Saturday, November 15, 2008

Jenis konflik

salam sejahtera
kita selalu menghadapi konflik. dimana saja kita berada kita akan berdepan dengan konflik. rumah tangga, keluarga, dalam jabatan atau dalam masyarakat.

ada empat jenis konflik dengan empat jenis tingkahlaku...tengok tingkahlaku, taulah kita apa jenis konfliknya...

kalau dia menjerit, boo dan membangkang secara terus terang...itu adalah gaya tingkahlaku dalam konflik yang agresif dan terus terang. kalau ini berlaku...kita terus kenal siapa yang berkonflik

ada pulak diam, tetapi sabotaj dibelakang kita, kempen supaya jangan buat apa yang kita suruh, memberikan sokongan paling minima...depan kita senyum tetapi belakang kita dia kutuk habis
ini adalah gaya konflik agresif tetapi tersembunyi....kita kena pasang spy atau kena tebas lalang cari ular

satu lagi, tingkahlakunya pasif...ambik mc, memberikan alasan munasabah, menolak secara lembut....pada arahan kita..ini terus terang tetapi pasif ....kita kena pantau dan rekodkan...check balik alasan dan masalahnya.

last sekali, sembunyi dan pasif....yang ni paling payah nak kesan...makan dalam...tak nampak gerakannya, dia cukup licik. pasif [ baik jer mukanya...] tetapi pandai sembunyikan konflik antara dia dengan kawan atau dengan kita.

aku citer ni dalam menjawap soalan dr khuan ...aku boleh tulis balik tanpa melihat buku pun...malangnya aku tak dapat A pun...aku dapat B+ jer..dah nasib kan...nak buat camana. Berlambak lambak B aku...sapa nak satu ambiklah...tak ada hal

sini dulu, perkongsian ilmu kita kali ini

bye bye
soprompin

8 comments:

Anonymous said...

Pasal komflik ni sop, aku setuju denganmu dan teori2 yang kita belajar tu. Tapi aku sentiasa positif, apa komflik sekalipun. Orang yang berkomflik ni, dia tak jumpa buku dengan ruas dan tak kena biji geli dia. Kalau kena apapun dia ikut kita. So jangan giveup. Banyak b, aku pun macam tu, apa nak herankan. Sebab kita bukan bersekang mata baca nota macam orang lain. Kau tahu aku, orang sibuk study aku sibuk mengajak orang makan pengat pisang di KL. Jadi pada aku, b+ tu dah cukup bagus. Bahasa Inggeris dapat A kedua2 paper, itu bonus.

Anonymous said...

orang yg berkonflik tu senang saja ditangani.bagi saja di makan konflake, habis cite.kan, kan....heheheheh.

apa nak dikesal kalu dapat B.semasa kelas asyik mintak take 5 aje.orang berbincang kita ni bersembang.B pun kira kuat tuu.syukurlah.

che hassae, demo tak ajak kawe pun makan pengat pisae.wah mu pandai betul dapat A dalam BI, sebab mu make pisae kut.

Anonymous said...

che hassan betulkan ejaan konflik tu...bukan komflik.

kembara kelana said...

aku selalu ketawa sorang sorang bila baca komen...
kita biasa tulis bahasa pasar jer, tapi si julia tak jemu membetulkan ejaan dan nahu..dia tak kira apa kita bincang dan sembang ..apa isi kandungan dan maksud dia tetap jadi pemeriksa tulisan dan huruf serta ejaan. tu satu kelebihan pulak, tu belum dia check huruf besar kecik...ikut kau lah julia..[ nama macam nama klasik, dalam kelas A, dan B tak ada nama julia....sapa ek....syyyy..biarkan dia menyamar se..]

hassan
contoh atau perumpamaan belum bertemu buku dengan ruas aku biasa terima..tapi, perumpamaan kena biji geli, tak pernah aku jumpa... bertambah satu ilmu aku.. nak tanya julia ... ada ke perumpamaan macam tu, ke saja saja che hassan karang..kan kau pakar bahasa.

mz
aku tak kesal...aku bersyukur malah aku offer lagi sapa nak ambik B aku tu ambiklah.. betul kata kau.. take 5, tapi habis 15
hahahaha

Anonymous said...

kau offer sekarang suruh amik 'B' kau tu buat apa sof.... aku yg berlambak 'A' tak bising, kau nak ke? hehehe, melawak jer sof, aku pun berlambak 'B' laa.... Apa nak difikir2kan sangat sof, itu ler yg termampu kita raih dan berkadar pula dgn usaha ikhtiar kita.

ttg konflik tu, ia tetap ada di mana2 dan pd bila2 masa, malas dah aku nak mikirnya, 'bikin ana punya kefala fening laa....fening!!!'

Anonymous said...

sop, aku rasa kena biji geli tu perumpamaan org kelante. mungkin kena tempat yg geli, sebab badan kita tu ada bhg2 yg geli dan tak geli. tak gitu hasse.mu ghoyak la apa maksud nye.

buat apa A atau B.dapat dg 41 sama saja , lepas tu dapat dg44, kalu ada dasar baru dan nasib baik dapat dg48. hahahahah.

aku la ni dah lepas 48, tahun lepas, tunggu 52 pulak dan lepas tu 58.hehehehe.semua orang akan dapat, dan tak perlu ijazah.semoga panjang umur la.

Anonymous said...

kau ingat kau sorang jer ke yg dah 48 emzex, aku pun dah laa.... bersamaan dgn hari guru lagi !!!

Anonymous said...

Bagus jugak si Julia ni, komen pasal ejaan tu. Memang aku tak check pun. Asalkan kauorang faham sudahlah.... Tapi komen aku, kalau boleh berilah komen yang ilmiah sikit. Bincang pasal isu pokok yang dibuka penulis. Kalau sakat nak bagi komen ejaan atau nak lawak bodoh, akupun tak minat nak kemukakan isu di blog ni. Macam anak-anak aku dok main YM (yahoo Messeger) dengan kawan-kawannya. Kalau nak macam tu, tak payah guna blog, kita main YM. Dok gitu Sop? (NI kena baca dialek trengganu) tidak si julia ni tak faham.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY