Wednesday, November 19, 2008

Sawaddeekad.....

Sebelum kawan2 baca cerita aku ni, mintak maaflah kalau tak berapa suka. Tapi ambil mana-mana yang positif sebagai pengetahuan atau maklumat baru. Hari tu, aku ada cerita pasal hiburkan hati. Aku, kalau boleh nak ceria sepanjang masa (hati terhibur). Kita semua tahu banyak caranya, dengan cara berhubungan dengan kawan2 ( macam kata Soprompin ni), dia dari sekolah sampai hari ini, jika dapat melayan kawan2, dia rasa sangat terhibur.

Ni aku nak cerita bagaimana aku melayan bini aku pi shoping di Hatyai, Thailand. Kelmarin, aku dapat juga bawa bini aku ke Hatyai, negara jiran yang aku selalu pi dengan kawan2 dengan pelbagai tujuan (yang baik jer..) Kami beruntung kerana dilahirkan di Kedah dan Kelantan boleh ke selatan Thai dengan hanya menggunakan border pas saja. Dan yang menariknya, kami drive kereta sendiri pergi dan balik sampai ke nagara jiran tu. Aku tumpang kawan aku, dia dengan bini dia yang pandai sedikit berbahasa thai. Memang seronok, kerana, masuk sahaja Thailand, terus rasa berlainan dari semua aspek. Pemandangannya, suasana jalannya, orangnya dan macam-macam lagi. Yang aku tabik negara siam ni, satunya ialah tandas awam, kerana sangat bersih. Tak kiralah di mana, di stesen minyak atau di shopping kompleks. Aku cuba perhatikan, rupa2nya lepas saja kita melepas hajat, terus ada orang masuk untuk pastikan tandas bersih.

Lain-lain banyak lagilah. Yang aku tak tahan, bila bawa orang perempuan ni, semua benda dia nak beli, maklumlah memang murah. Sampai kami sempat beli barang2 dapur dan barang penjagaan diri sekali. Memang murah, kadang beza hampir separuh. Heran jugak aku mengapa mereka dapat jual murah. Aku bukan nak bangga negara orang, tapi itu hakikatnya. Aku dapat maklumat rupa-rupanya siam ni ada satu sikap membantu, yang sangat baik. Sebagai contoh, bila ada malapetaka mcm tsunami tu, semua peniaga turunkan harga. Bila ditanya, rupa-rupanya mereka bersepakat membantu yang memerlukan. Kita macam mana? Lagi orang susah, lagi nak disembelehnya. Menanguk di air keruh, bukan peribahasa siam tu..

Bab shopping memang seronok, tapi bila tiba bab bayar, memang terasa juga kerana duit kita jauh di bawah berbanding dengan bath thailand. Tapi, ok jugalah, sebab barang murah. Duit sikit boleh beli mcm2.

Dalam jalan-jalan di negara jiran ni, satu lagi yang aku dapat belajar. Bini aku kata dia lebih rasa selesa di Hatyai daripada di Kuala Lumpur. Katanya di KL dia takut mcm2. Penyeluk saku, peragut beg, penculik kanak2 dan mcm2 lagi. Di hatyai mereka melayan tetamu, mcm kita ni raja, siap dengan sembah 'sawaddeekad'...katanya. Akupun rasa macam tu, kalau nak ke KL fikir 2/3kali, takda rm1000, jangan pegi. Apa tidaknya, hotel yang kita bayar rm140 semalam diKL hanya rm70 di Hatyai, jadi kawan2 bayangkanlah bagaimana enjoynya. Kadang-kadang aku tengok bilik hotel jauh lebih luas dan cantik.

Satu lagi, cerita pasal makan. Aku, tomyam memang paling suka, terutama bila ada peluang ke negara jiran ni. Memang genuine punya..kauu habis. Sebut pasal makan minum ni, satu saja aku nak pesan kepada kawan-kawan yang berkunjung ke siam, jangan mintak air suam, kerana 'suam' dalam bahasa siam maknanya jamban...jadi awas...

Satu lagi yang membuatkan aku ketawa dalam kereta kelmarin, ketika kami melepasi border di wilayah Sadoa tu, kami ternampak sebuah bas dari Malaysia. Yang geli hati aku, bas tu tulis, cuti2 Malaysia, tapi menuju Hatyai...

Untuk makluman kwn2 jarak antara tempat aku ke Hatyai lebih kurang 150km sahaja. Jadi kami sempat balik pada hari yang sama kalau taknak bermalam. So, jika ada kwn2 berminat, mailah, aku bolehlah tolong bawa. Kalau datang utara kata nak ke bukit kayu hitam atau padang besar, baik tak payah. Sebab semuanya mahal dan kena tipu je. Bawa pasport, kita masuk terus ke Thailand. Tak payah takut, sebab yang dok gaduh tu, di sebalah naratiwat jaraknya 300km dari Hatyai. Hebatkan, boleh keluar negari balik pada hari yang sama...

Aku harap cerita aku ni, hanya sekadar maklumat sahaja. Jangan sensitif sangat. Yang penting rakan2 terhibur dalam apa jua pun. Sawaddeekad...

2 comments:

kembara kelana said...

che hassan os

aku pernah menggembara ke bumi siam tu dua kali, pertama melalui golok kemudian ke yala kemudian ke pattani balik pun ikut jalan naratiwat dan takbai. kemudian aku ke sana sekali lagi kali ini aku mengikut utara, bukit kayu hitam aku hatyai bermalam di satun kemudian aku cross ke pattani tetapi balik ikut satu lagi laluan dikedah tak silap namanya betung.

kali pertama aku, abg khalid, hj md ali dan isteri, abg karim dan isteri serta ustaz nusi dan isteri. Ustaz, hj md ali dan karim telah meninggal dunia.

kali kedua rombongan yang aku ketuai lebih ramai lebih kurang hampir 20 orang.

kami menggunakan pas sempadan [ sehelai kertas dan boleh masuk selama seminggu ke semua negara ASEAN.

Semasa itu keadaan di thailand aman dan damai.

Apa yang kau nyatakan dalam entri kau itu memang benar dan aku setuju sekali, sebab itulah orang tua tua berpesan,... banyak berjalan banyak pengalaman...

terima kasih kerana berkongsi maklumat, try masukkan gambar dengan klik add image semasa membuat new post.

salam

Anonymous said...

Tkasih Sop. Sygnya kelmarin aku tak bawa kamera. Banyak perkara menarik boleh dirakamkan. Ke manapun kita, ambil yang positif untuk dijadikan iktibar. Sebenarnya aku ada banyak perkara nak dikongsikan, terutama tentang hal ehwal pengurusan sekolah dan pendidikan di negara kita ni. Tapi aku takut kawan2 kata aku ni mengada-ngada. Kau tahu aku, dan kaupun kata aku ni, sentiasa di luar kotak.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY