Sunday, November 23, 2008

respon dan natijahnya

alkisah

ada seorang anak muda, dia kehilangan anak kuncinya di rumah... sedang dia mencari-cari tiba tiba lampu black out. dia meraba-raba mencari mancis dan lilin....tidak berjumpa. dia malas nak mencari mancis dan menyalakan lilin dia keluar rumah dan menuju ke lampu neon [ lampu tepi jalan tu tak kena black out pulak..] dan berdiri disitu. terang dan agak sejuk. tiba tiba dia terpikir, eh..mungkin kunci tu jatuh kat sini kut, diapun [ sebab tak kerja ] mula mencari di bawah lampu neon tu, tunduk, matanya menyelinap segenap ruang dan kaki nya terkuis sana terkuis sini. tangan nya memegang kayu kecil sambil mencuit sana mencuit sini.

tak berapa lama kemudian datang pak cik tua bermotor,baru balik dari masjid lalu di hadapan rumah orang muda itu, pak cik itu pun rasa kesian dihati ..mesti orang ni tengah cari sesuatu yang hilang, aku pun tak kerja ni, kalau aku tolong kemungkinan cepat dapat...getus pak cik baik ni tadi.

berhenti.tongkat motor.mati enjin.bukak topi keledar. pak cik baik tu pun bertanya

cari apa?
anak kunci
ohh, boleh pak cik tolong?
boleh pak cik..

cari sana, cari sini, selak sana, selak sini, kuis sana kuis sini. 30 minit berlalu. lama lama pakcik baik tu pun kepenatan dan bertanya,

betul ke jatuh kat sini?
tak, jatuh dalam rumah tu
laaa...kenapa cari kat sini? kalau jatuh dalam rumah kenalah cari dalam rumah
dalam rumah black out , gelap. nak cari tak nampak
kalau gelap pasang lilin ke, lampu ke, cari kat sini memang tak dapat punya sebab anak kunci tu tak jatuh kat sini
sini terang pak cik
betullah sini terang, tetapi kau tak akan dapat anak kunci yang hilang tu kat sini, sebab anak kunci tu tak jatuh di sini

pak cik baik tu pun pakai topi keledar dan start motor, sambil berkata

kau carilah sampai subuh...kau tak akan jumpa punya.. [ buang masa aku betul, kata pak cik dalam hati ]

moral of the story

anak kunci yang hilang itu adalah masalah yang di hadapi
rumah yang gelap itu adalah diri anak muda itu sendiri
malas mencari lilin dan mancis tu sikap negatif yang ada dalam diri anak muda itu
lampu neon yang terang itu adalah orang lain
pak cik baik adalah sahabat dan kawan kita

bila kita ada masalah, jangan malas untuk menyuluh diri kita sendiri, diri kita yang gelap dan selalunya diri kita sebenarnya punca masalah itu, kita jangan cepat menuju dan menghala serta mencari kesalahan pada orang lain. kerja menyalahkan orang lain memang mudah berbanding mencari kesalahan diri sendiri[ terang macam lampu neon ] namun selalunya tindakan itu tidak menyelesaikan masalah kita secara hakiki. selalulah menyuluh diri kita dalam menghadapi masalah yang melanda. jangan bimbang kawan dan sahabat baik akan sentiasa ada untuk membantu dan jangan menyusahkan kawan baik kita dengan sikap negatif [ malas ] dan kelemahan kita.[tak mahu muhasabbah ]

setiap apa yang mendatang kepada kita, akan menarik respon dari kita, ada respon berbentuk isyarat, bentuk penulisan dan ada respon memerlukan kita bercakap [ ni, yang paling banyak sekali ] dan ada juga respon yang berbentuk tindakbalas fizikal.

semasa memberi respon inilah saat yang paling kritikal. ramai yang tidak memikirkan natijahnya dan tidak ramai yang sepantas kilat berfikir sejenak tentang apakah natijah [ kesudahan ] dari respon kita itu. kalau natijahnya kebaikan maka hasilnya kebaikan, kalau natijahnya keburukan, maka hasil akhirnya nanti keburukanlah.

inilah yang disimpulkan oleh pemikir yang bijak pandai

kawallah respon anda, halakan respon anda kearah kejayaan, natijahnya kejayaan.

titik kritikal ini biasanya menjadi rebutan antara iman dan ilmu vs syaitan dan nafsu. titik ini sangat cepat dan pantas. jika kita semua berhati-hati mengawal titik kritikal ini. insya allah, respon kita akan agak terkawal dan selalunya membawa kesudahan yang baik.

mari kita berbincang

8 comments:

Anonymous said...

Satu tugas yang berat untuk menyuluh diri. Lampu suluh, selalunya untuk menyuluh ke hadapan. Sepatutnya bila suluh ke hadapan tu, ke hadapanlah hasilnya (positif). Tapi, inilah perlunya rakan-rakan untuk membantu menyuluh diri. Sepanjang di upsi, lias mantan, hj lias, YM tengku, mu sendiri sop, banyak bantu menyuluh aku. Yang aku gelap tu, jadi terang. Jadi harapan aku, janganlah diputuskan perhubungan yang baik ini. Kita di seluruh negara. Alangkah baiknya....

Anonymous said...

betul ler cara menyuluh tu, mesti ke hadapan... Kalau kita bantu rakan2, kita suluh ke hadapan juga tapi di hadapan rakan2 tu laa supaya dia nampak jalan dan boleh bergerak dengan sendiri. Cuma si usof rompin ni kekadang macam menyuluh kat muka rakan... hingga menyilaukan mata, bukan sahaja jalan tak nampak, mata pulak terasa buta! Kaki provok!...hehehe, tapi kau pun telah banyak membantu aku sof, mekasih banyak2, hutang emas boleh dibayar...!!!

Anonymous said...

sambung cite tadi.alih2 pak cik tu pulak hilang kunci motor nya.dan lampu didalam rumah pula menyala. maka bergegas mereka mencari dalam rumah pula.

nasib mereka baik, pemuda tadi terjumpa kuncinya semula,yg terletak diatas meja kopi.yg sipak cik tu pula terjumpa dalam baju melayunya apabila dia terseluk kocek bajunya.

sebenarnya kedua2nya sudah nyanyok,terlupa mana letaknya kunci2 tersebut. macam sesetengah kita juga. hehehhahahah.

kembara kelana said...

sambung citer lagi
dari serius terus jadi kelakar...hahahahaha.

Anonymous said...

aku pulak... selalu teringat/terjumpa barang yg hilang/tersalah letak ketika bersolat... sebab solat tak khusyuk .... macam2 aku ingat, huhuhu

Anonymous said...

sop
jemputlah datang ke
http://serisuryati-noorhayatirasul.blogspot.com

Anonymous said...

Ti,
Tahniah dah ada blog sendiri. Mesti banyak masa yang terluang maklumlah blog perlu diupdatekan selalu. Kalau ada masa, I ingin nak meninjau blog u, pasti banyak cerita menarik!

Anonymous said...

alahai ani...
baru tadi lahirnya blog sulung i tu
mulanya cuba-cuba...
nanti i post resepi muffin kegemaran ani tu

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY