dalam hidupnya dan membuat keputusan yang baik. Dengan itu berlakulah tingkah laku yang melencong dari norma masyarakat hasil dari ketidakfahaman terhdap diri.
Memahami Alam
Alam merangkumi manusia, benda-benda, data, ilmu pengetahuan, teknologi, dll. Keperluan memahami alam ini dan kaitan dengan diri adalah satu usaha yang penting. Alam sentiasa berubah dan ini memerlukan diri juga berubah. Kegagalan diri menyesuaikan diri dengan alam atau kegagalan diri mengawal alam akan membawa kepada permasalahan atau kecelaruan diri. Oleh itu kaunseling bermatlamat membantu individu memahami diri dan alamnya. Pengunaan kaunseling dalam permasalahan disiplin.
Khidmat kaunseling sama ada berbentuk individu atau kelompok dapat digunakan didalam membuat usaha pencegahan, pemulihan dan membina potensi insan. Kaunseling adalah bermatlamatkan perubahan dan perubahan ini adalah berpandukan kepada nilai dan norma yang betul mengikut agama dan nilai masyarakat. Kaunseling dalam pencegahan penyelewengan t/l. Mencegah adalah lebih mudah dari memulih. Sebagai kaunselor di IPT anda perlu melaksanakan program untuk mencegah penyelewengan t/l . Selain dari aktiviti memberikan maklumat yang tepat, lengkap, dan terkini mengenai gejala sosial semasa pelajar mempunyai keperluan untuk merasakan diri mereka dihargai dan diberikan perhatian.
Khidmat kaunseling tidak perlu diberikan setelah pelajar terlibat dengan sesuatu gejala atau bermasalah sahaja. Pelajar juga perlu diberikan peluang untuk memahami dirinya dan alamnya sebelum mereka menghadapi apa apa masalah. Khidmat kaunseling yang memberikan ruang pelajar berinteraksi dengan kaunselor dalam situasi kaunseling akan memberikan pengalaman yang baik kepada pelajar. Pelajar dapat belajar melahirkan perasaan, pendapat, dan pandangan dengan bebas dan mudah tanpa rasa dinilai atau dihukum. Oleh itu pekhidmatan kaunseling sama ada berbentuk individu dan kelompok harus diberikan kepada semua pelajar, agar mereka dapat melihat adanya ruang untuk mereka menyatakan perasaan dan pendapat di kampus, selain dari dalam bilik kuliah. Suasana bilik kuliah yang terlalu beroriantasikan akademik selalunya tidak memberi ruang kepada semua pelajar untuk melahirkan perasaan, pendapat dan idea tanpa dinilai dan diketawakan atau dimarah oleh kawan-kawan dan pensyarah. Suasana kaunseling yang menerima dan mendengar, dan mesra perlu dialami oleh pelajar. Agar pelajar bukan sahaja yang bermasalah tetapi yang lain juga akan merasa ianya dihargai dan diterima dengan baik.
Khidmat kaunseling yang dapat membantu pelajar memahami diri dan alam sekitar adalah merupakan satu strategi penting dalam usaha mencegah sebarang gejala sosial. Melalui perkhidmatan kaunseling pelajar dapat dibantu:
  • mengenali kekuatan dan kebolehan diri
  • memahami bakat diri
  • memahami nilai yang dipegang
  • memahami tingkah laku yang positif
  • memahami tingakah laku yang negatif
  • memahami minat mereka
  • mempelajari kemahiran sosial, seperti berkomunikasimempelajari ”coping skill” yang berkesan
  • mempelajari gaya membuat keputusan
  • mempelajari kaedah menguruskan diri
  • memahami dinamik kekeluargaan
  • memahami konflik dalaman diri
  • memahami konflik antara rakan
  • memahami konflik antara pelajar / pensyarah
  • memahami dinamik antara rakan-rakan
  • menguruskan nilai yang bercelaru
  • mampu membentuk matlamat yang mantap.
Dengan adanya pemahaman dan kemahiran menguruskan kehidupan besar kemungkinan pilihan untuk berlakunya penyelewengan t/l ini menjadi minima. Kaunseling samada berbentuk individu dan kelopok ini boleh dirancang oleh kaunselor secara berstruktur agar pelajar yang memerlukannya mudah mendapatkan khidmat tersebut tanpa merasa malu atau tidak tahu akan wujudnya perkhidmatan tersebut. Pencegahan dapat dibuat kepada tiga sasaran pelajar iaitu:
  • keseluruhan pelajar kampus yang memerlukan maklumat dan perkhidmatan kaunseling pembangunan atau perkembangan diri
  • pelajar yang berisiko dilihat dari segi terdedah kepada pola rakan sebaya yang negatif keluarga yang mencabar umur remaja yang mencabar kemungkinan mudah mendapatkan maklumat negatif.
  • pelajar yang terdapat tingkah laku seperti merokok atau melakukan kesalahan tingkah laku yang dianggap melencong.
Ketiga kumpulan ini memerlukan khidmat kaunseling tetapi kumpulan dua dan tiga mungkin perlu diberi lebih perhatian dan perancangan pencegahan yang khusus. Oleh itu anda sebagai kaunselor selain dari memberikan komunikasi yang berkesan, latihan tegas diri, aktiviti ko kurikulum yang lain juga membantu usaha pencegahan ini.
Beberapa Kata Kunci Kaunseling;
Penstrukturan
Penerokaan
Penganalisisan
Sikap dan fahaman kaunselor
Memahami diri
Memahami alam
Sekian. Maklumat berkaitan boleh diperolehi di : http://taifor.blogspot.com/

3 comments:

WR said...

Machang nih kampung saya. Tempat lahir saya. SMK hamzah pun my former school sebelum saya ke SMT JB. Rumah saya tak jauh dari SMK Hamzah, jalan kaki je. Ada sorang kawan saya ngajar di situ Pn Sri Endang Murtiwati.

kembara kelana said...

terima kasih che hasse kerana kongsi ilmu , tak pe walaupun panjang sedikit...ianya sangat penting untuk kita semua. blog ni pun di create untuk sharing apa apa yang ada pada kita. wau waruna, kebetulan juga smk hamzah tu sekolah cikgu. selalulah jengok blog ini, che hasse memang seorang yang boleh diharap dalam misi misi penting dalam kumpulan kami. komen tentang dr kamalia ni, itu adalah pandangan aku se, semua ada persepsi berbeza, aku cuma mencetuskan nostalgia untuk dikongsi bersama.

Anonymous said...

Terima kasih Waruna dan Sop atas komen penulisan saya ni. Kalu lagu tu waruna ni oghe kelate la. Pah bilo nak balik ngajar kelate? Cikgu Taifor ni, dulu dia ngaji satu sekolah dengan saya, SM Lemal, Pasir Mas. Tapi dia senior 2Tahun. Lepas sekolah, kami bawa hal masing2, tapi jumpa kembali dalam bisnes Amway, ketika tu saya di KL dan Taifor di Gua Musang. Sejak itu kami tak putus hubungan dan saling berkongsi ilmu. So waruna, cuba2 lah jengok blok cikgu Taifor ni.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY