Tuesday, November 18, 2008

ziarah ke rumah kawan kawan

kawan kawan

masing masing ada gaya sendiri dalam berkawan, aku? susah jugak nak cerita, namun aku amat menghormati kawan kawan. aku telah membesar bersama kawan kawan dari tingkatan 1 sampai sekarang. malah kadang kala kawan kawan lebih tahu dan lebih perihatin kepada masalah aku dari adik beradik dan saudara mara.

sejak berkenalan di IAB dan kemudian kita sambung ke UPSI aku telah menziarahi ramai kawan kawan kita. Rumah Jamal, Mat Sg Gau, Halipah, Ani Rompin, Yati Kuantan, Yati Kg Rasa, Shahdan Gumut, Rosli Arau, Azmi Langkawi, Mawi Papar, Martivi Ranau, Dayang Ranau, [ Rumah emak dayang di kundasang ], Rumah Dollah di Penang, Oslan Penang, Wan Penang, Anjalay Balik Pulau, Zainal Hutan Melintang, dan sebagainya. Baru baru ni tak sempat ke rumah tengku dan hassan embong sebab aku bersama bas rombongan. Juga tak sempat ke rumah che hassan semasa expedisi ke utara tempuhari. aku juga sudah berjanji pada usop sipan untuk kerumahnya bila aku balik muar nanti..maybe bulan 12 ni. nak pekena asam pedas ikan sembilang di parit jawa yang terkenal tu [ usop cemburu bila aku makan bersama meng chun tak ajak dia...]

selepas konvo aku akan ke utara untuk melawat abang aku di A Star dan kawan aku di Sg Petani mungkin aku berkesempatan menziarahi rumah che hassan, [ sebab aku dah janji bersama dia ketika main chess tempuhari ] dan ke rumah hassan embong dan tengku jika ke trengganu. Insya Allah

ramai juga kawan kawan yang dah menziarahi rumah aku dirompin [ dollah, mawi, rosli, vinie, martivi, ani, yati, dayang, nuar, leman, oslan malah pensyarah kita cik andrey low juga telah sampai] dan ada juga yang menziarahi rumah tak siap aku dilancang sambil ambik sayur..[ seperti awal, pirzan, dolah, rosli, halipah, jamal, yati, ani, dayang, martivi, vinie, mawi dll]

sekarang aku sedang meraikan oslan kawan kita dari group 29 dulu. dia berada di rompin sejak semalam dan esok akan kekuala trengganu, tengahari semalam dia makan tengahari di rumah aku dan hari ini juga..seronoknya hati aku kalau ada kawan kawan datang ke rompin, sebab rompin jauh dan tak mudah untuk orang sampai kerompin sesuka hati...dollah menangguh berkali kali untuk kerompin... tak caya tanyalah dayang atau martivi atau mawi...

menziarahi rumah kawan kawan ni pada pendapat aku yang dhaif ini ialah satu pengiktirafan yang besar...dalam silaturahim...malah ia adalah satu aktiviti merapatkan lagi hubungan kita... isteri aku amat suka menerima tetamu dan dia terasa amat dihargai bila aku membawa kawan kawan aku kerumah. dia terasa berkongsi bersama bahawa kawan aku juga adalah kawan dia. anak anak aku semua gembira dan selalu membawa kawan kawan dia datang kerumah aku. kepada sesiapa yang ke rompin, melewati bandar rompin jangan lupa telefon. aku akan datang walaupun jam 3 pagi.

amboi...sampai macam tu .

jom mailah ke rompin

4 comments:

Anonymous said...

usup rompin kalu mai ke sg petani jangan lupa call aku.takkan aku dari kumpulan lain kau tak ingat. che hasse tentu tau rumah aku ni.

kembara kelana said...

beres....aku mesti call punya, pok ya pun dah janji nak bellanja makan. berjenuhlah aku na. kawan aku nama norsyam ada bukak kilang kat sungai petani..nanti aku jumpa dia aku call sekali... pada aku tidak ada kumpulan A, atau B. Kumpulan aku ialah semua kawan kawan yang masuk IAB UPSI seramai 53+53+75 = 161 Orang.. sekarang berada di rompin, oslan dari penang. Jumpa nanti
Salam

Anonymous said...

aku sebenarnya termasuk dalam senarai mereka yang telah berkesempatan ke Rompin. Mungkin kau terlupa sof nak masukkan nama aku, aku tak kisah.... sbb aku faham kau pun lebih kurang serupa macam aku, mudah lupa!!! Tapi musykil juga aku memikirkan macam mana kau masih boleh ingat yang kau kata aku cemburu bila kau makan bersama meng chun tak ajak aku... Anyway aku memang menunggu2 saat di mana kita boleh berjumpa di Muar nanti. Ada urusan yang belum selesai di antara kita berdua!!!

kembara kelana said...

pok
maafkan aku, kau memang sampai kerompin, malangnya kau hanya sampai didepan pintu rumah saja..kau tak masuk pun dan yang kalau aku lupapun ialah faris. faris pernah sampai dan masuk rumah...tulah lain kali datang rumah orang masuk rumah jangan takmasuk jadi tak dikira sampai tu, sebab tak bukak kasut...[ jangan marah pok ]

aku akan sampai juga dan makan asam pedas ikan sembilang dengan kau nanti...[ boleh ajak meng chun ke? ]

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY