Friday, November 21, 2008

Perancangan Strategik Sekolah 2009

Cerita pasal Perancangan Strategik ni, aku teringat kepada En. Bustamam dan cerita-cerita antara kumpulan 34 dan 32 ni pasal En. Bustaman. Bincang punya bincang, antara faham tak faham jadi sama banyak, sebab katanya ada mazhab yang berbeza. Aku masih ingat, bagaimana Kumpulan Hassan Embong (gang Trengganu kite) diherdik oleh En. Bustaman kerana si Hassan Embong ni, nak menegakkan benang basah, bila aku kata tak betul yang kumpulan dia buat tu. Kumpulan aku bersama yati aziz, napsiah, sahdan dan hj. lias juga dikatakan tak betul, walaupun kami sampai 2 pagi menyiapkan tugasan tu.
Oklah itu kisah di iab, tempat sejuk yang mula diterokai Mandiang Lim Goh Tong. Apa yang aku nak tarik perhatian kita semua pasal persediaan dan Perancangan Strategik Sekolah tahun 2009 akan datang ni. Dah kata dah khatam belajar sampai grad, persoalan tak faham perancangan strategik sepatutnya dah tak ada. Sepatutnya dah boleh duduk sebaris dengan En. Bustaman atau dah boleh bagi satu slot di mana-mana sekolah. Itu yang sepatutnya. Baru boleh sambung buat master. Jadi nak masuk tahun 2009 ni sepatutnya kita buat perancangan sekolah yang betul-betul strategik berdasarkan isu-isu dan SWOT analisis di sekolah. Boleh diguna pakai oleh semua bahagian di sekolah sehingga mencapai matlamat mengikut KPI yang telah ditetapkan. Beghentilah buat perancangan secara stereotype tu. Asalkan ada, kitapun rasa ok. Walhal kita tak fahampun apa yang ada dalam buku perancangan tu. Sebagai GB atau Penolong Kanan (kohort5, upsi) marilah kita tunjukkan (bukan menunjuk-nunjuk) yang terbaik dan berlainan daripada orang lain. Dan yang cantiknya, kita kongsikan di sini, kita bincangkan dan kita tokok tambah, supaya PS sekolah kita semua jadi contoh terbaik bila jemaah nazir melawat sekolah kita.
Panduan yang paling baik untuk menyediakan PS sekolah ni ialah SKPM. Pengisiannya, kita adunkan semua yang kita belajar, kerana pada aku, apa yang kita belajar di iab dan upsi sangat sempurna untuk kita bangunkan sekolah dengan cemerlang dan menjadi pemimpin sekolah terbaik di negara ini. Aku menyeru kepada rakan-rakan, perjuangan kita sudah menjadi terbuka setelah kita sudah melepasi tembok (aku masih ingat cerita prof. omar pasal tembok ni). Hari ni bukan lagi DGA38 guru besar cemerlang, tetapi sebaliknya kita mampu melangkah lebih jauh, 48, 52 dan tidak mustahil jusa c, kerana kita sudah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pengetua di SMK. Jadi, ayuhlah, bangun dan buktikanlah kita adalah orang yang tepat, terpilih, bukan 'menumpang'.

5 comments:

kembara kelana said...

ps
satu mp yang sangat menarik. tok guru ps aku: abg bus, khalip dan pm hariri. selain rakan seguru seramai 100 orang lebih.

untuk melancarkan ingatan aku selalu baca balik buku dan notanya untuk kerja amal sebagai fasilitator latihan dalam perkhidmatan di sekitar sk dan sm di daerah rompin.
aku juga telah mendaftar sebagai fasi di peringkat negeri pahang untuk 2009

flash back: mmg kump trengganu kena buang padang, tetapi ada kump lansung tak dbenarkan bermain sebab tak layak lansung. anyway ada juga kump sampai mintak maaf, bersalam dgn abg bus. semuanya kisah lama yg segar di memori kita

kini:
saranan os tu mmg betui, GB lebih byk freedom, PK biasanya kalau kena GB yang open minded..mudahlah kena GB yang angkuh dan ego, PK akan PK lah sendiri. Terhad dan terbatas..

aku:
sumbang saran pasal ps tak kira dimana, dgn siapa, asal ada penerima aku akan berikan sumbangan dgn pelbagai cara dan gaya. yang penting aku sentiasa kekalkan ilmuannya..tak mahu hilang sebab aku sayang ilmu ps yang aku dapat tu, kalau ada kawan nak sembang sembang bab ps ni pun aku suka.

seruan os che hasan tu memang perlu disokong dan aku percaya ramai dah buat pun cuma tidak dipublisitikan saja..

Anonymous said...

Ya, sy pun dah buat ps khas untuk kokurikulum. Buat analisis SWOT juga. Cari dan lihat kelemahan dan kekuatan yg ada di sekolah, tidak lupa komuniti setempat juga.Niche area sek sy adalah bola baling, maka saya buat perancangan yg ketat bersama cikgu berkenaan.Sebelum kedtgn saya ke sek ni, prestasi kokurikulum sngt malap.Cabaran buat saya. Kini secara perlahan saya mulai ujudkan pasukan koir sekolah, pasukan tarian, dikir barat, kompang dan pelapis2 pemidato, choral speaking, kalam jama'e dan action song. Semua tu saya pastikan akan ada penyertaan nanti. Semuanya perlu ada strategi dan target. Moga kita semua manfaatkan ilmu Perancangan Strategik yg telah kita kuasai di IAB/UPSI. Terima kasih kepada pensyarah yg mengajar pelajaran yg menarik ini!

Anonymous said...

Banyak orang dah pandai bercakap pasal PS ni. Tapi bila tanya mengapa buat begini dan begitu, selalunya dijawab sebab sek lain pun buat macam ni. Kalau tak buat nanti takut ditegur PPD/JPN. Jadi yang terbaiknya, apapun perancangan kita, buatlah kajian tindakan (KT) sikit, baru tahu mengapa dan kenapa kita buat PS. Yang dok tiru2 orang nilah yang dikatakan streotype.

Aku, yang paling aku ingat, selain drp pengajaran abg bus ni, adalah sisipan daripada Pn. Sikin IAB Utara, dia kata, kenalpasti penyakitnya dan cari ubat yang betul. Satu lagi berkenaan rajah tulang ikan. Jangan tahu makan ikan je...

Anonymous said...

os
ikan dah mula mahal sikit kat rompin ni, sebab tengkujuh, tu yang tulang ikan tak ada, depa makan perabis.
ps ada macam macam ps
ada ps ciplak
ada ps syok sendiri
ada ps belasah jer asal ada
ada ps lakunan
ada ps manis di mulut
ada ps cantik dikertas
tu semua ps perabis beras juga..ps bagi pemimpin karismatik ada dalam kepala otak dia jer...jadi ps ni ps tu tapi yang penting hasil ps tu mesti lebih dari jangkaan ...

lurus bendul

Anonymous said...

Aku setuju dengan Lurudbendul, ps yang baik ada dlm kepala dan hasil lebih dari jangkaan. Tapi, sebab kita pemimpin karismatik, (bukan diktator) maka ps kita kena tulis supaya, anak buah kita ada panduan nak buat kerja dengan seronok dan suka hati, bukan dengan rasa takut dengan kukubesi sipemimpin.

Apapun, yang penting, sebagai pemimpin dan semua anak bauah kena faham sejelasnya apa sebenarnya ps dan swot di sekolah. Tak perlu tergesa2 nak siapkan ps, kalau tak betul-betul faham, sebab akan jadilah mcm lurusbendul kata tu.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY