
kawan kawan
Tn Hj Nazimudin bin Ahmad ( abang aji )
mengajar kita macam AA juga, 6 credit hours. Dua subjek beliau cover, kepimpinan dan etika. Yang paling aku tak boleh lupa stamina dia masa mengajar. Ya Allah....Kuat dan powernya, dia boleh cakap straight set 3 jam , 2 jam ke tak berhenti. Aku respect betui..
kedua gurauan dia dengan bahasa kedah dia...tu dia, memang gelak punyalah, kadang kadang dia pujuk kadang kadang dia kutuk.
ketika soalan spot dia, serupa macam Prof Omar Karim...suruh baca semua, punyalah catat kut kut tajuk mana yang keluaq...emm habis semua tajuk tn hj sebut, jawab dia baca semua. Yang paling tak tahan etika sejagat lah..adui..last , aku tak baca sebab tak boleh masuk dalam otak.
Apapun aku menghormati abang aji ni, mana jumpa pun selalu teguq dan tak pernah sombong..datang jugak masa jamuan akhir kami walau pun kami tau dia tiduq jam 10 malam.
Jasa abang aji tak akan kami lupa sampai bila bila, mana mana abang aji datang, call saja ahli kumpulan kami, insya Allah kami akan raikan abang aji.
apa pendapat kawan kawan?
3 comments:
Sop,
Kau hebat dalam menilai prestasi dan tingkah laku seseorang. Seorang yang sangat diskriptif, kau juga seorang pemerhati yg tajam persis mata pedang. Semua tu perlu ada pada seorang GB. Kau memang dah layak sangat jadi GB.Macam yang kita dah belajar dalam PSM kat UPSI dulu iaitu, "place the right people with the right skills in the jobs for the right cost at the right time." Adalah rezeki kau tu nanti.
Aku setuju dengan serisuryati, hang berjaya menghidupkan semula memori sebagai mahasitua di upsi. Abang Aji ni ada cara tersendiri. Ambil yang positifnya, betui kata hang stamina yang dia ada mmg hebat. Tapi antara ke semua pensyarah ni yang paling aku kagumi ialah dr. Lim. 'Why u late...'
Seri dan OS
terima kasih kerana doakan aku, tawaran GB telah muncul masa aku di UPSI, oleh kerana demi menjaga pihak tertentu, tawaran itu di alihkan kepada orang lain. Aiman tak kisah. Nanti dah sampai masa jadi hak kita dan rezeki kita, ianya tentu akan datang, rezeki ditangan tuhan. biarkan dia datang tanpa kita sedari dan berharap harap. itu lagi real. anyway thanks kerana entri komen.
Post a Comment