Wednesday, November 5, 2008

flash back

masihkah kita semua ingat, sahabat kita tiba tiba sakit dan dihantar kehospital, maarof dengan jantungnya, sahar pun begitu, wazir dengan gautnya, darah tinggi dengan kencing manis ni tak usah nak kiralah...yang tak pernah migrin mula migrin bila kita mula mula masuk upsi..

masihkah kita ingat...ada yang kehilangan keluarga tersayang, betapa sayunya hati mawi, ani, chim, aku sendiri dan beberapa kawan kita yang lain semasa kita sedang mengikuti kuliah..dan mendapat berita sedih itu?

masihkah kita ingat beberapa pensyarah kita juga menghadapi pelbagai masalah yan kita terpaksa kongsi bersama kesukaran mereka semasa kita sedang belajar dahulu?

adakah kita lupa, ada kawan kita jadi panic, sakit dan demam masa exam dan tidak bermaya semasa kuliah dan semasa membuat asinggmet?

adakah kita sudah lupa, betapa kita berbincang panjang, mencari kesepakatan dalam menyelesaikan masalah kita bersama...saling memberikan pendapat, saling mengumpul wang menguruskan sesuatu perkara...kita selalu tidak bersetuju tetapi akhirnya kita bersatu..

sesungguhnya perkenalan kita selama 4 tahun 2005-2008...walaupun terputus putus oleh masa namun cukup untuk kita jadikan minggu orientasi kita dan memulakan satu persahabatan yang kekal dan abadi...lebih tegar dan lebih mengenal hati dan budi

lantas, bagaimana kita hendak membuktikannya, adakah cukup disimpan didalam hati? atau apabila kita ada masalah...? salahkah kita saling hello antara satu sama lain atau dengan satu kiriman sms, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan? sukar benarkan membaca blog dna menulis komen menceritakan kisah kita disana?

hai....entahlah

9 comments:

Anonymous said...

senang jer nak baca blog.... nak tulis komen pun bukannya susah sangat, jika kurang faham tanya ler dgn yg faham, apa nak dimalukan, betul tak sof???

kembara kelana said...

memang susah bagi orang yang tidak minat dan memang senang bagi yang mahu mencuba...aku tabik pada ani, from zero...dia kini antara penulis komen yang stabil...syabas, ani..teruskan membaca blog...ini

Anonymous said...

Segalanya masih terpahat kukuh dalam lipatan kenangan. Gembira sedih dan terguris dihati masih diingati. Namun segalanya memberi kenangan yang amat berharga dan bermakna. Pengalaman menjadi pelajar begitu berkesan dihati. Cuma kini semuanya tidak akan berulang. Kalaupun ada peluang yang kedua situasi, masa dan segalanya tidak akan serupa. Hasmah Taib. NS

Anonymous said...

First of all thank you so much for being my sifu in ICT. Seronok...dapat berhubung dengan kawan-kawan melalui blog ni.Kali ni kak asmah dah mula memberikan komen. Ani harap kak teruskan lah....bolehlah kita bertukar berita. Ayam utan kak beri tempuh hari masih tersimpan dalam peti sejuk.Belum ada masa terluang nak masak.InsyaAllah hujung minggu ni pasti ayam tu akan masuk kuali...!!!

kembara kelana said...

biarlah ruangan komen kita ni panjang berjela tak per..itu satu kesukaan dan kegembiraan bila baca blog.
ani, kau memang cepat belajar, nanti aku ajar jadi contributor
kak mah, terima kasih sebab ada masa memberikan pendapat dalam komen...macam tulah..
yang lain?
biasalah sibuk...

Anonymous said...

Sof,
Saya ni nak menyibuk lagi...
Kalau masing-masing ada blog sendiri barulah seronok, barulah timbul minat. Ada yang belum cuba, mana tau. Dah mula baru tau kan. Galakkan dan bantu mereka ni buat blog sendiri. Nanti boleh link saja ke blog ini. Setiap posing baru dalam blog masing-masing, terpapar juga dalam blog ini,melalui blog list.

Anonymous said...

ani dear,
minggu ni i sangat sibuk di sekolah
minggu ni periksa PKSR 4, i pulak ngajar PJK sampai 7 kelas maka kenalah periksa lebih kurang 250 kertas periksa budak2 tu.
dalamasa yg sama prepare utk hari anugerah kecemerlangan pendidikan 2008 yg akan diadakan pd 13hb minggu depan. Mungkin UPSR result keluar pada hari itu. Dalam kesibukan buat perancangan hari anugerah bersama ckgu2 i kena siapkan juga Perancangan Kokurikulum 2009...buat .minggu depan sebelum cuti nak umum dah 'kabinet baru 2009' ni.
Tentang jodoh dgn org UK i terpaksa berfikir pnjg, kena consider bnyk perkara...i tak sanggup nak tinggalkan malaysia dan anak2 kerana dia....biarlah...
masa dan keadaan menentukannya..

Anonymous said...

Ti,
Janganlah cari orang jauh...Orang malaysia masih ramai lagi... yang penting carilah seseorang yang mampu membimbing kita kearah kebaikan dunia dan akhirat. Maklumlah kita ni bukan muda lagi.Hal-hal untuk seronok tu janganlah dijadikan keutamaan.Dah sampailah masanya kita fikirkan dunia yang kekal selama-lamanya.Kalau terfikir untuk berteman...considerlah pilihan mother you tu...Orang tua ada rasa hati yang selalunya tepat.

Di sekolah pun sekarang ni sibuk dengan jamuan. Hari-hari makan free.Minggu depan sibuk dengan mesyuarat akhir guru, hari perlapuran dan macam biasa I kena pastikan semua dokumen tahun ini dikemaskinikan.Lepas tu I sibuk dengan menilai prestasi guru ( kerja yang sangat rumit dan mengambil masa supaya I tidak ikut emosi ketika memberikan markah)2 minggu memang kat sekolah hanya untuk menyiapkan prestasi saja. Lepas tu nak siapkan jadual waktu dan tugasan guru tahun depan. Buku pengurusan sekolah mesti siap sebelum 20/12/2008.Begitulah cuti hanya pada nama sahaja.I pulak tak boleh buat kerja sekolah kat rumah...memang tak menjadi, so apa pun kena pergi sekolah....hinggakan anak I tanya, emakni tak cuti ke??? Soalan yang pasti ditanya setiap kali hujung tahun. Entahlah.....anyway tugas tetap tugas! Bila dah beres semuanya baru rasa tenang dan kalau nak bercuti barulah rasa enjoy. Terfikir apakah cabaran yang bakal dihadapi pada tahun depan....tenang atau bakal dilanggar tsunami...!!! Usop pasti tahu....!!!sabarjeeelaah....

Anonymous said...

ani,
i rasa tahun depan u naik jadi Guru Besar lah. Sebab u sangat komited dgn tugas. Anyway hujung tahun ni pegilah bercuti...ke Langkawi ke ...ke Singapore ke atau ke Terengganu jer...Mesti Amid melompat gembira...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY